♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Selasa, 2 April 2013

Masalah Jerawat 2



Assalamualaikum

Hari nie Biela akan buat entry seperti tajuk di atas.Yess jerawat..!!!..Remaja sekarang sering
mengalami masalah jerawat yang serius.Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon seseorang.
Maka,tumbuhla jerawat di muka korang.Biela doakan kepada yang ada jerawat dekat muka tu cepat-cepat la muka korang sembuh.Ini ada petua yang Biela amalkan 
(walaupun jerawat tak ada..amalan ini untuk berjaga-jaga)..
Okayy..jom !!! Sebelum tu korang baca entry nie dulu mAsALaH jErAwAT  ..*_____*

Petua 1:Timun




Timun nie selain boleh dimakan,ia juga boleh merawat masalah jerawat.
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat.Bersihkan wajah dahulu.Selepas itu,pupurkan
kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah korang.
Biarkan ia kering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih.Elok jika
diamalkan setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

Selain itu,Biela menggunakan hirisan timun.Bersihkan muka sebelum letak hirisan timun dekat muka.
Letak hirisan timun dengan rapi.Pastikan hirisan jangan tebal sangat.Elok diamalkan
pada waktu malam dan setiap hari.

Petua 2:Lidah Buaya



Jangan lupa lidah buaya pun ada kegunaannya.Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya,
buangkan kulitnya untuk mendapatkan lendirnya.Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada muka.
Selain ia dapat menghilangkan jerawat,daun lidah buaya juga dapat menghilangkan parut jerawat.
Insyaallah parut akan cepat sembuh terutama parut yang masih baru.

Petua 3:Bedak sejuk






Kenal tak???..Alaa..orang-orang dulu selalu guna sapu dekat muka sampai putih satu muka.
Bedak sejuk nie boleh mengurangkan masalah jerawat.Ambil bedak sejuk itu,bancuh dengan air.
Kacau sehingga sebati.Selepas itu,sapu dekat muka.Ia bukan sahaja digunakan untuk kulit yang berjerawat
tetapi untuk semua kulit.Amalkan pakai waktu malam dan siang.
Biela selalu amalkan pada waktu malam atau siang.

Bedak sejuk nie banyak kelebihannya.

Antaranya:

1.Dapat menyejukkan kulit muka
2.Dapat kurangkan minyak pada muka
3.Melicinkan kulit muka
4.Muka akan menjadi segar dan tegang
5.Boleh tanggalkan sel kulit mati

So,apa tunggu lagi.Pergila cari bahan-bahan nie,bagi mengurangkan masalah jerawat korang.
Okayy..setakat nie je entry yang dapat Biela kongsikan.
*____*
Mmuaahh..(Flying kiss)

WASSALAM

4 ulasan:

Unknown berkata...

nice..
bedak sejuk tu..lelaki ke perempuan ke semua boleh pakai.kalau lelaki pakai waktu malam.(tak nak malu)

AM berkata...

Rajinnya Biela! Takde jerawat pun tapi tetap amalkan. Arol nie banyak jerawat tapi malas nak amalkan petua2. Kadang2 rasa macam redha jelah. Hahaha! :DD

Nanti nak try buat petua timun tue!

BieLa NaBiLaH berkata...

~mohd naem : hahaha..betul

~Arol mubin :hahaha..cubala..gud luck !!!

lynmunir berkata...

Semua petua di atas memang best.

♥ Sila Klik Kat Sini ♥