♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Jumaat, 30 Januari 2015

Barang Sudah Ada


 
Assalamualaikum
Aku happy sangat sebab barang yang aku order dah sampai
So sampai kat umah semalam terus bukak and belek2 jugaklah
so aku berpuas hati hehehehe
 
Disebabkan aku teruja sangat dengan barang yang aku order tuh sempat jugaklah aku
snap gambar nak buat kenangan dalam blog ku ini..
Paling aku tak sabra, aku nak bagi dekat My Babu.. Aku harap Babu sukakanya.
 

 


 
 


 
Itu sahaja untuk pagi jumaat yang mendung ini. Huhuhu..
Sekarang mahu buat assignment. Minggu lepas aku hadapi presentation individu
dengan jayanya. Assignment pun aku hadapi dengan tabah. Test pun dengan baik sekali.
 
WASSALAM
 

Jumaat, 23 Januari 2015

Akibat Cuti DEMAM

 
 
 
Assalamualaikum
 
Hari Selasa, Rabu, Khamis aku MC ini bermakna aku tidak masuk kelas pun untuk tiga hari. Tetapi semalam tetiba je aku tanya budak classmate aku 'Ana, ada kerja ka ??? ', 'Zeity ada banyak tak yang kena present ke apa ke ???'. Diorang semua reply mesej aku dan gitaw yang assignment banyak, present banyak, test pun banyak jugak.. Tetiba rasa nak cuti untuk satu bulan untuk buat semua tuh..
Semua kerja tuh aku kena siapkan hari ini, sebab esok aku ada date nga my Babu. Sebab dah janji kot dengan dia minggu lepas. Minggu lepas aku lupa, so aku janji minggu nih. Tak tahu la pulak kerja berlambak nih.
 
 
Semalam ada jugak mengadu dekat my Babu yang aku ada banyak kerja, yang dia mampu cakap 'buatlaa slow2, nanti hari sabtu kita keluar saya tolong awak buat.' . Lepas tuh dia ada cakap makan ubat banyak2 supaya cepat sembuh. Kalau telan ubat banyak2 kalau boleh sembuh sekelip mata kan best dan rasa ubat pulak macam rasa vanilla ka, strawberry ka apa ka kan best. *Berangan*
 
 
Okaylah tak dapat aku nak panjangkan entry nih, sebab aku nak buat assignment, kena hantar hari Ahad. Selalunya lecture bagi je masa untuk orang yang ada MC nih buat kerja dan hantar lewat. Takdelaa lewat sangat. Kalau student lain kena hantar hari Ahad, aku kot2 hari Selasa. Jadual aku untuk minggu depan padat giler kot.
 
 
So tips untuk orang yang ada MC nak hantar kerja ke apa ke lewat, orang itu kena laa pandai memujuk, dan orang itu kena lahh pandai bermain kata, serta mesra atau rapat gitew. Bila dia bagi masa untuk hantar lewat cakap 'terima kasih puan/tuan sebab bagi masa untuk saya siapkan kerja'. Mudahkan.. Okaylaahhh mintak diri duluh.
 
 
WASSALAM

Khamis, 22 Januari 2015

Kejutan Untuk Kesayangan

 
Assalamualaikum
 
Sejak kejadian banjir yang melanda Kelantan dengan teruk aku tidak dapat nak mengupdate blog. Tapi alhamdullilah semuanya selamat walaupun harta benda banyak yang termusnah. Selepas kejadian banjir itu Mr.Kay bagi something dekat aku.
Bila dapat benda tuh dari dia happy sangat sangat.
Thanks Ya Mr.Kay or my Babu..
 
 
 
Love you damn much !!!
Huhuhu ... Gedikkkkk
Okay berbalik kepada topik atas tuh aku nak gitaw yang aku nak buat surprise to my Babu..
Aku buntu tak tahu nak bagi hadiah apa.. Fikir punya fikir.. Adalaa
dua kali my Babu cakap yang dia suruh aku belanja beli perfume dekat dia. Satu lagi
dia juga suruh aku temankan dia beli wallet. Tapi aku taknak temankan dia.
Dia cakap kalau aku taknak temankan dia, dia taknak beli wallet.
Masa kat dalam kereta aku
ternampak dalam dashboard yang belt dia tak berapa comel (rosak kemungkinan).
So aku ada order 1 Set lengkap (belt,wallet and perfume) harga berpatutan.
Ada yang menarik tentang set yang aku order nih iaitu Dunhill Perfume Desire Red.
Perfume mungkin favourite my Babu kot (tak amik tahu pun) tapi
aku yakin perfume favourite
dia sebab kat dalam kereta mesti ada perfume tuh.
 
 
 
My Babu juga ada nak pakai baju Hackett.. So aku beli satu untuk my Babu.
Tak sabar nak tengok my Babu pakai baju tuh..
Masa dia suruh aku belanja dia beli perfume, temankan dia pergi beli wallet dan
dia ada cakap nak pakai baju Hackett tuh aku buat muka selamba buat bodoh
macam tak tahu pun
benda yang dia cakap tuh penting. Dalam hati aku 'Ya, nanti sayang beli untuk Babu ek'..
So aku terpaksa korbankan duit ku untukmu sayang. Sebenarnya birthday
my Babu lambat lagi tapi
hadiah yang aku nak bagi nih hanya untuk menggembirakannya atau dengan kata lain
gantikan barang yang lama dengan yang baru.
Tunggu ya Babu nanti hadiah ini akan sampai dekat Babu.
Aku baru je order. Nak letak gambar takde. Aku dah delete.
Aku ada juga bercadang nak beli Cap untuk my Babu. Dia suka sangat pakai Cap.
Tapi tak tahu nak beli kat mana Cap. Nak Cap yang macam army gitew.
Aku nak research laa kot2
ada jumpa yang berkenan di hati. Kalau ada sape2 taw kat mane jual Cap
please inform okay.
Bubyee !!!
 
WASSALAM
 

♥ Sila Klik Kat Sini ♥