Assalamualaikum
Masalah utama rambut bagi kaum
hawa ialah rambut berbau,kulit kepala berminyak,rambut gugur dan
lain-lain.Masalah ini juga sering terjadi kepada kaum hawa yang bertudung.Rambut
perlu dijaga kerana jika berlaku masalah seperti di atas ia akan menganggu
aktiviti harian.Biela ada penyelesaiannya !!!
AWAS !!! SETIAP HARI CUCI RAMBUT
Korang biasanya mencuci rambut
setiap hari,ubahlah kebiasaan ini.Jika korang bertudung,memang tidak sesuai
jika korang mencuci rambut setiap hari.Ini akan menyebabkan rambut korang
berbau. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut korang,ia tetap memerlukan masa
yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung.Tambah lagi,korang
mencuci rambut untuk ke tempat kerja,kolej dan sebagainya.Korang cucilah rambut
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Jika jadual tu asyik padat dengan kerja atau
aktiviti apapun cucilah rambut korang pada waktu petang,sebaik korang pulang
dari kerja.Mahu lakukan pada hujung minggu pun boleh juga,lagi bagus dan ingat
keringkan rambut secara semulajadi.Walaupun guna pengering rambut ia tetap
tidak kering sepenuhnya.Jangan membungkus dengan tuala.
MENGATASI MASALAH
RAMBUT
Jangan korang pandang remeh dan
berharap ia akan hilang dengan sendirinya masalah rambut.Kalau korang tidak
mempunyai bajet yang lebih untuk mendapatkan rawatan di salun,korang boleh
mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk kulit kepala
serta rambut korang.Kadang-kadang syampu yang kita guna tidak sesuai dengan
rambut kita.Jika korang sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.Elakkan
guna yang mengandungi banyak bahan kimia.Dekat bawah nie ada penyelesaian untuk
masalah rambut.Petua tradisional.
~masalah rambut gugur
: Disebabkan oleh faktor pemakanan segera yang banyak mengandungi kandungan
MSG.Masalah rambut gugur akan menyebabkan lama-kelamaan korang menjadi botak.So,untuk
melebatkan rambut korang ,ambik daun bunga raya ramas-ramas dalam air,biar
semalaman lendir tu sapu dan usapkan di rambut.Atau guna lendir aloe vera
(lidah buaya) sapu je dekat rambut.
~masalah rambut berbuah : Apabila rambut korang basah tidak kering ia akan menyebabkan rambut
korang tak sihat dan berbuah serta bercabang.So,petua yang boleh korang guna
seperti ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air.
Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2
minggu sekali.
~masalah rambut berbau
: Rambut sering berbau,ini kerana kulit kepala berpeluh.So,untuk mengharumkan
rambut cuba la petua nie.Jika ingin rambut sentiasa segar dan harum, cuba gosok
kulit kepala dengan hirisan limau nipis dan biar ia seketika melitupi seluruh
rambut.
~masalah warna rambut
: Warna rambut yang Biela maksudkan ialah rambut korang warnanya tidak
kehitaman tapi warnanya perang.Kalau yang semulajadi tu okayy la.Tak boleh nak
ubah melainkan korang warnakan rambut.So,korang cubalah petua nie.Guna daun
bunga raya.Ramas-ramas dalam air biar semalaman lendir tu sapu di rambut.Uban
tumbuh atas faktor usia, tapi ada juga orang muda yang beruban mungkin kerana
akar rambut sakit.So.guna petua nie.Dengan menggunakan daun kari.Campurkan 1
sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masak atas api sederhana sehingga
daun kari hangus.Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.Gunakan minyak ini
sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.
TUDUNG BERFABRIK LEMBUT
Pilihlah fabrik lembut untuk
tudung korang.Jangan pilih fabrik kapas,kerana kain tudung yang memerangkap
haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut korang.Pastikan apabila memakai
tudung pin betul-betul dan jangan biarkan rambut terkeluar.Pakai la tudung
mengikut keselesaan korang.
BEREHAT SEBELUM MEMBERSIHKAN DIRI
Seeloknya berehat dahulu sebelum membersihkan diri.Terus buka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu sebelum mandi.Sebaiknya rehat sepenuhnya.
LAIN-LAIN
~jangan
ikat rambut yang basah.Nanti rambut korang berbuah dan bercabang.
~elakkan
menyikat rambut yang basah.Rambut korang akan gugur.
~air berklorin tidak bagus untuk rambut.Jadi elakkan mandi air berklorin.
~cuci rambut dengan air sejuk.Agar kulit kepala korang segar.
Perkongsian Biela setakat nie je.So,korang cuba la.
WASSALAM
6 ulasan:
nice !!!
bagus entry nie..thankz dear *__*
penjagaan rambut tak menghalang bagi yang bertudung...
tak suka rambut berbau hapak
staila biela
TQ admin, good artikel. Saya jugak akaui wanita bertudung ramai abaikan penjagaan rambut mereka. Kenapa boleh berhabis duit beli tudung tapi penjagaan rambut tolak tepi. Jangan bila rambut ada masalah baru nak cari produk yang sesuai. Mulalah beri perhatian pada rambut anda dari awal agar tidak terabai nanti imej diri boleh terjejas.
Catat Ulasan