♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Ahad, 31 Mac 2013

Masalah Jerawat



Assalamualaikum

Cerita..cerita ..Bestnyer dengar nenek Biela bercerita pada tengah hari macam nie.
Cerita nenek nie boleh dijadikan iktibar.Cerita nie mengenai kecantikkan.
Ini semua disebabkan 
adik Biela yang mengadu kepada nenek.Kami semua panggil nenek dengan panggilan 'mak'.
Ini dialog adik dan nenek Biela..(Biela tumpang sekaki)

Adik: Mak,tengok nie ada jerawat tumbuh la dekat muka.
Nenek: Ala sebiji je tu.Tak kisah sangat.Itu muka cousin kau satu muka tumbuh jerawat.
Adik: Betul ke?? Habis macam mana dengan keadaan dia sekarang.
Nenek: Betul la takkan mak tipu pulak.Sekarang nie dia pergi berubat cara tradisional.
Biela: Berhasil tak??
Nenek: Berhasil sangat.Sudah nampak ada kesembuhan dekat muka.Jerawat pun semakin berkurang.Berubat secara tradisional dengan menggunakkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Adik & Biela: Ooowwhh 
Nenek: Dahulu dia pergi jumpa doktor pakar.Tapi doktor cuma bagi ubat.Ubat yang digunakan tak berhasil.
Jadi ada jiran yang mencadangkan untuk berubat secara tradisional.
Mula-mula amat ragu Tapi orang cakap belum cuba belum tahu.
Biela: Sudah berapa lama mak dia berubat??
Nenek: Masuk bulan 3 nie sudah 3 bulan la.Dia berubat sebulan sekali.
Biela: Mesti ada pantang larang mak??
Nenek: Ada,selepas berubat lebih kurang 4 hari dilarang makan makanan seafood atau makanan
yang menggatalkan kulit.Ermmm..ingat semua jenis kacang jangan makan.
Adik: Owh..


Itulah ringkasan dialog nenek dan adik Biela..Biela bersyukur sangat sebab muka Biela tidak pernah 
tumbuh jerawat.Kalau tumbuh pun setahun 2 ke 3 kali macam tu je.Itu pun bukan jerawat batu,
just kecil-kecil macam tu.
Rahsia Biela ialah tidak makan kacang,tidak makan seafood(memang Biela tak suka seafood..serious !!!! ),
tak suka makan makanan berminyak yang banyak (sebab ia akan mempengaruhi pertumbuhan jerawat),pakai produk yang tak tentu hala dan mengamalkan petua.
Walaupun Biela tak tumbuh jerawat yang banyak tetapi Biela harus berjaga-jaga dengan mengamalkan petua.
Dihari yang lain Biela akan kongsi kan petua-petua yang Biela amalkan.
Tapi untuk entry hari nie Nenek Biela ada cakap (kacang jangan makan)
Korang kena ingat dalam perubatan tradisional semua jenis kacang tidak boleh makan.
Sebagai contoh,kacang panjang,kacang goreng dan sebagainya..Setakat ini sahaja yang dapat Biela kongsi kan.****________****


WASSALAM


Jumaat, 29 Mac 2013

Sedaplah Umiy Masak



Assalamualaikum

Hye selamat tengah hari semua..Hari nie korang nak masak apa??..
Apa yang korang nak makan tengah hari nie??
Hah !! nak makan dekat luar.OMG !!!
Jangan-jangan nanti makanan dekat luar tu boleh menyebabkan korang terkena keracunan makanan ke??
Iye Biela faham korang busy sebab itula korang makan dekat luar kan..
Try korang masak mesti best + sedap (kot)..Hahaha..

Biela hari nie masak..Haha bukan Biela la masak tapi my Umiey yang masak.Air tangan ibu sudah semestinya sedap.Korang nak tahu kenapa,sebab ibu-ibu nie masak dengan kasih sayang taw..
Nie la makanan untuk tengah hari Biela sekeluarga.







Hahaha..yang lain tak sempat nak tangkap gambar.Perut Biela nie asyik menyanyi dari tadi lagi.
Ini kerana budak Biela nie tak sempat nak breakfast pagi tadi..So waktu  macam nie menyanyi la perut Biela nie..^__^ 
Hey !!! shut up la sayang..Perut ku..Okayy jap lagi kita makan sama-sama ya...
Okayy la (mood lapar) 
Selamat menjamu selera..
*___*

WASSALAM

Rabu, 27 Mac 2013

Seiras



Assalamualaikum

Hah,korang kenal tak Randy Pangalila dengan Ding Dong Dantes????...Diorang nie rapat sangat dengan Biela..Hahaha *joke*..Betul la diorang rapat sangat dengan Biela ....Janganlah gelabah nanti Biela story..Nizaruddin dan Naimuddin (my siblings) seiras sangat dengan Randy Pangalila dan Ding Dong Dantes.
Kawan-kawan Biela semua cakap yang  Naimuddin nie seiras sangat dengan Ding Dong Dantes..Lepas tu yang Nizaruddin pun sama,diorang cakap dekat Biela,Niza nie seiras dengan Randy Pangalila...Hahaa..Ermmm bila ditengok ada kesamaan muka my siblings dengan pelakon-pelakon tu..
Tapi kalau ditengok berulang kali,masih ada kesamaan jugak.Selama nie Biela je yang tak perasan.
Tapi kawan diorang dan kawan Biela semua perasan akan hal tu..Apala Biela nie..
Eh,takkan Nizaruddin dan Naimuddin tu Biela nak mengaku dekat orang yang diorang tu seiras dengan Randy Pangalila dan Ding Dong Dantes.Apala korang nie..





Hah nie la dia gambar dekat atas tu Randy Pangalila iaitu pelakon Indonesia.Dan yang dekat bawah nie gambar Ding Dong Dantes iaitu pelakon Filipina.Korang mesti kenal dengan diorang nie sebab sudah banyak filem dan drama yang dibintangi oleh mereka.
Korang search sendiri la dekat Mr.google pasal diorang nie.Itu pun peminat mereka la.Biela nie bukan peminat mereka tapi suka lakonan mereka.Kepada my siblings tu jangan kembang kan hidung anda ya !!!!..Biela lebih berminat dengan Shun Oguri iaitu pelakon Jepun.









Dan Kim Hyun Joong iaitu pelakon Korea.







 Kalau korang nak tahu Biela nie memang suka tengok drama atau movie korea dan jepun.
Bukan Shun dengan Kim Hyun je Biela minat tapi banyak lagi.Hahaah...
Biasa la peminat korea dan jepun.
Hah nak tahu lebih lanjut terus tanya dekat Mr.Google okayyy..!!!
Dan jangan lupa kongsi dengan Biela siapa yang korang suka..
*____________________*

WASSALAM

Isnin, 25 Mac 2013

Memilih Pakaian Berdasarkan Warna Kulit


Assalamualaikum

Hari nie Biela nak kongsi sikit sebanyak tentang pemilihan warna pakaian yang kita pakai berdasarkan warna kulit.Kadang-kadang tak ikut langsung sebab kitorang perempuan nie pakai pakaian mengikut kesesuaian tubuh badan,mengikut trend sekarang & whatever la.
Ermmm,bukan mengikut warna kulit.Tapi bagi orang yang berkulit agak gelap atau yang menitik beratkan soal kecantikkan mesti mengambil berat soal nie..Sesetengah orang tak pasti apa warna kulit diorang sebab tak nak mengaku bahawa diorang berkulit gelap atau tak nak mengaku berkulit cerah.

So,jom kita baca sama-sama *____*

1.Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat senang dan banyak. Jika korang berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam & biru terang. 



Dan jauhi memakai pakaian berwarna pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan korang nampak pucat.



2.Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia kebanyakkan berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat kulit orang melayu . Untuk korang yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan korang kelihatan menyerlah.


Harus diingati korang yang berkulit sawo matang ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau gelap, ia akan membuatkan korang kelihatan kusam.


3.Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang berkulit gelap serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria seperti merah jambu, biru laut, putih, coklat, peach, hijau muda, dan kelabu.





Elakkan memakai warna gelap seperti hitam, coklat, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan korang kelihatan lebih gelap. 

  
Sesetengah kita suka pakai pakaian mengikut warna kegemaran (betul tak).Ada sesetengah warna kegemaran kita sesuai dan ada sesetengah tak sesuai.Oleh itu,untuk kelihatan sesuai kita harusla pandai mix and match warna kegemaran kita walaupun warna itu tak sesuai langsung dengan kulit kita.Okayyy...
Biela harap entry nie dapat membantu korang untuk terus kelihatan cantik..

WASSALAM

Ahad, 24 Mac 2013

Sayang Kamoo



Assalamualaikum..

Tetiba je pada waktu petang nie Biela mahu buat entry pasal nie.Bukan sayang siapa-siapa pun,nie Biela sayang diorang nie..(my family) ^____^.







Hahaha..


Korang perasan tak..Dalam adik-beradik Biela..Biela je yang perempuan yang lain semuanya lelaki..Korang tak cemburu ke??..Tak usah la nak cemburu-cemburu nie.Korang sepatutnya kena bersyukur dengan apa yang korang ada..Sebenarnya boring la juga tak ada adik-beradik perempuan nie.Sebab,salah satunya tak boleh nak berkongsi masalah,tak boleh nak bermain atau beriadah bersama-sama dan banyak lagi.Tapi,apabila difikirkan balik seronok juga hanya Biela je yang perempuan.Sebab,salah satunya hanya Biela je yang boleh manja-manja dengan Umiey Biela,hanya Biela je yang boleh kongsi masalah dengan Umiey,hanya Biela je yang boleh bergerak ke sana ke sini bersama Umiey,Biela tak usah nak berebut-rebut soal pakaian,dan sebagainya.Walaupun dilahirkan dalam kalangan adik-beradik lelaki Biela tetap perempuan  yang sejati bukan tomboy.Nasib baik Biela tidak terpengaruh dengan diorang.

Tapi kan diorang nie bagusla..Biela tak nak puji depan-depan nanti lain jadinya.Hahaa..Diorang nie boleh dibawa berbincang,boleh jaga Biela & parents,kalau gaduh pun gaduh tak sampai 1,2 minit terus berbaik (tak adala sampai nak bertumbuk ke pegang parang ke,tak adala macam tu)..Hahaa..diorang tak kahwin lagi.Bukan sebab diorang tak hensem tapi diorang masih belajar.(Adik-beradik Biela mesti la hensem..hehe).Diorang nie ada kawan perempuan..tak tahula hanya kawan je ke dan lebih daripada tu pun Biela tak tahu.Kalau adik-beradik Biela nie..perempuan yang cari diorang,bukan diorang mencari perempuan.Ermmmm..kalau Biela minta pertolongan,diorang mesti hulurkan.Bestnyer!!!!!..Biela nie kadang-kadang je manja.(Bukan manja gedik nak mampus tu..bukan manja yang macam tu).Hanya biasa-biasa je.Alaa..manja yang bukan boleh buat orang marah pun.Faham..!!!..

Walaupun tiada adik-beradik perempuan,kawan Biela sentiasa menemani Biela.Semua kawan Biela memahami dan ada sesetengahnya cemburu.Sebab kawan Biela tu adik-beradiknya semua perempuan.Cemburu tak adala tahap nak bergaduh just usik-mengusik macam tu.Hahaha..^___~.Terima kasih kawan !!!!..Love U.. Kawan perempuan ke,kawan lelaki ke semuanya jenis yang memahami.
Biela hanya anak perempuan tunggal kepada Encik Mohd Hadi (Ayah) dan Puan Salma (Umiey)
serta
adik-beradik kepada Salihin (E/Mark Leh),Nizaruddin (Niza/Udin),Naimuddin (Naim/Im),Islahuddin (Islah/slah),Ismanuddin (Isman/Iman),Aminuddin (Amin/Min) dan Afifuddin (Afif/Adik)..
Ermm..okayy la ..tu je untuk entry hari ini.

WASSALAM

Rabu, 20 Mac 2013

Merajuk Lama2




Assalamualaikum




Hye..selamat petang..Hah !! merajuk lama-lama,siapa?? Biela..No no no.Japp..Bukan Biela la yang merajuk lama-lama..Korang la..Tengok Biela cakap macam tu pun nak merajuk..(comel la korang merajuk macam tu) Haha..*Joke*.Ermm..tak perlu la kita nak merajuk lama-lama.Bukannya boleh apa-apa pun.Lain la kalau boleh bunga ke,duit ke,apa-apa la.Hanya yang dapat buang waktu dan merimaskan.Kalau merajuk tak lain dan tak bukan adalah dikaitkan merajuk dengan boyfriend atau girlfriend.Ermm..tak takut ke kalau merajuk lama-lama nanti buah hati tu fed-up dan pergi kepada orang lain.Nanti siapa yang rugi.Hahaha..^___~




Biela cakap macam nie bukannya tak boleh langsung nak merajuk.Tetapi berpada-pada la.Cuba korang buangkan sikit sikap ego korang tu.Boleh????..Alaa..Bolehlaaa..(merayu).Biela boringla.Eh,bukan Biela tapi kita.Iyelah..kalau orang yang merajuk,sesuka hati dia je nak merajuk lama-lama dan sengaja nak mempermainkan kita.Tapi,orang yang memujuk akan naik rimas.Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia.Hah !! Mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan.Nanti si pemujuk tu yang akan merajuk..Ingat !!!

Kalau yang merajuk disebabkab memang patut merajuk tu,memang patutla si dia pujuk.Tetapi janganla merajuk berlebih-lebihan.Apabila si dia sudah pujuk tu,cepat-cepat la happy semula,bagi ceria-ceria sedikit..^____^.Tapi,ada sesetengah orang,merajuk mengada-ngada.Even kesilapan yang simple pun nak merajuk.Kalau merajuk mengada-ngada macam nie selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri.Hahaha..Lucu la Biela rasa.Hahaha..

Sini Biela ada bagi tips untuk hilangkan merajuk tu..

*Bersifat lebih sabar
* Berfikiran terbuka
*Sentiasa mengawal emosi
*Sentiasa menghargai sesuatu perkara
*Bergaul dengan orang yang lebih matang
*Buangkan rasa ego
*Dekatkan diri dengan Tuhan

Senang aje tips nie kan? Tapi bukan senang nak praktikkan.Apa pun cubala perlahan-lahan.Mana ada orang boleh ubah sikap dengan sekelip mata.Ahli magic maybe !!! So si dia kenala faham ea..*_____*
Buat apa nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri yang akan penat nanti..Dah la penat merajuk,rindu dekat si dia lagi.Tak ke rugi tu..? Cuba hentikan merajuk kita tu dan be happy..Mudah-mudahan mampu berubah..Amiin..


WASSALAM

Ahad, 17 Mac 2013

Menjadi Matang Dalam Bercinta



Assalamualaikum



Hye..!!..Haha rasa terpanggil nak buat entry nie..Pagi tadi sudah buat entry.Sekarang mahu lakukan nya sekali lagi.Maklumlah ada masa lapang,so nanti apabila busy bersawang dibuat nya benda nie.Kawan Biela tanya macam mana mahu matang dalam bercinta.Kita perlu berusaha membangkitkan kemantangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kemantangan kita.
Biela apalagi search Mr.google...Hah sekarang sudah jumpa..

1.Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
Kita tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan kita sahaja.Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan kita.Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

2.Merubah gaya ber SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?,makan apa?”,“awak betul-betul sayang saya?”atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”,dan sebagainya.Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi.Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA...*___*

3.Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”.Ya,betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza.Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan dengan cinta kita dahulu.Cuba perbaiki diri kita untuk menjadi sang pencinta yang baik.

4.Elakkan daripada bercinta 24 jam
Bukan kita seorang sahaja yang dilamun cinta.Dan jangan disebabkan cinta,tanggungjawab kita sendiri diabaikan.Kita bukan lagi di peringkat sekolah rendah.Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia.Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.INGAT..^__^

5.Ubah penampilan diri
Kalau dahulu,kita mungkin tidak mengendahkan penampilan kita setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki.Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut.Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih AYU...*____*

6.Tahu yang mana serius,yang mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta.Ya,tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya.Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.


7.Menambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik.Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

Itu yang Biela search dekat Mr.google la...Tapi bagi Biela apa yang penting kita mesti saling percaya mempercayai sesama pasangan.Jangan asyik fitnah tanpa bukti.Elakkan bejumpa selalu.Jikalau kita tidak selalu keluar bersama,ini akan meningkatkan lagi kerinduan masing-masing.Ermmm...korang ada nak tambah apa-apa?? Silakan..

WASSALAM

7 Petanda Dia Tak Sesuai Untuk Anda




Assalamualaikum

Hye lama rasa nya tak buat entry..Rindu rasanya.Bukan apa Biela busy sikit.Banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilakukan.Maklumlah rutin harian manusia berbeza..
Biela ada entry nie yang mahu dikongsikan ..Tapi Biela rasa tak kesemuanya betul,right?? So korang baca la dulu dan komen.Adakalanya betul dan adakalanya salah.Hanya mereka yang mempunyai pasangan kekasih sahaja yang mampu mengetahuinya.*yang tak mempunyai kekasih pun tak apa,kawan pun jadilah* 
'Adakah si dia sesuai untuk aku'.
SILA BACA !!!
*______________________*
1.) Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung. Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan untuk anda.
2.) Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.
3.) Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.
4.) Dia selalu bermain sms ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia bersms, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan sms dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang? (DIA / AKU)
5.) Anda telah selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia  atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.
6.) Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting.
7.) Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.

APA PULA PENDAPAT ANDA.. SETUJU TAK? :)
Psst:Kepada lelaki harap tak menguris perasaan anda..okayy.
Tak kesemua lelaki macam tu..sesetengah je..^____^

WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥