Assalamualaikum
Hye..ermm..mata,mata,mata,dan mata serta mata.Okay faham !!! Mata merupakan organ yang
perlu dijaga.Mata merupakan organ yang telah
terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi
mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit
berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.
So dekat sini,hari ini,dan pagi ini serta sekarang ini Biela mahu kongsi mengenai tajuk di atas.
Makanan ini mudah didapati di Malaysia.Tetapi tidak diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Sesetengahnya tidak tahu fungsi makanan ini (makanan apa ya??..nanti ,tunggu !!)
Diorang nie just makan je tapi tidak tahu fungsinya.
Sekarang jom makanan apa yang Biela cakap tu..
Kailan (Kale), Bayam (Spinach),
Collards
Ketiga-tiga sayuran yang
disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat
kaya dengan
sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan
yang berfungsi dalam melindungi dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh
badan.
Tiram (Oysters)
Tiram merupakan makanan yang kaya
dengan sumber zinc. Kekurangan zinc dikaitkan dengan gangguan penglihatan,
penglihatan yang teruk pada waktu malam dan masalah katarak.
Pengambilan nutrien
ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi makular berkaitan umur
(age-related macular degeneration) di mana sering terjadi pada mereka yang
berumur 50 tahun ke atas.
Bagi mereka yang tidak menggemari atau alah kepada
tiram,korang juga boleh mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan
salmon, daging merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.
Aprikot
Aprikot kaya dengan sumber Beta
Carotene dan Lutein. Beta carotene dan lutein adalah
dari kumpulan Caretonoids
yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.
Secara
fisiologinya, tubuh manusia menukarkan beta carotene kepada bahan yang lebih
ringkas iaitu Vitamin A. Vitamin inilah yang berfungsi mengelakkan kerosakan
sel dan tisu mata serta melindungi kanta dalam mata.
Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes)
Ubi keledek atau dikenali juga
sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat Kelantan adalah makanan yang kaya
dengan Vitamin C dan Vitamin A.Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda
lebih daripada keperluan Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren
juga boleh dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi
keledek.
Telur
Telur adalah satu lagi makanan yang
kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan
lutein.Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adalah tidak
sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan caretonoids dari
sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.
Gandum
Kandungan vitamin E yang tinggi
dalam gandum berupaya memperlahankan degenerasi makular pada mata dan juga
mengurangkan risiko katarak.Selain daripada gandum,korang juga boleh mengambil
almonds, biji bunga matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter)
serta ubi keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.
WASSALAM
9 ulasan:
semuanya uncle selalu makan kecuali tiram ..
Kunjungan dan follow di pagi hari, di tunggu kunjungan dan follow baliknya ia...
~ uncle ,Biela tak suka tiram..
~ m.sofyan,okay i follow back !!
kak Biela,naem pun tak suka tiram..
Bagus entry nie..
wah,bagus la entry kak Biela nie .
Islah suka *___*.tiram tak suka sangat.
~ naem,kak Biela pun sama..
~ Islah,kak Biela pun sama jugak !!
Jom ganti tiram tu dengan benda lain.tapi Biela tak suka seafood !!!
Semua saya suka kecuali sawi cina.
wah, semuanya baik untuk mata..alyn follow sini ya biela..:)
~akak lynn :tiram biela tak suka.
~Alyn :betul..hahaa...okayy..tq Alyn :)
Catat Ulasan