♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Khamis, 28 Februari 2013

Semoga Berbahagia




Assalamualaikum *___*


Fuhhhh..bila teringat balik pasal wedding sepupu Biela (perempuan) nie rasa nak gelak pun ada...(lucu) hahaha..time wedding kat rumah sepupu Biela tak sempat nak bergambar dengan semua orang kat situ sebab ..(tak ingat la kenapa??? haha)..Wedding nie berlangsung tahun lepas 2012..

Suami dia orang Pahang..so kitorang pergi Pahang.Sorry gambar banyak yang tiada sebab ada kat dalam pendrive yang sudah hilang...Nie pun nasib baik terambil dengan handphone.Biela kagum dengan diorang nie,bukan lelaki je yang naik motor nie tapi perempuan pun ada sama.Haha..macho (cantik) la perempuan tu..













DAN

Ini sepupu Biela yang kahwin tahun nie yang berlangsung pada 7/2/2013


Disebabkan pengantin nie busy so satu keping gambar je dapat tangkap.Maklumlah Biela pergi kelewatan sebab tunggu kawan.Asalnyer plan nak pergi time pengantin lelaki tiba tapi kawan Biela pula ada hal.So kitorang pergi dalam pukul 4.30.Walaupun tidak dapat bersembang dengan pengantin,namun kakak-kakak sepupu Biela nie peramah orangnyer.Banyakklah yang kitorang bualkan.Sebenarnyer kawan-kawan Biela nie jiran kepada sepupu Biela.Rumah kitorang dekat-dekat so bila-bila masa je boleh pergi.Tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 minit itu pun jalan kaki.

WASSALAM..*____*

Khamis, 14 Februari 2013

Hepy Bufday




Assalamualaikum...



Hye uolls..Selamat Tahun Baru..Happy Birthday to me..(Biela)..8 Februari 2013 hari tu adalah birthday Biela..So genaplah umur Biela 20 tahun..Terima kasih kepada rakan-rakan yang wish dekat Biela..Thanks sangat-sangat..Tapi Biela terkilan sedikit sebab BFF Biela tak wish pun..Pagi 8 Februari Biela ada terima SMS dari BFF tapi ....

SMS BFF: HYE !!! MORNING..
SMS BIELA:HYE..MORNING..(dalam hati : lupa ke?? hari nie birthday Biela la..wish la..:( ..)



Biela yakin mesti korang pun macam nie juga kan ??? Sedih la iyelah sebab dia BFF kan..Siapa la yang tak mengharapkannya..Biela tak berprasangka buruk (nasib baik)..Biela rasa dia buzy,maklumlah dia kerja..Dia baik sangat..Pada 12 Februari Biela dapat SMS dari BFF..



SMS BFF:HAPPY BIRTHDAY 2 U..HAPPY BIRTHDAY 2 U..HAPPY BIRTHDAY 2   
                   NABILAH..SORRY SANGAT-SANGAT SEBAB LEWAT WISH U..*_____*

It's okay la BFF sebab ingat juga birthday Biela..Happy !!!! Birthday Biela tahun nie best...sebab dapat jumpa semua sanak saudara Biela yang balik bercuti sempena Tahun Baru Cina..Adik-beradik Biela pun balik juga,so Biela sambut birthday ramai-ramai..Best sangat..Semalam diorang semua da pergi..so hari nie bolehla Biela berada depan lappy lama-lama..Ermmm..rasa rindu pula dekat diorang *_______*..Kepada uolls 'HAPPY BIRTHDAY' bagi yang menyambut birthday yang ke 20-an,30-an..& ....bla..bla..



 WASSALAM


Isnin, 4 Februari 2013

Setia Hujung Nyawa



Assalamualaikum...


Hye !!! Selamat malam..Kepada yang sedang menjamu selera (selamat menjamu selera).Kepada yang sedang membaca or sedang mengulangkaji (selamat..selamat..selamat ok).Malam nie Biela rasa sedih sangat..Entah la..Rasa bad mood pun ada..Sebenarnya Biela rasa sedih sebab drama yang diminati ramai iaitu 'Setia Hujung Nyawa' akan berakhir minggu ini..So minggu nie minggu last bagi drama 'Setia Hujung Nyawa'.. :( ..Amat rugila ............sebab Biela tidak menonton dari awal episod..Kawan Biela semua cakap drama SHN tu best.Ketika tu Biela rasa drama tu entah apa-apa (rasa menyesal cakap camtu)..Hiisshh !!!!


Ramai juga la kawan-kawan Biela nie bila jumpa je cakap pasal SHN..Bila jumpa je cakap (dalam FB pun cakap benda yang sama)..Biela pun nak la juga tahu drama 'Setia Hujung Nyawa' nie best ke tak,macam mana jalan cerita,siapa pelakonnya dan hero-heroin nie siapa.Biela rasa nak ambil tahu pasal cerita nie sebab kawan Biela cakap pelakonnya cantik,hensem,jalan cerita pun menarik,ada unsur-unsur romantik dan mencuit hati.Hah !! Biela pun apa lagi download la drama tu satu-satu,almaklumlah episod 1-10 terlepas kan.(Biela bukan download episod 1-10 je tapi semua..bolehla Biela simpan drama tu dan bila rasa rindu dekat Amar a.k.a Zain tu bolehla tengok balik)..


Pada awal tengok drama tu Biela tergaman sebab Amar a.k.a zain tu kacak sangat.(dgn rambut terpacaknya,senyuman menggoda,romantik)..Nelydia a.k.a L pun cantik sangat(dgn perangai manja,muka cute)..Pada awal episod drama tu best sangat (tidak putus-putus Biela bila tengok asyik tersenyum je) tapi lama-kelamaan drama tu makin sedih..(sayu hati Biela..sedih taw)..Disebabkan drama tu berjaya menarik perhatian Biela,Biela download kesemua lagu yang terkandung dalam drama SHN.Lagu paling sedih dalam drama ni 'Mimie Haris-Sastera si kupu-kupu'..Sedih..sedih..sedih..sedih..sedih..Alaaa bila drama nie dah ending Biela tak bolehla nak tengok Nelydia dan Amar berlakon bersama lagi..


so so so sweettttttttttttt..

Sweet la diorang nie..Rindula Biela dekat diorang nie nanti (cehhh..macam la Biela pernah bersua muka dengan diorang kan..kan..kan).Bila Amar buat rambut 'terpacak' ramai la pula yang minat dekat Amar tu..Biela suka tengok rambut Amar camtu..Ok lah..Drama 'Setia Hujung Nyawa' nie telah menarik ramai penonton supaya terus setia menonton hingga ending.Biela ingat Biela seorang je yang sedih bila drama nie nak ending tapi kawan Biela pun sama juga.Diorang sedih sebab tak boleh nak tengok muka Amar yang hensem tu..haha (iyelah..termasuk dengan Biela juga la).Ok lah.sedih punya pasal rasa mahu tidur menjelma dalam diri ini..



                                                        (pasangan yang serasi)..^___^


(senyuman menggoda) *__*






WASSALAM




♥ Sila Klik Kat Sini ♥