Assalamualaikum
Hari ini free sikit so
aku ada petua nak dikongsikan. Macam tak best pulak aku sorang je pakai petua
ni. Petua ‘PUTIH GEBU DENGAN TEPUNG BERAS’. Kali ini entry aku tak ada gambar
(lupa nak selfie). Tepung beras ni bukan sahaja boleh dibuat makan malah buat
mask muka. Mesti bunyi agak lucu kan kan. Kebanyakkan makanan yang kita makan
mana ada kimia kan. So, bahan makanan ni la kita boleh buat mask, untuk
kecantikan diri kita. Terdapat banyak kebaikan tepung beras iaitu menyerap minyak yang berlebihan di muka
(yang mana ada minyak banyak kat muka tu boleh try petua ni), menaikkan seri wajah, menanggalkan sel –
sel kulit mati (sebab tu muka kita kelihatan kusam, tak bermaya sebab sel –
sel kulit mati), lingkaran gelap bawah
mata pun hilang, dan memutihkan kulit muka jika digunakan secara elok dan
konsistan.
Okay, mesti korang dah
tak sabar kan nak tahu apa bahannya, caranya macam mana kan. Jom scroll kat
bawah ni.
PUTIH GEBU DENGAN
TEPUNG BERAS
Bahan – bahan:
- Tepung beras (tak kisah brand apa)
- Bekas plastik
- Berus muka
Cara – caranya:
- Ambil sesudu tepung beras (ikut suka hati ambil banyak mana, ikut kelebaran muka korang kot). Kemudian, letakkan dalam bekas plastik atau mangkuk.
- Masukkan sedikit air bancuh (pekat), jangan cair meleleh sangat nanti tak melekat kat muka.
- Lepas tu boleh sapu dekat muka guna berus. Pakai macam mask pun boleh, macam bedak sejuk pun boleh. Ikut suka hati janji korang selesa. Amalkan setiap hari.Tips:
- Pakai sampai pagi esok pun boleh tak ada masalah.
- Dalam bancuhan tadi korang nak campur serbuk kunyit, yogurt, madu, putih telur pun boleh.
- JIMAT, TAK ADA KIMIA, SIMPLE
Selamat mencuba okay
!!! Nanti bagi feedback dekat aku selepas korang mencuba petua diatas ye. Petua
diatas sesuai bagi aku, tapi kalau untuk korang aku tak pasti. Macam yang aku
cakap di entry sebelum ni, kalau muka sensitif dan ada jerawat aku tak pasti
boleh cuba ke tak, petua ni untuk kulit licin (bebas jerawat) yang
nak flawless. Tapi kalau korang nak cuba dan berani ambil risiko okay je.
Pastikan korang sapu dekat area yang tak ada jerawat untuk percubaan.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan