♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Khamis, 22 Ogos 2013

Waa ..Hadiah



Assalamualaikum

Hari nie Biela update lagi blog.Sebenarnya malas teramat sangat tetapi disebabkan seorang kawan Biela nie buat kejutan so Biela update la blog.Buat Biela semangat untuk meluangkan masa dengan blog..Hehehe..Macam nie ceritanya...

Semua ahli keluarga Biela tak ada kat rumah so yang tinggal Biela je.Kalau nak tahu boring sangat duduk kat rumah seorang diri.Dalam keboringan itu,Biela tengok tv,online fb,kemas rumah sikit dan ngadap lappy.Nak diringkaskan cerita,pada pukul 2.20 p.m. adik pulang dari sekolah.Biela tengok di tangan adik ada satu bungkusan.Biela senyum je tanda menyambut kepulangan adik dari sekolah.Tetiba adik menghulurkan bungkusan itu kepada Biela.Biela hairan lalu tanya adik ' apa nie ? '.Adik jawab ' kawan akak bagi dan dia kirim salam dekat akak '.Biela apa lagi senyum je memanjang dan cepat-cepat masuk bilik sebab nak tengok dalam bungkusan itu ada apa.( Ketika itu,Biela dekat dapur sedang sediakan air ).

Masuk je dalam bilik terus buka bungkusan tu ' Ya Allah..cantiknya ' itulah ayat yang keluar dari mulut Biela.Tapi tak tahu kawan yang mana bagi hadiah nie.Fikir punya fikir....haa tak lain dan tak bukan kawan Biela yang paling Biela sayang nie.Terus mesej kawan,nasib kawan mengaku dia yang bagi.Serius hadiah yang dia bagi cantik sangat..Haha..tak sabar rasanya nak menggunakan hadiah tu.Kawan terima kasih banyak-banyak ya diatas pemberian ini.Setakat ini sahaja la yang dapat Biela story-mory..Hehehe..

WASSALAM

Rabu, 21 Ogos 2013

Jiwang Kejap



Assalamualaikum

Selalu malas nak update nie,tapi entah kenapa rasa nak update blog malam nie.Mungkin mood petang tadi kot elok sikit.Atau pun malam nie rasa nak jiwang-jiwang sikit kot.Hahaha..apa la yang Biela bebel nie.Biela memang selalu macam nie,kalau hujan pada waktu malam mesti dengar lagu jiwang-jiwang sikit sebab best kot.Kenapa ek malam nie banyak betul ' kot 'nya..haha..

First time dengar lagu nie,rasa best je.Rasa macam nak kahwin pulak..Hehehe..Lagu nie lagu zaman dulu-dulu la tapi bila dengar fuhh rasa macam..entah orang yang mabuk cinta je akan faham...Hahaha.
Dengar berulang kali pun tak apa,tak boring langsung.Korang mesti nak tahu kan lagu apa yang Biela dengar nie..Lagu SPOON - SEPENUH HATI...


Lirik Lagu Sepenuh Hati - Spoon


Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu


Okay la,Biela nak layan lagu nie kejap.Mana la tahu kan lagu nie boleh dodoikan Biela tidur..Huhuhu..Oh lupa pulak,nak ucap selamat malam dekat korang.Nite..jangan tidur lewat sangat tak elok untuk kesihatan tahu tak..Ok byee !!

WASSALAM




Tunjukkan Rasa Cinta



Assalamualaikum


Korang sihat ke tidak ? Biela sihat tapi semakin hari semakin tiada mood untuk mengupdate blog.Entah la,tak tahu kenapa.Bila ingat balik lama tak update blog rasa banyak sangat benda yang nak dikongsi bersama korang semua.Bila dah online blog ' tak tahu nak tulis benda '.Tapi hari nie dah tahu kot apa yang nak dikongsi.Tu pun setelah ada seorang member nie kongsi dengan Biela iaitu macam mana nak tunjukkan perasaan cinta.Jom !!

Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika kita tidak memupuk rasa cinta, hubungan kita dan pasangan kita akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, korang berdua akan berpisah. Untuk memupuk rasa cinta, kita perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan kita. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan kita.

Kita selalulah menulis nota-nota cinta untuk di beri pada pasangan kita. Korang boleh beri ketika korang berjumpa atau korang curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.Auuww !!!

Apabila korang jumpa dia, korang mestilah sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan korang senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing-masing.Oh,so sweet !!

 Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan korang sebagai tanda sayang 
Di samping itu, sentiasa jaga penampilan untuk kekasih korang. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang korang ada.

Sekali sekala korang berikan pasangan korang makanan yang korang masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan korang. Ermm..pastikan korang belajar masak memasak dulu.Bukan apa nanti pasangan korang cakap ' tak sedap ' korang terasa.

Apabila pasangan korang ingin utarakan sesuatu, korang mestilah jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya. Kalau masih bersama-sama belajar sentiasa la memberi kata-kata semangat.

Sentiasa cakap pada dia bahawa korang sangat sayangkan dia dan cintakan dia. Jika ada masa lapang, korang luangkan masa sehari suntuk bersama-sama.

Ini sahaja la yang dapat Biela kongsikan.

WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥