♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Isnin, 17 Oktober 2016

Flawlesskan Kulit Tanpa Menggunakkan Skincare

Assalamualaikum


Hari ini aku rasa semangat nak share petua ‘FLAWLESSKAN KULIT TANPA SKINCARE’. Setiap produk yang ada dipasaran sekarang ni bukan boleh dipercayai sangat. Aku tak nak mention nama produk mana – mana, cuma aku nak cakap produk sekarang tak selamat untuk digunakan. Pengalaman aku sendiri, nak dijadikan cerita. Aku beli produk A, sebab aku tengok member pakai cantik je muka putih gebu. Aku fikir dua tiga kali jugakla nak membeli produk A ni. Banyak sangat aku dengar testimoni positif dari pengguna produk A ni dekat Tv, radio, majalah, dan paper. Nak cantik punya pasal aku beli la dengan guide dari member aku. Sebulan aku pakai tak ada masalah, bila fikir muka aku kononnya dah cantik aku stop pakai produk A. Bila stop je pakai, muka aku naik jeragat. Nasib jeragat naik sikit tak banyak. Aku google pasal produk A, memang sah produk tu banyak bahan kimia. Nasib aku stop awal – awal, kalau tak memang nak cari nahasla kan.

Orang perempuan ni macam ni lah, tengok aje muka orang tu lawa terus nak pakai produk tu jugak. Padahal muka dan kulit setiap orang tak sama, ada yang bila pakai produk tu kulit dia okay dan ada yang pakai produk tu kulit dia sensitif. Nak menyesal pun dah tak guna dah. Mr.Kay selalu cakap : ‘Kulit awak ni, muka awak ni dah okay dah cantik takyah la nak cuba produk tu produk ni. Nanti muka naik jerawat, jeragat bising pulak’. Bila dah ada jeragat bising tak sudah laa jugak. Sekarang aku dah tak guna mana – mana produk dah, just guna pelembap yang aku selalu pakai tu je. Produk yang aku selalu pakai ni memang terbaik, sejak form 1 lagi pengguna setia. Setakat ni, bila aku stop pakai pelembap favourite aku tu tak ada lagi naik jerawat ke jeragat ke. Selain tu jugak, aku flawlesskan muka aku dengan cara aku sendiri tanpa menggunakan mana – mana skincare pun. Jom !!!


FLAWLESSKAN KULIT TANPA MENGGUNAKAN SKINCARE


 

Bahan – bahan:
  • 1 setengah sudu kunyit serbuk @ kunyit hidup
  • 1 sudu yogurt (perisa natural @ original)
  • 1 sudu madu
Cara – caranya:
  1. Sediakan bekas plastik, bekas yang korang dah taknak gunakan lagi ke.
  2. Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan sudu palstik. Takpun guna je sudu yogurt. Sudu besi kalau boleh elakkan kerana sudu besi boleh menghilangkan khasiat madu.
  3. Gaulkan sehingga sebati bahan tadi. Pastikan bahan tadi pekat dan tak terlalu cair.
  4. Ratakan bahan tadi di muka menggunakan berus atau belakang sudu yogurt tadi.
  5. Biarkan dalam 30 minit sehingga kering.
  6. Basuh muka dengan air suam dan pencuci muka atau scrub muka amat digalakkan.
  7. Sediakan tuala yang warna agak gelap sikit atau tuala yang tak digunakan lagi untuk lap muka.
  8. Amalkan 2x seminggu.
Selamat mencuba okay !!! Nak tahu tak petua apa aku guna untuk HILANGKAN JERAGAT. Nantikan entry aku yang akan datang. Nanti bagi feedback dekat aku selepas korang mencuba petua diatas ye. Petua diatas sesuai bagi aku, tapi kalau untuk korang aku tak pasti. Kalau muka sensitif dan ada jerawat aku tak pasti boleh cuba ke tak, petua ni untuk kulit licin (bebas jerawat) yang nak flawless. Tapi kalau korang nak cuba dan berani ambil risiko okay je. Pastikan korang sapu dekat area yang tak ada jerawat untuk percubaan. 

Wassalam

Ahad, 9 Oktober 2016

8 + 2 Cara Mudah Untuk Kurus

Assalamualaikum

Harini nak kongsi mengenai diet dan cara untuk kurus. Dekat sini aku kongsi 10 cara semuanya. *Semangat tetiba nak update blog. Jom !!!!

1. Air Masak Nombor Satu. Tidak menjadi kesalahan untuk kita minum jus atau kopi ketika bersarapan. Tetapi selepas tamat sahaja tempoh itu, jadikan air masak minuman utama kita. Elakkan minum minuman yang manis.

2. Makan 5 - 6 Kali Sehari. Jangan salah faham. 5 - 6 kali makan tu bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Satu hidangan yang dibahagikan kepada dua boleh membuatkan kita kurang 30% pengambilan makanan. Membahagikan sarapan kita kepada dua bahagian boleh mendorong kita untuk makan sedikit ketika makan tengahari. Badan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan 45 Minit Sehari. Dengan hanya berjalan lebih kurang 45 minit sehari (tanpa melakukan senaman sekalipun), kita mampu menurunkan berat badan. Bukan sedikit, tetapi hampir 13kg dalam tempoh setahun tanpa kita sedari. Hebatkan !!!

4. Banyakkan Warna Biru. Maksudnya disini ialah warna biru menghalang selera untuk makan. Tidak hairanlah mengapa restoran tidak memilih warna ini untuk menghiasi ruang mereka. Untuk mengurangkan selera makan, apa kata kalau kita gunakan alas meja rona biru ? Kemudian, elakkan penggunaan warna merah, oren atau kuning kerana rona - rona ini mencetus rasa lapar.

5. Jangan Simpan Si Besar. Kalau kita sudah kurus tahniah !! Segeralah buang semua pakaian lama kita yang sudah gelebeh itu. Menurut pakar psikologi, apabila kita sudah kurus, kita harus membeli pakaian baharu. Rasa ini akan menjadi pendorong untuk kita terus mengekalkan berat badan sekarang.

6. Makan Dengan Pinggan Kecil. Kita akan makan lebih banyak jika pinggan yang kita gunakan besar. Sebenarnya pinggan besar akan membuatkan kita makan secara lebih tanpa mengira tahap kelaparan kita. Kita cenderung untuk makan apa sahaja yang ada di hadapan mata. Oleh itu, penggunaan pinggan kecil amat disarankan supaya kita tidak makan lebih banyak.

7. Banyakkan Pengambilan Bijirin. Pengambilan bijirin sebanyak 5x seminggu boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetes. Ambillah bijirin ketika bersarapan kerana ia membekalkan tenaga secara pantas. Bijirin mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan Bila Lapar. Kedengaran remeh tetapi kebanyakan orang cenderung untuk makan setiap masa ! Mungkinkah kita asyik mengunyah sepanjang hari ini ? Jika ya, nampaknya kita tidak mengamalkan gaya makan yang sihat. Untuk tahu sama ada kita makan kerana lapar atau nafsu, elakkan mengambil makanan yang kita idamkan.

9. Bertenang Ketika Makan. Otak manusia lewat hampir 20minit untuk mendapat isyarat kenyang. Seeloknya, makanlah perlahan - lahan kerana otak kita berpeluang untuk memproses isyarat kenyang dan membuatkan kita lebih bersedia untuk berhenti makan.

10. Seronok Makan Buah. Daripada menikmati jus buah, lebih baik kita makannya secara segar. Buah - buahan yang dimakan terus memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding menikmatinya sebagai jus. Minum akan menyebabkan kita kurang makan dan lebih mudah untuk mengambil nakanan lain, yang mungkin tidak sihat dan menggemukkan.

Nah, sekarang macam mana ? Jomlah ikuti 10 cara mudah untuk kurus ni. Janji kita perlu konsisten. Selamat mencuba !!

Wassalam

Jumaat, 7 Oktober 2016

Mulakan Perniagaan Online

Assalamualaikum

Lama sangat aku tak update blog. Boleh tak bagi tips dekat aku, macam mana nak update seminggu sekali ke apa ke. Macam ni laa bila malas menguasai diri. Bila baca je blog orang lain okay je, tetapi datang pulak perasaan jeles sebab aku malas nak update blog. Korang rajin je update. Hhmm.. berbalik kepada entry aku dekat atas tuh. Sekarang aku dah start menjalankan bisness online. Baru je nak mula, so korang doakan aku ek. Mudahan budak baru macam aku nih kuat macam hakak2 abang2 kat luar sana. Kalau korang tak keberatan share laa sikit ilmu perniagaan ke ilmu rajin ke ilmu apa sahaja untuk budak macam aku nih. Hihihi. Tu je nak beritahu.

Wassalam

♥ Sila Klik Kat Sini ♥