♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Jumaat, 27 Disember 2013

Lelaki Jatuh Cinta Kepada Anda




Assalamualaikum



Lelaki adalah makhluk yang sangat simple tapi penuh dengan ego. Ramai wanita beranggapan lelaki hanya menitik beratkan paras rupa wanita. 
Sebenarnya ia adalah salah! Kecantikan bukanlah faktor yang membuatkan 
lelaki itu jatuh cinta pada seseorang wanita.

Untuk pengetahuan anda, jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. 
Kecantikan hanyalah satu bonus bagi lelaki. Malah lelaki boleh menyukai wanita 
yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada daripada
 segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Bagaimana untuk mendapatkan cinta lelaki yang anda sukai?
Cara untuk wanita mendapatkan perhatian lelaki atau dengan kata yang lebih mudah 
mengorat lelaki ini adalah berbeza berbanding cara 
lelaki mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini 
kadang-kadang lambat perasan akan hint yang wanita berikan.Al-maklumlah lelaki kan :D
So, anda boleh jadikan 20 tips dibawah ini sebagai salah satu cara anda 
untuk mengorat si dia :)

#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si Dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki ego yang sangat-sangat tinggi. 
Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita yang cuba untuk menguratnya. 
Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati. 
Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu
 yang mereka inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan 
menjadikan hak milik mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana :)

#2 Jaga Penampilan Anda
Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang wanita. 
Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda.Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara dan sedikit lipstik.
 Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. 
Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong 
depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak cool.

#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat suka dan 
sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang kepada budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak.

#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda
makanan
Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada si dia merasai 
air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan kegemarannya. So, dari situ, anda boleh belajar 
sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh memberinya merasa makanan kegemaran anda
 kepada si dia. Mana tahu taste anda berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si lelaki.


#5 Jangan Terlalu Mengongkong
Anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan lain. Mungkin mereka keluar atas urusan
 kerja dan bukan urusan peribadi.Even anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.

#6 Berikan Lirikan Mata Menawan
Wanita sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma kadang-kadang si lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.
Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang, dari mata terus turun ke hati kan.

#7 Jaga Pertuturan Anda Di Hadapan Si Dia
Walaupun si lelaki ini nampak ganas dan tough di hadapan rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada taman. Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang bercakap 
kasar dan mencarut. Bersikaplah lemah-lembut dan bersopan-santun. Barulah boleh jadi gadis melayu terakhir! :D

#8 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita. 
Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya, amat susah lelaki ini berkongsi 
masalah dengan orang lain disebabkan ego tadi. So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada anda.Jadilah seorang pendengar si dia untuk si dia!
 Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.

#9 Berikan Sokongan Terhadap Minatnya
Kadang-kadang lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat keretalah, komputerlah. Apa yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah anda cuba menghalang atau 
sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali memberikan sokongan terhadap minat mereka.

#10 Hormati Orang Tua
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, 
tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye :)

#11 Berikan Senyuman Menawan
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki bergetar. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya
 sangat menawan. Lelaki mudah jatuh hati selepas melihat senyuman wanita.
Ketika bertentangan mata, cuba anda lemparkan senyuman yang paling menawan. 
Mereka akan terpaku dan terkedu seketika. Hati mereka akan terasa bagaikan dipanah! Tak percaya? Cubalah!

#12 Tunjukkan Kebijaksanaan/Kelebihan Anda
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Kadang-kadang tidak perlu untuk anda memakai baju yang ketat-ketat sehingga mendedahkan sana-sini atau belajar tinggi-tinggi 
sehingga peringkat master. Bagi lelaki, wanita yang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai
 fikiran yang matang adalah sangat-sangat menggoda.

#13 Goda Si Dia
matawanita
Gunakan kelebihan yang ada pada anda. Lelaki sebenarnya amat mudah cair pada 
wanita. Gunakan gaya bahasa badan anda dan aset anda- lirikan dan senyuman 
menawan anda itu untuk menarik perhatian si dia!

#14 Ajak Si Dia Melakukan Aktiviti Bersama
Pada masa-masa terluang, cuba ajak si dia minum bersama atau mungkin ke tempat 
bekerja bersama. Anda berdua dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. Mungkin 
anda dapat tahu sedikit rahsianya secara tak tersengaja. :D

#15 Hantar Signal Perasaan Anda Pada Lelaki Tersebut
Kadang-kadang si lelaki ini lambat perasan ataupun malu untuk mendekati wanita. 
Mereka pun sama sahaja macam kita; tidak mahu cinta bertepuk sebelah tangan. 
Tidak salah sekiranya kita sebagai wanita memberikan sedikit hint ataupun signal bahawa kita juga meminatinya.Sebenarnya istilah perigi cari timba sudah tidak boleh 
dipakai pada zaman sekarang. Nisbah menunjukkan seorang lelaki bersamaan 4 orang wanita. So, kalau anda terlambat, anda akan terlepas.

#16 Tunjukkan Sikap ‘Slumber’ dan Rileks
Bersikaplah seperti biasa anda bersama kawan-kawan. Jangan tunjukkan perasaan
 terlalu syok mahupun control cun dihadapan si dia.

#17 Manja Bukannya Gedik
Lelaki suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan bersifat keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww sana. Euww sini. 
Nak nampak manja tak perlulah sampai nak menangis hentak-hentak kaki ye. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan ‘oloooo’ ataupun ‘alaaa’. 
Lepas tu buat muka berkerut korang tu. Tak pun buat pipi kembung. 
Ala macam yang selalu anda buat tu. Mesti hancur leburlah hati si lelaki perkasa itu. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Alalala tomeinya :P

#18 Bersifat Lemah-lembut Dan Keperempuanan
Wanita dijadikan berbeza dengan lelaki dimana lelaki lebih kuat dan kasar. Dan wanita itu pula diciptakan untuk melengkapkan si lelaki dengan lemah-lembutnya, 
keayuannya dan keperempuanannya. Ianya seperti konsep ying-yang atau api-air
 yang mana kedua-duanya bersifat berlawanan tapi memerlukan antara satu sama lain.

#19 Berpegang Pada Agama
Walaupun menjadi tugas lelaki dalam menjadi pemimpin dan pembimbing dalam 
keluarga nanti, wanita juga hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agama.
Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin nanti, si lelaki akan berasa yakin untuk meninggalkan wanitanya 
dirumah (atas tuntutan kerja atau lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.

#20 Jadilah Diri Anda Sendiri
Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru mana-mana artis mahupun 
kawan anda disekeliling.  Kalau semua orang berperangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri.

Contohnya ramai wanita sebenarnya tidak perasan yang dalam diri mereka tu ada 
sifat blur-blur. Apabila berlelaki cakap mesti anda akan blur. Blur tu lah yang 
menampakkan anda sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Jadi, just be yourself ok :)

* * * * * * * * * * * *
Jikalau anda benar-benar sudah sukakan si dia, pergilah berjumpa dan luahkan isi hati anda. Lambat-laun anda sendiri akan tersiksa apabila memendam perasaan itu di 
dalam hati. Jikalau si dia menolak, terimalah dengan hati terbuka. Sesungguhnya 
dia bukanlah jodoh anda :)

p/s: Lelaki nampak saja gagah perkasa tapi biasanya merekalah yang 
paling lemah dalam bercinta dan mereka sebenarnya mudah tergoda bila melihat wanita :P

WASSALAM

Sabtu, 14 Disember 2013

Persediaan Sebelum Exam



Assalamualaikum


FINAL EXAMS !!!!! Takut + Seram + Ngeri..


Jadi, Biela ada menyediakan beberapa tips sebelum menghadapi final. 
Maybe bukan untuk exam je, awal semester pun bagus juga untuk dipraktikkan.
Biela tak nak lah cakap pasal tips-tips yang korang biasa dengar. 
Yang tu boleh search dekat 'Uncle google' , banyak sangat...


PERTAMA

Dapatkan maklumat tentang chapter yang bakal masuk exam. 
Bukan tak nak study yang lain, tapi masa terhad, eloklah fokus mana yang perlu dulu.So janganlah study last minute.


 
KEDUA
Buat catatan study. So, tiap kali nak study catat. Subjek apa dan berapa jam belajar. Dari situ korang dapat tahu setakat mana usaha korang. Kalau subjek yang korang suka, study lebih.. Yang lain, study sikit je..Hahaha



KETIGA
Catat kefahaman anda. 


CONTOH : Subjek

TopiC
Tak faham
faham
Sangat faham
catatan
Topic 1





Topic 2





Topic 3





Topic 4





Topic 5





Topic 6





Topic 7







KEEMPAT
Jawab soalan... 
Tak kira lah past year atau korang buat sendiri. 
Biasanya standard universiti ni, ulang-ulang past year je.. 


Takut + Takut + Takut + Takut

WASSALAM



Mask Shiseido



Assalamualaikum

Hari nie nak story pasal MASK SHISEIDO.Biela dah pakai memang berhasil.Kepada sesiapa yang belum pakai mask nie cepat-cepat la beli dan nikmati sendiri keberkesanannya.Memang terbaiklahh !!!!  Masa Biela beli mask nie ada juga rasa ragu-ragu dan bermacam persoalan bermain di fikiran ini.Tetapi selepas mencuba memang terbaik lah.




1) Apa fungsi shiseido mask ni?
Fungsi dia untuk hilangkan blackhead/whitehead, bulu halus di muka dan jadikan muka lebih licin dan bersih



2) Mask ni dalam bentuk macam mana?

Ok mask ni bentuk cecair pekat, boleh apply kat muka




3) Ada kesan sampingan?

Inysa-allah tak de!




4) Berapa kali sesuai di pakai?

Nak pakai hari-hari pun boleh, tapi disyorkan pakai 2 kali seminggu






* Cara nak pakai SHISEIDO mask dengan betul *

Firstly, cuci muka bersih2 dulu. then lap sampai kering.
Buka shiseido mask dan sapu ke kawasan muka. boleh sapu seluruh muka or certai kawasan je macam hidung.Sapu shiseido dengan tebal (biar tak nampak kawasan kulit).Tunggu kering dalam 15-30 minit.
Bila dah betul2 kering, tarik mask dari bahagian hujung ke kawasan tengah slow2.Korang dpt tengook banyak blackhead yang melekat.Cuci muka then kalau ada toner sapukan toner untuk menutup liang yang dh kosong tu.

Setakat nie sajalah yang dapat dikongsi untuk korang semua..

WASSALAM

Jumaat, 4 Oktober 2013

Blogku Bersawang




Assalamualaikum

Blog Biela bersawang..Kenapa korang tak buang sawang nie..Haha..merepek je Biela nie kan..Sejak sambung study degree nie,Biela tak ada masa dengan blog.So bila ada je waktu free,kawan ajak keluar la,kemas rumah la,kemas bilik la,dan macam-macam lagi.Setakat nie belajar okay lagi,tak ada masalah.Tapi subjek yang Biela ambil untuk sem 1 nie banyak sangat.Mungkin salah satu faktor Biela tak update blog sebab nie la.Biela nak story sikit pasal kehidupan Biela yang sekarang nie.Kawan-kawan Biela nie jenis 'gila-gila sikit' maksud Biela diorang nie open.Kalau ada masalah terus selesaikan.Kitaorang bila bersama kerja pertama yang kitaorang buat ialah ketawa.Sehingga letih akibat ketawa.Waktu makan pun boleh ketawa.Hahaha..Pertama kali jumpa,kitaorang terus akrab.Macam sudah kenal 5 tahun.Apa yang kitaorang buat mesti ingat diantara satu sama lain.Kitaorang nie ibarat macam adik beradik kandung.Kebetulan juga Biela nie mana ada adik beradik perempuan.Kitaorang berlima.Mereka ialah Anis Shahirah dikenali sebagai Kak Yong,Faezah dikenali sebagai Kak Ja, dan dua orang budak diploma iaitu Nik Rohaizan dikenali sebagai adik Nik dan Nurul Asna dikenali sebagai adik Na.Biela dikenali sebagai Bie @ mama Bie.Rasa pelik pulak bila diorang panggil Biela 'mama Bie'..haha..Dapat gelaran tu sebab ada seorang kawan Biela nie yang sama course dengan Biela,nama dia Balqis.Kawan-kawan Balqis nie panggil dekat dia ' mummy '.So bila Biela kawan dengan Balqis nie tetiba dapat gelaran ' mama '.

Setakat nie je la yang Biela boleh story.Kalau Biela nak story hari nie mana sempat sampai ke pagi pun belum tentu habis.Hahaha..

WASSALAM

Khamis, 22 Ogos 2013

Waa ..Hadiah



Assalamualaikum

Hari nie Biela update lagi blog.Sebenarnya malas teramat sangat tetapi disebabkan seorang kawan Biela nie buat kejutan so Biela update la blog.Buat Biela semangat untuk meluangkan masa dengan blog..Hehehe..Macam nie ceritanya...

Semua ahli keluarga Biela tak ada kat rumah so yang tinggal Biela je.Kalau nak tahu boring sangat duduk kat rumah seorang diri.Dalam keboringan itu,Biela tengok tv,online fb,kemas rumah sikit dan ngadap lappy.Nak diringkaskan cerita,pada pukul 2.20 p.m. adik pulang dari sekolah.Biela tengok di tangan adik ada satu bungkusan.Biela senyum je tanda menyambut kepulangan adik dari sekolah.Tetiba adik menghulurkan bungkusan itu kepada Biela.Biela hairan lalu tanya adik ' apa nie ? '.Adik jawab ' kawan akak bagi dan dia kirim salam dekat akak '.Biela apa lagi senyum je memanjang dan cepat-cepat masuk bilik sebab nak tengok dalam bungkusan itu ada apa.( Ketika itu,Biela dekat dapur sedang sediakan air ).

Masuk je dalam bilik terus buka bungkusan tu ' Ya Allah..cantiknya ' itulah ayat yang keluar dari mulut Biela.Tapi tak tahu kawan yang mana bagi hadiah nie.Fikir punya fikir....haa tak lain dan tak bukan kawan Biela yang paling Biela sayang nie.Terus mesej kawan,nasib kawan mengaku dia yang bagi.Serius hadiah yang dia bagi cantik sangat..Haha..tak sabar rasanya nak menggunakan hadiah tu.Kawan terima kasih banyak-banyak ya diatas pemberian ini.Setakat ini sahaja la yang dapat Biela story-mory..Hehehe..

WASSALAM

Rabu, 21 Ogos 2013

Jiwang Kejap



Assalamualaikum

Selalu malas nak update nie,tapi entah kenapa rasa nak update blog malam nie.Mungkin mood petang tadi kot elok sikit.Atau pun malam nie rasa nak jiwang-jiwang sikit kot.Hahaha..apa la yang Biela bebel nie.Biela memang selalu macam nie,kalau hujan pada waktu malam mesti dengar lagu jiwang-jiwang sikit sebab best kot.Kenapa ek malam nie banyak betul ' kot 'nya..haha..

First time dengar lagu nie,rasa best je.Rasa macam nak kahwin pulak..Hehehe..Lagu nie lagu zaman dulu-dulu la tapi bila dengar fuhh rasa macam..entah orang yang mabuk cinta je akan faham...Hahaha.
Dengar berulang kali pun tak apa,tak boring langsung.Korang mesti nak tahu kan lagu apa yang Biela dengar nie..Lagu SPOON - SEPENUH HATI...


Lirik Lagu Sepenuh Hati - Spoon


Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu


Okay la,Biela nak layan lagu nie kejap.Mana la tahu kan lagu nie boleh dodoikan Biela tidur..Huhuhu..Oh lupa pulak,nak ucap selamat malam dekat korang.Nite..jangan tidur lewat sangat tak elok untuk kesihatan tahu tak..Ok byee !!

WASSALAM




Tunjukkan Rasa Cinta



Assalamualaikum


Korang sihat ke tidak ? Biela sihat tapi semakin hari semakin tiada mood untuk mengupdate blog.Entah la,tak tahu kenapa.Bila ingat balik lama tak update blog rasa banyak sangat benda yang nak dikongsi bersama korang semua.Bila dah online blog ' tak tahu nak tulis benda '.Tapi hari nie dah tahu kot apa yang nak dikongsi.Tu pun setelah ada seorang member nie kongsi dengan Biela iaitu macam mana nak tunjukkan perasaan cinta.Jom !!

Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika kita tidak memupuk rasa cinta, hubungan kita dan pasangan kita akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, korang berdua akan berpisah. Untuk memupuk rasa cinta, kita perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan kita. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan kita.

Kita selalulah menulis nota-nota cinta untuk di beri pada pasangan kita. Korang boleh beri ketika korang berjumpa atau korang curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.Auuww !!!

Apabila korang jumpa dia, korang mestilah sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan korang senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing-masing.Oh,so sweet !!

 Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan korang sebagai tanda sayang 
Di samping itu, sentiasa jaga penampilan untuk kekasih korang. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang korang ada.

Sekali sekala korang berikan pasangan korang makanan yang korang masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan korang. Ermm..pastikan korang belajar masak memasak dulu.Bukan apa nanti pasangan korang cakap ' tak sedap ' korang terasa.

Apabila pasangan korang ingin utarakan sesuatu, korang mestilah jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya. Kalau masih bersama-sama belajar sentiasa la memberi kata-kata semangat.

Sentiasa cakap pada dia bahawa korang sangat sayangkan dia dan cintakan dia. Jika ada masa lapang, korang luangkan masa sehari suntuk bersama-sama.

Ini sahaja la yang dapat Biela kongsikan.

WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥