♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Rabu, 21 Ogos 2013

Tunjukkan Rasa Cinta



Assalamualaikum


Korang sihat ke tidak ? Biela sihat tapi semakin hari semakin tiada mood untuk mengupdate blog.Entah la,tak tahu kenapa.Bila ingat balik lama tak update blog rasa banyak sangat benda yang nak dikongsi bersama korang semua.Bila dah online blog ' tak tahu nak tulis benda '.Tapi hari nie dah tahu kot apa yang nak dikongsi.Tu pun setelah ada seorang member nie kongsi dengan Biela iaitu macam mana nak tunjukkan perasaan cinta.Jom !!

Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika kita tidak memupuk rasa cinta, hubungan kita dan pasangan kita akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, korang berdua akan berpisah. Untuk memupuk rasa cinta, kita perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan kita. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan kita.

Kita selalulah menulis nota-nota cinta untuk di beri pada pasangan kita. Korang boleh beri ketika korang berjumpa atau korang curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.Auuww !!!

Apabila korang jumpa dia, korang mestilah sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan korang senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing-masing.Oh,so sweet !!

 Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan korang sebagai tanda sayang 
Di samping itu, sentiasa jaga penampilan untuk kekasih korang. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang korang ada.

Sekali sekala korang berikan pasangan korang makanan yang korang masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan korang. Ermm..pastikan korang belajar masak memasak dulu.Bukan apa nanti pasangan korang cakap ' tak sedap ' korang terasa.

Apabila pasangan korang ingin utarakan sesuatu, korang mestilah jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya. Kalau masih bersama-sama belajar sentiasa la memberi kata-kata semangat.

Sentiasa cakap pada dia bahawa korang sangat sayangkan dia dan cintakan dia. Jika ada masa lapang, korang luangkan masa sehari suntuk bersama-sama.

Ini sahaja la yang dapat Biela kongsikan.

WASSALAM

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥