♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Rabu, 11 Mei 2016

Hanya Mampu Ucapkan

Assalamualaikum
Sebelum aku meneruskan mengupdate blog, terdahulunya aku ingin menghulurkan kemaafan kepada pembaca sekalian kerana aku kurang aktif dalam penulisan blog. Masa itu emas, kalau aku update pun benda yang penting sahaja. Kalau benda yang merapu rapu ni aku tak sempat kot nak update hihihi.. Okay tajuk entry pun dah ada so aku nak fokus kepada tajuk asal aku itu laa.
Tahun ni kurang happy sangat apabila tibanya tarikh 12/5 kerana tarikh ini merupakan tarikh birthday kesayangan aku iaitu Mr. Kay. Sekarang dia bekerja di Selanggor. Kalau tahun lepas aku prank dia dengan tepung, tahun ni susah sikit nak prank bagai ni sebab berjauhan. Sebenarnya aku dah plan awal2 nak 'surprise delivery' tapi aku dah dibagi warning oleh Mr. Kay. Alasan dia jangan membazir simpan duit. Aku pun batalkan niat nak surprise delivery tu.
Banyak sangat pengorbanan dia untuk aku selama ni. Terima kasih Mr. Kay atas semua jasa - jasa awak. Saya ucapkan Happy Birthday To You dan saya doakan semoga segala impian awak tercapai, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat serta segala amalan awak diterima olehNYA. Haha, dan yang paling penting kita sama - sama doakan agar impian kita untuk membentuk kehidupan bersama tercapai. Amiiiin. InsyaAllah !!!. Sekian itu sahaja untuk entry kali ni. Aku hanya update entry sekali setahun kot. Kan aku dah gitaw tadi, kalau entry yang tak penting aku tak update memboringkan je. Okayla. Thanks.
Wassalam

♥ Sila Klik Kat Sini ♥