♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Khamis, 31 Januari 2013

Kenal Peribadi Melalui Tulisan


Assalamualaikum....



Biela ni minat sangat dengan pakar motivasi nie..dengar suara jew dah tau mesti dia empunyer diri
 ~ DR FADZILAH KAMSAH~
Walaupun sudah berumur sedikit namun dia tetap macho di hati Biela..(jangan fikir bukan-bukan ea..pakar motivasi yang Biela minat je)..Nie dia buat kajian mengenal peribadi melalui tulisan..Bace ea..



     Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian Grapho ertinya tulisan  Logy ertinya bidang ilmu)






1.Tekanan 




i. Tekanan yang kuat 

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.  Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif 

ii. Tekanan yang ringan 

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. 

Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit 


2.Bentuk Tulisan 




i. Tulisan yang bulat-bulat 

Semua huruf ditulis dengan bulat 

 Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) 

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper 

Tulisan yang angular dan sharp 

Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) 


3.Kecondongan 


i. Condong ke kanan 


Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri 

 Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak 

Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur 

Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf) 

4.Kerapatan 




i. Jarang-jarang 

Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros. 

ii. Rapat-rapat 

Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut <o:p></o:p>



5.Pada huruf J, G, Y, Z 




i. Ada ekor 

a) Besar, panjang dan sempurna 

Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan 

b) Kecil, pendek dan tak sempurna 

Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri 



6.Pada palang huruf kecil T (t) 




i. Tinggi Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah 

Mudah berpuas hati, cita-cita rendah 

iii. Tengah-tengah 

Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana






Rumusannya tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup

WASSALAM



Isnin, 21 Januari 2013

Cetakan Vs Polos




Assalamualaikum...(jawab salam dulu la sayang)




Hye !!! Biela nak kongsi sikit la pasal 'CETAKAN VS POLOS' nie..Selendang polos vs selendang bercetak la..Hehe..^_________^ Biela nie bertudung so yang pasti,Biela minat selendang polos sebab kat bawah nie..(mata terr jeling la kat bawah) tengok ea..Setiap orang nie mempunyai identiti yang mahu ditonjolkan.Pilihan selendang juga merupakan salah satu ekspresi diri buat si pemakai seperti Biela la..Nie adalah FAKTA menarik buat uolls..(khas untuk gurlz)


Tadaa  *_____*

SELENDANG POLOS :-
  • Tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas la.SELENDANG POLOS sentiasa kena dengan peredaran setiap zaman taw..ingat tu !!!
  • Skunk,ada pelbagai warna hadir dari yang terang-benderang hingga ke gelap-gelapan untuk digayakan..(terang vs gelap pulak da)
  • SELENDANG POLOS biasanya akan menjadi pilihan kepada remaja mahupun golongan lain yang gemar tampil ringkas..
  • Sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja baik ke majlis formal mahupun acara santai..(sukan lasak2 boleh ea???..)
  • Boleh mempelbagaikan gaya ikatan selendang..


SELENDANG BERCETAK :-
  • Selendang bercorak dilihat 'hit' hanya pada masa-masa tertentu dan corak cetakannya sentiasa berubah-ubah..
  • Lebih variasi pada masa ini,SELENDANG CETAKAN seperti gincu,reben, dan pelbagai lagi la corak yang 'funki' kala bergaya..
  • Skunk,banyak SELENDANG CETAKAN yang dapat dijadikan pilihan seperti cetakan binatang,bunga,rantai dan sebagainya..(cantik ker??..)
  • Hah..paling afdal untuk acara santai.Namun...jika kena dengan styling,selendang ini bisa digayakan ke tempat kerja mahupun ke majlis formal..
Biela nie minat berfesyen,tapi Biela nie jadi diri sendiri dalam berfesyen..(ahakss..betul ker Bielaaa ooii..haha..betul ler takkan jadi diri kau pulak)..Biela dapat ilmu ni dari sebuah majalah ..iye la kan Biela minat membaca selain minat mengarang.Tambah lagi kalau membaca bab-bab fesyen nie..ok Bye !!!

WASSALAM...




Ahad, 13 Januari 2013

Saya Student Baru




ASSALAMUALAIKUM....@_@



Hye!!..Selamat petang..Saya ni student baru kat sini...(Tunduk hormat sambil senyum2)..Saya harap kakak yang cantik,abang yang hensem,adik yang kiut-miut dan tidak lupa juga kepada datuk serta nenek yang sihat


mampu memberi tunjuk ajar kepada Biela.Hahaha..Maklumlah Biela masih baru lagi di sini.So selamat berkenalan abang,kakak,adik,datuk,nenek dan awak yang sedang baca blog saya ni..^_^...Auuuwww!!!!..(mood gedik)..Blog saya ni mungkin kelihatan simple dimata awak semua,namun saya puas hati sebab ianya hasil usaha saya sendiri.Saya akan berusaha sedikit demi sedikit untuk menjadi seperti awk semua.(Saya akan cuba sedaya upaya yang terbaik)..Bukan kah usaha itu tangga kejayaan???..So saya percaya dengan berusaha kita akan berjaya..Ok..Biela bla dulu la..~~~



WASSALAM....@_@

♥ Sila Klik Kat Sini ♥