♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Selasa, 30 April 2013

Warna Air Kencing




Assalamualaikum

Hye !!! Morning uolls.


" Perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor,dan yang paling terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita.Warna kencing bening memang warna normal.Jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh kita sudah mulai kurang cairan.Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari.Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari "


~Kuning cerah atau terang : warna air kencing ideal yang menandakan tubuh korang cukup air yang diperlukannya.

~Kuning coklat : warna ini menandakan tubuh korang kurang air.Ini kerana korang kurang minum sementara banyak air yang keluar melalui perpeluhan yang berlebihan.Korang mengalami hidrasi tahap ringan.Cara yang paling bagus atau baik ialah minum banyak air kosong.

~Kuning gelap : warna ini berkemungkinan menunjukkan bahawa korang ada masalah pada bahagian organ liver atau hati.Mungkin terjadi kerana hepatitis atau masalah hati yang lain.

~Putih susu : ini menunjukkan korang mengalami jangkitan di saluran kencing atau terdapat batu karang.

~Merah atau pink : yang menyebabkan air kencing berwarna seperti ini adalah kerana korang mengambil makanan dengan pewarna merah.Tapi,boleh jadi  adanya campuran dengan darah. Sebaiknya air kencing yang warna merah perlu pemeriksaan lanjut di hospital. Penyebabnya mungkin buah pinggang, sukan, atau aerobik yang semua itu boleh membuat kerosakan sel darah merah.

~Oren : kemerahan warna oren pada air kencing lebih disebabkan oleh pengambilan ubat atau makan lobak merah.

~Biru atau hijau : banyak kes air kencing berwarna biru atau hijau kerana pengambilan ubat yang berkaitan dengan saluran air kencing. Atau air kencing warna ini terjadi dari pengambilan makanan dengan pewarna tersebut atau makan asparagus.

Wah,sudah macam warna pelangi pula..Ermm..Sumber nie Biela ada terbaca dekat mana entah (dalam majalah) Harap-harap korang normal ya.

WASSALAM


Isnin, 29 April 2013

Kalori Makanan Tinggi.. Whattt ???



Assalamualaikum

Hari nie Biela nak membebel pasal tajuk entry dekat atas.Kegemukkan berlaku apabila korang salah pilih makanan.Hal ini akan membuat korang susah menurunkan berat badan walaupun sudah mengurangi makan secara radikal.Hal ini akibat dari makanan yang mengandung kalori yang tinggi.Hindari makanan-makanan berikut ini dapat membantu mempermudahkan korang menurunkan berat badan.Jom !!!!

MAKANAN SAJI


Di antaranya hamburger dan kentang goreng.Korang suka?? Kandungan lemaknya sangat tinggi,begitu pula kandungan kalorinya.Hal ini akan menggemukkan korang.Sudah pasti korang tahu kan???

GORENGAN



Makanan jenis bergoreng ini tidak baik bagi kesihatan.Habis takkan nak makan yang rebus dan bakar je kan?? Boring la..Secara umumnya makanan bergoreng digoreng dengan minyak yang tidak diganti setiap kali menggoreng,ini akan menyebabkan kandungan lemaknya sangat tinggi dan tidak terjamin kebersihannya jika dijajakan di pinggir jalan.So,korang mesti guna minyak yang baru sebelum menggoreng.

MINUMAN BERSODA


Ketika dahaga tidak kisah minum air apapun asalkan dapat menghilangkan dahaga.Betulkan ??? Minuman ini sama sekali tidak memiliki nilai-nilai nutrisi.Ia hanya mengandungi gula,kalori dan sodium yang banyak.Cakap tak nak gemuk tapi minum juga.

SUSHI


Tengok sushi enak je.Sushi memang terdiri dari sayuran yang rendah kalori,tetapi korang mesti hati-hati dengan pelengkap makanan negeri jepun ini.Seperti mayonis dan makanan laut  serta membuat satu roll sushi memiliki kadar sekitar 500-600 kalori.Ditambah lagi sos kicap yang mengandungi sodium serta membuat kita ingin terus makan dan minum.

NASI GORENG


Nasi goreng merupakan makanan yang mudah dicari di setiap gerai,restoran dan tempat makan.Nasi goreng ini mengandung 740 kalori kerana nasi dan minyaknya ditambah dengan lauk pauk.Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori.Ini kerana nasi tersebut digoreng serta ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur,menjadikan nasi goreng kurang seimbang.Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat.Kalau korang nak makan,cuba jangan lebih segenggam tangan.Kalau tangan korang kecil??? Alamak makan sikit la jawabnya,biar padan dengan tubuh korang tu.

PIZZA


Setiap hujung minggu beli pizza makan beramai-ramai.Kebetulan pula ada perlawanan bola sepak or drama-drama yang korang minat.Sambil menonton boleh makan dan sama-sama buat lemak.Hahaa...Makanan khas italia ini terdapat kalori yang sangat tinggi.Dalam satu pizza ukuran besar (8  potong) menghasilkan kurang lebih 1920 kalori.Korang tetap juga makan kan??

COKLAT


Wah !!! Coklat sekarang makin cantik la.Mana tak nya dengan pelbagai rupa dan bentuk menarik semakin ramai penggemar coklat.Coklat bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak tetapi orang dewasa pun sama juga.Coklat yang dijual di pasaran sudah dimodifikasi sedemikian rupa dengan campuran susu,kacang-kacang,minyak palem, gula dan sebagainya. Dalam 100gr coklat bar dapat menghasilkan 500 kalori.

MAKANAN RINGAN


Makanan ringan (snack) yang tersedia di supermarket biasanya terdapat mentega,sirup jagung tinggi fruktosa, gula, pati, dan coklat dalam komposisinya. Hampir semua jenis snack yang tersedia di supermarket mengandungi kalori tinggi.Setiap kali pergi beli-belah mesti borong benda nie kan..Jangan tipula..Cakap nak bagi dekat adik or anak makan tapi kita yang first buka dan makan.

MAKANAN BEKU


Makanan nie pun sama juga.Ia mengandungi kalori, lemak dan sodium yang sangat mudah menaikkan berat badan jika diambil berlebihan. Kalori, lemak dan sodium biasanya terkandung dalam setiap makanan beku yang tersedia di supermarket.Tak kira la jenama apapun atau makanan beku apapun,tetap mengandungi lemak yang tinggi.

NASI LEMAK


Siapa gemar makan nasi lemak?? Angkat kaki...Hidangan nasi lemak yang mengandungi karbohidrat,protein,lemak iaitu lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau korang makan nasi lemak bertambah dan kadang-kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa-rasa menggemukkan tak? Lagi sedap ada la..Haha..

ROTI CANAI


Setiap malam keluar semata-mata nak cari benda nie. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau korang makan dua keping dah 600 kalori.

AIS KRIM




Ais krim memang sedap! Biela nak..Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas.Lagi la menggalakkan kita menikmati ais krim. Tetapi korang mesti ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori.Kalau korang makan semangkuk ais krim macam mana??

MEE KARI


Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Tetapi kalori mee kari lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

SUSU PEKAT MANIS


Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk korang! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

MAYONIS


Siapa penggemar mayonis?? Ada ke?? Haha,korang tahu suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika korang penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

So,macam mana?? Kalau lapar makanan apa pun yang terhidang dekat depan mata,terus je masuk dalam mulut.Apabila kenyang 'Eh,makanan nie ada kalori yang tinggi rupanya.Menyesal la pula makan.Ingat nak kurangkan makan makanan yang kalori tinggi nie'.Menyesal kemudian tiada guna.Tetapi kalau korang berdegil juga nak makan makanan tersebut,hendaklah diambil dalam kuantiti yang sedikit.Jangan ambil selalu nanti buruk padahnya.Okayy la..Akhir sekali sambut la senyuman dari Biela ya !!!! ◕‿◕

WASSALAM

Sabtu, 27 April 2013

Happy Birthday Salihin



Assalamualaikum


Hye morning semua.Ceria cepat dan senyum.Hari nie 27 April so hari nie merupakan birthday Salihin.Sesiapa yang sambut birthday hari nie,Biela ucapkan 'Happy Birthday To You,Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki'..Happy birthday to you Salihin !!!..Salihin adik Biela.So umur kau (Salihin) sekarang nie 19 tahun.Eh !!! Kalau la kau ada dekat rumah sekarang nie mesti mummy sambut birthday kau.Rugi la kau.Itula siapa suruh pergi belajar jauh-jauh.Hahaha..sory aku terlupa wish dekat kau malam tadi (tepat pukul 12.00 tengah malam) itu pun nasib baik aku online facebook.Dan tertengok yang hari nie birthday kau.Semalam bukan main lagi aku ingat kau punya birthday.Tiba masanya hampir terlupa.



Tanpa berfikir panjang,aku terus wish dekat kau di wall facebook.Kau tengok la ya.Panjang aku wish dekat wall kau tu.Sedangkan kenalan kau wish awal lagi daripada aku.Aku nie kakak kau wish lambat,apa kes !!!!..Walau apapun ingat pesan ibubapa kau (ibubapa aku juga la) " belajar rajin-rajin,solat jangan lupa,solat hajat dan amalan baca yassin mesti diteruskan ".Aku sebagai kakak kau pun doakan semoga kau dapat capai cita-cita kau.Adik-adik kau yang lain pun wish dekat kau.Termasuk mother and father.Setakat ini sajala yang dapat aku beri pesanan dekat kau.Entry kali nie ringkas,padat dan bermakna.*____*



WASSALAM

Khamis, 25 April 2013

Penjagaan Rambut Bagi Yang BERTUDUNG




Assalamualaikum


Masalah utama rambut bagi kaum hawa ialah rambut berbau,kulit kepala berminyak,rambut gugur dan lain-lain.Masalah ini juga sering terjadi kepada kaum hawa yang bertudung.Rambut perlu dijaga kerana jika berlaku masalah seperti di atas ia akan menganggu aktiviti harian.Biela ada penyelesaiannya !!!

AWAS !!!  SETIAP HARI CUCI RAMBUT
Korang biasanya mencuci rambut setiap hari,ubahlah kebiasaan ini.Jika korang bertudung,memang tidak sesuai jika korang mencuci rambut setiap hari.Ini akan menyebabkan rambut korang berbau. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut korang,ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung.Tambah lagi,korang mencuci rambut untuk ke tempat kerja,kolej dan sebagainya.Korang cucilah rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Jika jadual tu asyik padat dengan kerja atau aktiviti apapun cucilah rambut korang pada waktu petang,sebaik korang pulang dari kerja.Mahu lakukan pada hujung minggu pun boleh juga,lagi bagus dan ingat keringkan rambut secara semulajadi.Walaupun guna pengering rambut ia tetap tidak kering sepenuhnya.Jangan membungkus dengan tuala.

MENGATASI MASALAH RAMBUT
Jangan korang pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya masalah rambut.Kalau korang tidak mempunyai bajet yang lebih untuk mendapatkan rawatan di salun,korang boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk kulit kepala serta rambut korang.Kadang-kadang syampu yang kita guna tidak sesuai dengan rambut kita.Jika korang sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia.Dekat bawah nie ada penyelesaian untuk masalah rambut.Petua tradisional.

~masalah rambut gugur : Disebabkan oleh faktor pemakanan segera yang banyak mengandungi kandungan MSG.Masalah rambut gugur akan menyebabkan lama-kelamaan korang menjadi botak.So,untuk melebatkan rambut korang ,ambik daun bunga raya ramas-ramas dalam air,biar semalaman lendir tu sapu dan usapkan di rambut.Atau guna lendir aloe vera (lidah buaya) sapu je dekat rambut.

~masalah rambut berbuah : Apabila rambut korang basah tidak kering ia akan menyebabkan rambut korang tak sihat dan berbuah serta bercabang.So,petua yang boleh korang guna seperti ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

~masalah rambut berbau : Rambut sering berbau,ini kerana kulit kepala berpeluh.So,untuk mengharumkan rambut cuba la petua nie.Jika ingin rambut sentiasa segar dan harum, cuba gosok kulit kepala dengan hirisan limau nipis dan biar ia seketika melitupi seluruh rambut.

~masalah warna rambut : Warna rambut yang Biela maksudkan ialah rambut korang warnanya tidak kehitaman tapi warnanya perang.Kalau yang semulajadi tu okayy la.Tak boleh nak ubah melainkan korang warnakan rambut.So,korang cubalah petua nie.Guna daun bunga raya.Ramas-ramas dalam air biar semalaman lendir tu sapu di rambut.Uban tumbuh atas faktor usia, tapi ada juga orang muda yang beruban mungkin kerana akar rambut sakit.So.guna petua nie.Dengan menggunakan daun kari.Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

TUDUNG BERFABRIK LEMBUT
Pilihlah fabrik lembut untuk tudung korang.Jangan pilih fabrik kapas,kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut korang.Pastikan apabila memakai tudung pin betul-betul dan jangan biarkan rambut terkeluar.Pakai la tudung mengikut keselesaan korang.

BEREHAT SEBELUM MEMBERSIHKAN DIRI
Seeloknya berehat dahulu sebelum membersihkan diri.Terus buka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu sebelum mandi.Sebaiknya rehat sepenuhnya.

 LAIN-LAIN 
~jangan ikat rambut yang basah.Nanti rambut korang berbuah dan bercabang.
~elakkan menyikat rambut yang basah.Rambut korang akan gugur.
~air berklorin tidak bagus untuk rambut.Jadi elakkan mandi air berklorin.
~cuci rambut dengan air sejuk.Agar kulit kepala korang segar.

Perkongsian Biela setakat nie je.So,korang cuba la.

WASSALAM

Sahabatku




Assalamualaikum





Biela harap korang semua sihat diwaktu ini.Rindu dekat korang la !!!.Hahaha..Story nie tak la best sangat tapi untuk kenangan Biela la..Kitaorang buat makan-makan dekat rumah kawan Biela.Kitaorang sepakat buat dekat rumah Athirah Najwa a.k.a Lomm.Biela & mereka nie gila-gila sikit sebab kitaorang sporting.Ermm..ahli kitaorang nie sebenarnya tak cukup sebab yang selebih (12 orang) tu diorang rajin sikit (tengah sediakan bahan-bahan untuk makan).Tengok betapa pentingnya sikap bekerjasama.So,pupuk la dari awal sikap bekerjasama dalam persahabatan ya.

Korang nak tahu tak kitaorang ada nickname masing-masing.Nickname nie untuk memudahkan nama seseorang itu dipanggil.Almaklumla,nama diorang nie panjang-panjang dan berbelit-belit (tipu je).Tetapi ada yang nama pendek dan dipendekkan lagi,nasib baik orangnya tak pendek-pendek.Hahaha !!!  Simple je tapi mudah diingati.Tak nak la tulis nama sebenar diorang  panjang sangat.

   Nickname 



~ieka                                                  ~Zue
~Ayu                                                  ~Sarah
~Ha6                                                  ~Dhia
~Naj                                                    ~Sha
~Lina                                                 ~Bie
~Raja                                                 ~4a
~Karol                                               ~Jali
~Payik                                               ~Kimi
~Mat Luq                                          ~Kudin
~Lukman                                           ~Aidah
~Nor                                                  ~Chua
~Yaa                                                   ~Aida
~Lomm                                              ~Farah
~Khayshah



Eh eh..korang perasan tak nama Biela tak ada la..Ada la..Cuba tengok betul-betul..(Tak ada la)..Biela cakap ada,ada la.Bie tu Biela la.Kadang-kadang dengar diorang panggil nickname nie rasa macam mudah pulak erk.Dulu diorang panggil Bella,Bell then Bie pulak.Owh,kadang-kadang rasa manja pulak.Tak salah kan manja dengan kawan !!!..

Sahabatku,korang memang terbaik la !!!! Korang masih ingat lagi tak,kita buat lawak sama-sama lepas tu gelak sama-sama.Rasa lucu pula apabila teringat saat itu.Kalau kita gaduh-gaduh pun,tak lama lepas tu okayy balik.Lepas tu,kita sama-sama sepakat untuk memakai pakaian yang warna sama.Owh,sweet nya saat itu.Andai masa dapat diundur semula,mesti best.Kita dapat luang masa bersama-sama lagi.

Ada lagi story.Mandi tepung gandum !!!! Yeayy..Ketika tu kitaorang sama-sama sambut birthday Lomm.Lomm tak tahu yang kitaorang nie ada kejutan untuk dia.Apabila tamat je waktu belajar.Kitaorang semua mandi tepung gandum.Pada asalnya,kitaorang nie siap bawa kamera nak tangkap gambar tapi satu gambar pun tak dapat nak tangkap.Sebab kitaorang lari daripada terkena tepung (hahaa..untuk menyelamatkan diri)..Hari tu,satu kelas tepung bertaburan.

Datang kelas keesokannya,kitaorang tak ada la main tuduh-tuduh bahawa siapa dalang disebalik kejutan semalam.Tengok sporting tak kitaorang (alaa..puji lebih-lebih pula).Disebabkan kelas kitaorang sangat kotor,kitaorang sama-sama membersih kelas.Lelaki ke perempuan ke semua dikehendaki bersih kelas sebelum pembelajaran bermula.Kawan kelas sebelah datang (hah !!! Betul ke nie apa yang aku tengok,rajin nya)..Hhahah..sebenarnya kawan kelas sebelah tu tak tahu yang peristiwa semalam.Hahaha..amik kau !!!

Sesiapa yang menghargai SAHABAT mereka,dia pasti tahu apa itu SAHABAT,pengorbanan SAHABAT amat penting untuk dikenang.Akhir sekali,kata-kata untuk korang “ Bie sayang persahabatan ini ”.

WASSALAM

Isnin, 22 April 2013

Peraturan Dalam Perhubungan



Assalamualaikum



Sebelum cakap apa-apa,jawab salam dulu baru adil.Rasa semangat tetiba.Mesti malam tadi tidur lena tapi diganggu oleh dua orang makhluk yang Biela sayang.Hah !!! Betul ke Tajuk entry macam tu..Betul la..
Berbagai cara korang lakukan untuk menawan hatinya namun dalam asyik menawan hatinya ada beberapa peraturan yang perlu korang tahu.

PUTUS DAN JANGAN MENIPU
Jika korang sudah boring dengan pasangan,beritahulah secara terus-terang.Jangan sesekali menipunya dengan beribu alasan.Pergi dan jangan menoleh lagi.Sekiranya korang menoleh,korang seolah-olah telah memberinya harapan untuk bersamanya lagi.

HANYA KORANG BOLEH MENGAWALNYA
Cinta membuatkan semua perkara sukar menjadi mudah.Betul tak?? Justeru itu,hanya korang sahaja yang boleh mengubah semua mengenai pasangan dari buruk menjadi baik hati dan sebagainya.

JANGAN TERLALU SELESA
Sesetengah orang amat suka berada di zon selesa.Mereka juga telah menyakini pasangan akan terus setia dan tak akan berpaling kepada orang lain.Ada kalanya korang tersilap percaturan kalau korang tidak mengirarkan kata-kata cinta kepadanya setiap masa.Cinta berkaitan dengan hati,oleh itu ia perlukan kata-kata untuk menyakinkan bahawa cinta korang masih kuat.

PERLU BERKORBAN
Apabila korang bersedia untuk menjalin perhubungan ,bermakna korang perlu berkorban segala-galanya.Ooppss !! Bukan maruah diri.Sebagai contoh,jika saat dia memerlukan pertolongan dan korang gagal untuk menolongnya,mungkin muncul orang lain yang akan mengambil peluang tersebut.Korang mungkin terlepas gadis idaman korang.Gadis idaman korang cakap 'Bye !!!!..Padan muka'

JANGAN MEMAKSA
Korang sering beranggapan kekasih adalah hak mutlak.Justeru itu,mereka akan mengarah sesuka hati.Sebaiknya,jangan suka memaksa pasangan korang tetapi hormatila dirinya.Girls korang suka tak kekasih hati korang paksa-memaksa nie???

JANGAN MEMBANDINGKAN
Adat orang bercinta,mereka tentunya akan membuat perbandingan antara insan yang terdahulu dan sekarang.Sebaiknya,korang pandang ke depan,lalui hidup sekarang bukan yang terdahulu.Jangan sesekali menoleh ke belakang.

JANGAN MUDAH MENYEBUT 'I LOVE U'
Menyebut memang mudah namun sukar melaksanakannya.Oleh itu,korang jangan mudah menyebut jika korang tidak bersedia untuk memikul semua tanggungjawab terhadap pasangan.

JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIAAN DI AWAL HUBUNGAN
Pada tahap awal menjalinkan hubungan,korang perlu bersedia.Persediaan ini termasuklah mental dan fizikal korang agar hubungan yang korang lewati lebih serius dan bermakna.

HANYA BERDUA,BUKAN BERTIGA
Hanya korang berdua dengannya dan tidak ada orang ketiga,(menyemak je)..Orang ketiga biasanya akan merosakkan sebuah perhubungan dan ia berkait dengan soal kejujuran,Kalau korang jujur dengannya,dia juga akan jujur dengan korang.Tetapi siapakah orang ketiga itu..Kalau tahu lebih awal kan senang..Boleh bagi warning awal-awal.Adakah syaitan???

JANGAN CERITA KISAH PERIBADI KORANG
Ingat jangan sesekali korang bercerita kisah peribadi dalam pertemuan pertama.Lagi korang  menceritakan masalah korang seperti bekas kekasih dan sebagainya,maka hubungan korang tidak dapat diteruskan kerana dia boring dengan cara korang.

JANGAN ROSAKKAN SEBUAH PERSAHABATAN
Pasangan korang sukar menerima sebuah persahabatan yang telah lama korang jalinkan bersama sahabat wanita.Mereka akan berasa curiga ,cemburu dan sebagainya.Akhirnya,silap langkah,korang akan berpisah dengannya.Ingat,kawan sukar dicari yang lebih memahami kita.

USAHA
Ramai yang mudah putus asa dalam meneruskan perhubungan tambahan jika mengetahui pasangan curang.Sebelum korang meninggalkanya,berusahala memperbaiki perhubungan dan jika tidak dapat diselamatkan barula diputuskan.

So korang macam mana???..Sesuatu perhubungan itu amat penting tahu.

WASSALAM

Khamis, 18 April 2013

Bibir Merah .. AAaauummmm





Assalamualaikum


Tetiba je boring malam nie.Ermm..Korang nak tak Biela kongsi petua untuk merah kan bibir.Kalau yang sudah merah semulajadi tu kira okayy la.( Macam Biela,mungkin..tak nak mengaku la).Sepatutnya kan korang kena bersyukur sebab korang ada bibir.( Macam la Biela tak ada bibir,apabila cakap macam tu..haha).Walaupun bibir korang tak la merah sangat, korang kena bersyukur tahu sebab Allah bagi bibir.

Okayy la tak mahu cakap banyak-banyak.Jom !!! Japp,tapi  tak tahula Biela sama ada korang berpuas hati ke belum dengan petua nie.Walau apa pun korang kena cuba dulu,kalau pertama kali amalkan petua tu tidak menjadi korang abaikan ya.Tapi kalau korang amalkan tu menjadi,teruskanla.


HALIA
Potong sikit halia.Lepas tu korang sapu dekat bibir korang tu.Tapi ada rasa pedas-pedas sikit.Hilang rasa pedas tu,korang sapu balik.Ingat,bersih dulu halia.Nanti terkena jangkitan kuman di bibir.


UBAT GIGI
Dengan menggunakan ubat gigi,sapu dekat bibir tu elok-elok.Sebaiknya selepas gosok gigi waktu pagi.Jangan lama sangat,nanti merah sangat bibir dan tak nampak normalnya.Ubat gigi jenama apa pun tak kisah.

Korang pakai la dulu petua di atas tu,sebab halia boleh dapat di pasar-pasar yang berdekatan manakala ubat gigi pun selalu kita guna ketika gosok gigi.So,mudah kan barang-barang tersebut didapati.Ingat,jika petua di atas tidak menjadi korang jangan la lakukan lagi nanti buruk padahnya.Mungkin sesetengah orang berjaya melakukannya.

Tapi kan,kalau mempunyai bibir yang merah (tak la merah macam pakai gincu macam tu) sekadar merah semulajadi okayy la.Ketika Biela form 4,ada seorang kawan lelaki nie (satu kelas) dia tanya soalan dekat Biela “Eh,merah bibir.Apa rahsia nya”.Lagi soalan maut dari dia “Ke mana hilangnya seri bibir tu” ketika dia bertanya soalan tu,seingat Biela waktu tu Biela sakit so bibir Biela kelihatn pucat.Korang nak tahu Biela jawab apa dengan soalan macam tu “Eeii..gatal kau nie.Hak aku suka hati aku la”.Kasar sungguh jawapan tu kan???..

Okayy la.Mengantuk !!!

WASSALAM

Selasa, 16 April 2013

Makin Mantap Sebenarnya Saya Isteri Dia




Assalamualaikum

Selamat Malam..jangan tidur lagi !!! Tengok jam awal lagi la..Biela nak share something nie..
Tak ada la menarik sangat just untuk suka-suki je.Hahaha..Macam tajuk dekat atas tu bukan Biela la isteri dia tapi kau.Eh tak la..Sebenarnya macam nie,korang tengok tak drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' 
slot zehra Tv3 ??..Kalau tengok bagus la lagi senang Biela nak share nie.Walaupun korang sudah tahu buat
-buat la tak tahu okayy..Sebenarnya drama nie diadaptasi dari sebuah novel.


Tapi kan 'Ost Sebenarnya Saya Isteri Dia' lagi best.Salah satunya lagu dalam drama nie 'Kita-Forteen'.Yaaa !!! Forteen sekarang makin mantap la.Biela suka *__*.


Kita - Forteen

Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

*Chorus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita





*____*

Selebihnya lirik lagu nie Biela tak ingat.Lagu Forteen yang satu lagi tu pun best juga ( Wanita ).Wah betul la kawan Biela cakap Forteen makin mantap.Betul la kan sesebuah lagu tu jika dimainkan bersama drama,filem  lagu itu akan meletop.Contoh,sesebuah lagu dijadikan lagu tema macam drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'.
Kita yang tengok nie pun tak ada la boring sangat apabila lagu dimainkan bersama.




Tambahan lagi,pelakon pun cantik-cantik,hensem-hensem tak ada la kita yang tengok nie boring kan ??
Kalau minat sangat drama nie kita sama-sama tengok ya 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'.
Okayy la sekarang,korang bolehla tidur ya..Hhaha..Makin lama Biela dekat sini nanti makin mengarut.
Selamat Malam..Gud Nite !!! 

WASSALAM





♥ Sila Klik Kat Sini ♥