♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Jumaat, 17 Mei 2013

Thanks Mummy !!!!!




Assalamualaikum

Selamat pagi jumaat kepada para Bloggers.Biela nak story sikit pasal my Mummy nie.Kalau korang nak tahu,baca la story Biela yang tak berapa sangat nie.Sekadar ingin berkongsi je.Sebelum itu,Biela nak ucap 'Selamat Hari Ibu' kepada ibu di seluruh dunia.Sorry,Biela kelewatan ucap selamat hari ibu.
Tapi,dekat my mummy tak kelewatan sebab Biela wish lebih awal daripada itu.
Siap bagi kiss lagi dekat mummy..mmmmuuaaahhh !!!! Untuk semua ibu.

Ceritanya bermula macam nie.Mummy nie suka menerapkan budaya membaca kepada anak-anaknya.Ibu lain pun mesti macam nie juga kan??.
Ketika Biela berusia 5,6,7,8 tahun mummy nie sudah belikan Biela buku.Kalau seingat Biela buku tu berkisahkan cerita dongeng seperti Batu Belah Batu Bertangkup,Si Tanggang,Bawang putih Bawang merah dan macam-macam lagi la.Ketika itu,Biela tak tahu apa-apa pasal cerita itu (sebab masa itu,Biela gemar tengok gambar je).Walaupun tak tahu apa-apa,mummy tolong bacakan dan ketika itu Biela hanya menjadi pendengar yang setia serta mummy suruh Biela mengeja.Ada juga persoalan yang keluar dari mulut Biela seperti ‘jahat ya orang nie’,’kenapa dia buat macam nie’,dan sebagainya.Ketika masih menjadi seorang kanak-kanak terdapat banyak persoalan yang timbul ketika itu.Korang nak tahu,selepas baca buku itu serta apabila boring asyik tengok buku yang sama dan disebabkan marah kepada watak dalam buku tu..Biela koyak buku tu..(kejam sungguh aku nie).Jangan gelak ya..(haha)

Sehingga sekarang pun mummy belikan buku untuk Biela dan adik-beradik.Tapi,bukan buku yang macam dulu la.Buku yang lebih mengajar ke arah untuk mengenal diri,buku motivasi dan novel (untuk Biela je).Buku-buku seperti nie banyak manfaatnya.Terima kasih mummy sebab belikan buku yang berbentuk ilmiah nie.Ini hanya beberapa je..ada lagi..






 Oppss..buku nie pun Biela baca walaupun umur sudah mencecah 20 tahun.(sweet gitu)..haha..Pada mulanya,tengok gambar je..Tapi,tetiba rasa nak baca pula.Apa lagi,terus baca la..





  
Setiap bulan mesti beli satu buku.Jika tak ada masa untuk beli buku bulan nie,bulan akan datang double la.Bila ada masa yang terluang,Biela memang suka membaca.Adik-beradik yang lain pun memang suka membaca.Membaca nie lebih ke arah memantangkan diri sendiri.Kalau Biela lebih gemar membaca buku yang berbentuk motivasi,hal-hal wanita seperti fesyen,kesihatan,dan novel.Kalau yang lain,ada yang gemar buku yang berbentuk sains dan teknologi,hal-hal islam,komik dan sebagainya.
Korang mesti ada story yang lebih menarik lagi,jom kongsi dengan Biela.
Terima kasih untuk semua pengorbanan mummy.
Setakat nie je,Biela nak story.Nanti ada yang boring pula.

WASSALAM

Rabu, 15 Mei 2013

Idea Tampil Ideal






Assalamualaikum


Hye !! Rasanya lama juga Biela tak buat entry nie.Tapi sebelum tu Biela rindu sangat dekat Blog nie dan awak-awak semua.Okayy la,tanpa berfikir panjang jom Biela nak bagi idea untuk tampil IDEAL.

- ‘Clutch’ anggun digayakan oleh wanita popular seperti korang.

- Kekalkan postur tubuh yang menarik dan bersedia dengan korset untuk korang 
menyembunyikan lebihan lemak yang jelas.Terutama sekali dekat bahagian perut.

- Ketepikan barang kemas yang terlalu sarat.Satu atau dua perhiasan dari berlian yang kecil sudah mencukupi.Jangan pula korang tenggelam dalam perhiasan yang keterlaluan.Mungkin orang yang melihat akan mengatakan korang nie seorang yang obses terhadap barang perhiasan dan ada kalanya amat merimaskan.

- Rantai labuh yang berlapis adalah pilihan yang terbaik.Ia membuatkan top polos korang lebih ‘bernyawa’.Kelihatan feminin !!

- Sematkan brooch di dada baju,sama ada berbentuk pin,bunga tiruan,dan sebagainya.Ia memberikan kelainan walaupun korang hanya mengulang pakai pakaian lama.Sekarang nie pun terdapat pelbagai brooch di pasaran.

- Solekan mesti kuat di mata (smoky eyes) dan ringan di bibir (glossy).

- Pakai kanta lekap berwarna.Bersedia lebih awal terutama bagi korang yang tidak biasa dengannya.Korang mungkin tidak selesa atau mata menjadi merah.Beri ruang keserasian menggunakannya.

- Kenakan jeans dengan tali pinggang.Pilih top singkat dan lebih cantik jika pilihan warnanya senada dengan tali pinggang yang sedang dikenakan.

- Pilih kasut tumit tinggi fabrik kulit.Lebih baik jika ia bertatah kilauan batu permata.
Kenakan ‘pencil skirt’ untuk menyerlahkan keindahan sepatu.

- ‘Lace up boots’juga pilihan terbaik untuk tampil popular,tetapi pastikan ia kena 
dengan busana yang dipilih.

- Untuk majlis makan malam,pilihlah aksesori bulu untuk menggantikan rantai 
emas.Ia memperlihatkan korang sebagai seorang yang memahami apa itu fesyen.


Inilah yang dapat Biela kongsikan.

WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥