♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Khamis, 25 April 2013

Penjagaan Rambut Bagi Yang BERTUDUNG




Assalamualaikum


Masalah utama rambut bagi kaum hawa ialah rambut berbau,kulit kepala berminyak,rambut gugur dan lain-lain.Masalah ini juga sering terjadi kepada kaum hawa yang bertudung.Rambut perlu dijaga kerana jika berlaku masalah seperti di atas ia akan menganggu aktiviti harian.Biela ada penyelesaiannya !!!

AWAS !!!  SETIAP HARI CUCI RAMBUT
Korang biasanya mencuci rambut setiap hari,ubahlah kebiasaan ini.Jika korang bertudung,memang tidak sesuai jika korang mencuci rambut setiap hari.Ini akan menyebabkan rambut korang berbau. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut korang,ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung.Tambah lagi,korang mencuci rambut untuk ke tempat kerja,kolej dan sebagainya.Korang cucilah rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Jika jadual tu asyik padat dengan kerja atau aktiviti apapun cucilah rambut korang pada waktu petang,sebaik korang pulang dari kerja.Mahu lakukan pada hujung minggu pun boleh juga,lagi bagus dan ingat keringkan rambut secara semulajadi.Walaupun guna pengering rambut ia tetap tidak kering sepenuhnya.Jangan membungkus dengan tuala.

MENGATASI MASALAH RAMBUT
Jangan korang pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya masalah rambut.Kalau korang tidak mempunyai bajet yang lebih untuk mendapatkan rawatan di salun,korang boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk kulit kepala serta rambut korang.Kadang-kadang syampu yang kita guna tidak sesuai dengan rambut kita.Jika korang sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia.Dekat bawah nie ada penyelesaian untuk masalah rambut.Petua tradisional.

~masalah rambut gugur : Disebabkan oleh faktor pemakanan segera yang banyak mengandungi kandungan MSG.Masalah rambut gugur akan menyebabkan lama-kelamaan korang menjadi botak.So,untuk melebatkan rambut korang ,ambik daun bunga raya ramas-ramas dalam air,biar semalaman lendir tu sapu dan usapkan di rambut.Atau guna lendir aloe vera (lidah buaya) sapu je dekat rambut.

~masalah rambut berbuah : Apabila rambut korang basah tidak kering ia akan menyebabkan rambut korang tak sihat dan berbuah serta bercabang.So,petua yang boleh korang guna seperti ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

~masalah rambut berbau : Rambut sering berbau,ini kerana kulit kepala berpeluh.So,untuk mengharumkan rambut cuba la petua nie.Jika ingin rambut sentiasa segar dan harum, cuba gosok kulit kepala dengan hirisan limau nipis dan biar ia seketika melitupi seluruh rambut.

~masalah warna rambut : Warna rambut yang Biela maksudkan ialah rambut korang warnanya tidak kehitaman tapi warnanya perang.Kalau yang semulajadi tu okayy la.Tak boleh nak ubah melainkan korang warnakan rambut.So,korang cubalah petua nie.Guna daun bunga raya.Ramas-ramas dalam air biar semalaman lendir tu sapu di rambut.Uban tumbuh atas faktor usia, tapi ada juga orang muda yang beruban mungkin kerana akar rambut sakit.So.guna petua nie.Dengan menggunakan daun kari.Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

TUDUNG BERFABRIK LEMBUT
Pilihlah fabrik lembut untuk tudung korang.Jangan pilih fabrik kapas,kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut korang.Pastikan apabila memakai tudung pin betul-betul dan jangan biarkan rambut terkeluar.Pakai la tudung mengikut keselesaan korang.

BEREHAT SEBELUM MEMBERSIHKAN DIRI
Seeloknya berehat dahulu sebelum membersihkan diri.Terus buka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu sebelum mandi.Sebaiknya rehat sepenuhnya.

 LAIN-LAIN 
~jangan ikat rambut yang basah.Nanti rambut korang berbuah dan bercabang.
~elakkan menyikat rambut yang basah.Rambut korang akan gugur.
~air berklorin tidak bagus untuk rambut.Jadi elakkan mandi air berklorin.
~cuci rambut dengan air sejuk.Agar kulit kepala korang segar.

Perkongsian Biela setakat nie je.So,korang cuba la.

WASSALAM

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice !!!

Tanpa Nama berkata...

bagus entry nie..thankz dear *__*

Tanpa Nama berkata...

penjagaan rambut tak menghalang bagi yang bertudung...

Tanpa Nama berkata...

tak suka rambut berbau hapak

Tanpa Nama berkata...

staila biela

Dayah Aziz berkata...

TQ admin, good artikel. Saya jugak akaui wanita bertudung ramai abaikan penjagaan rambut mereka. Kenapa boleh berhabis duit beli tudung tapi penjagaan rambut tolak tepi. Jangan bila rambut ada masalah baru nak cari produk yang sesuai. Mulalah beri perhatian pada rambut anda dari awal agar tidak terabai nanti imej diri boleh terjejas.

♥ Sila Klik Kat Sini ♥