♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Isnin, 22 April 2013

Peraturan Dalam Perhubungan



Assalamualaikum



Sebelum cakap apa-apa,jawab salam dulu baru adil.Rasa semangat tetiba.Mesti malam tadi tidur lena tapi diganggu oleh dua orang makhluk yang Biela sayang.Hah !!! Betul ke Tajuk entry macam tu..Betul la..
Berbagai cara korang lakukan untuk menawan hatinya namun dalam asyik menawan hatinya ada beberapa peraturan yang perlu korang tahu.

PUTUS DAN JANGAN MENIPU
Jika korang sudah boring dengan pasangan,beritahulah secara terus-terang.Jangan sesekali menipunya dengan beribu alasan.Pergi dan jangan menoleh lagi.Sekiranya korang menoleh,korang seolah-olah telah memberinya harapan untuk bersamanya lagi.

HANYA KORANG BOLEH MENGAWALNYA
Cinta membuatkan semua perkara sukar menjadi mudah.Betul tak?? Justeru itu,hanya korang sahaja yang boleh mengubah semua mengenai pasangan dari buruk menjadi baik hati dan sebagainya.

JANGAN TERLALU SELESA
Sesetengah orang amat suka berada di zon selesa.Mereka juga telah menyakini pasangan akan terus setia dan tak akan berpaling kepada orang lain.Ada kalanya korang tersilap percaturan kalau korang tidak mengirarkan kata-kata cinta kepadanya setiap masa.Cinta berkaitan dengan hati,oleh itu ia perlukan kata-kata untuk menyakinkan bahawa cinta korang masih kuat.

PERLU BERKORBAN
Apabila korang bersedia untuk menjalin perhubungan ,bermakna korang perlu berkorban segala-galanya.Ooppss !! Bukan maruah diri.Sebagai contoh,jika saat dia memerlukan pertolongan dan korang gagal untuk menolongnya,mungkin muncul orang lain yang akan mengambil peluang tersebut.Korang mungkin terlepas gadis idaman korang.Gadis idaman korang cakap 'Bye !!!!..Padan muka'

JANGAN MEMAKSA
Korang sering beranggapan kekasih adalah hak mutlak.Justeru itu,mereka akan mengarah sesuka hati.Sebaiknya,jangan suka memaksa pasangan korang tetapi hormatila dirinya.Girls korang suka tak kekasih hati korang paksa-memaksa nie???

JANGAN MEMBANDINGKAN
Adat orang bercinta,mereka tentunya akan membuat perbandingan antara insan yang terdahulu dan sekarang.Sebaiknya,korang pandang ke depan,lalui hidup sekarang bukan yang terdahulu.Jangan sesekali menoleh ke belakang.

JANGAN MUDAH MENYEBUT 'I LOVE U'
Menyebut memang mudah namun sukar melaksanakannya.Oleh itu,korang jangan mudah menyebut jika korang tidak bersedia untuk memikul semua tanggungjawab terhadap pasangan.

JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIAAN DI AWAL HUBUNGAN
Pada tahap awal menjalinkan hubungan,korang perlu bersedia.Persediaan ini termasuklah mental dan fizikal korang agar hubungan yang korang lewati lebih serius dan bermakna.

HANYA BERDUA,BUKAN BERTIGA
Hanya korang berdua dengannya dan tidak ada orang ketiga,(menyemak je)..Orang ketiga biasanya akan merosakkan sebuah perhubungan dan ia berkait dengan soal kejujuran,Kalau korang jujur dengannya,dia juga akan jujur dengan korang.Tetapi siapakah orang ketiga itu..Kalau tahu lebih awal kan senang..Boleh bagi warning awal-awal.Adakah syaitan???

JANGAN CERITA KISAH PERIBADI KORANG
Ingat jangan sesekali korang bercerita kisah peribadi dalam pertemuan pertama.Lagi korang  menceritakan masalah korang seperti bekas kekasih dan sebagainya,maka hubungan korang tidak dapat diteruskan kerana dia boring dengan cara korang.

JANGAN ROSAKKAN SEBUAH PERSAHABATAN
Pasangan korang sukar menerima sebuah persahabatan yang telah lama korang jalinkan bersama sahabat wanita.Mereka akan berasa curiga ,cemburu dan sebagainya.Akhirnya,silap langkah,korang akan berpisah dengannya.Ingat,kawan sukar dicari yang lebih memahami kita.

USAHA
Ramai yang mudah putus asa dalam meneruskan perhubungan tambahan jika mengetahui pasangan curang.Sebelum korang meninggalkanya,berusahala memperbaiki perhubungan dan jika tidak dapat diselamatkan barula diputuskan.

So korang macam mana???..Sesuatu perhubungan itu amat penting tahu.

WASSALAM

5 ulasan:

Unknown berkata...

mungkin boleh guna nanti kot.. sebab Hana tak pernah bercinta.. takat suka aje.. hehe :) nak bercinta secara high class ngan si dia.. insya-Allah ^^

Cinta Alpha Lipid berkata...

Okay((y)ˆ ⌣ˆ)(y) baikk!!!

Cinta Alpha Lipid berkata...

Okay((y)ˆ ⌣ˆ)(y) baikkkkk!!!!

BieLa NaBiLaH berkata...

~Haruno hana : haha okayy hana..

~Cinta Alpha Lipid : okay *__*

Tanpa Nama berkata...

thanks sharing is caring

♥ Sila Klik Kat Sini ♥