♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Jumaat, 25 November 2016

Facebook Dan Page Pakaian Murah

Assalamualaikum

Hari ni 3 entry aku dapat hasilkan. *Sebenarnya entry2 ni disimpan dalam draft* Cuma tak ada masa yang sesuai nak update banyak hal busy !!! Kalah orang2 kaya. Sibuk je memanjang 😊 Semenjak aku aktif berniaga online ni, aku rasa semacam tak cukup tidur pulak. Tapi aku suka berniaga. Aku teruskan perniagaan online dengan bimbingan Mr.Kay, best friend forever aka twin Miss Zue & Sahabat positif & Sahabat jutawan aku. Bila nak down je diorang bagi support dan motivasi2 yang berkaitan bisnes.

So, kepada sesiapa yang ingin shopping dengan aku silakan : 

1. ADD FB aku iaitu Kaybie BrandedStylehttps://www.facebook.com/kaybiebrandedstyle.hadi.3   

Ini FB aku silakan add ye  !! Screenshoot pakai henfon

2. LIKE PAGE aku iaitu Kaybie Branded Style : https://www.facebook.com/OwnerKaybie

Ini PAGE aku, silakan like !!!



Nanti bila dah add dan like jangan lupa pulak like gambar serta status aku, cuci mata, dan shopping dengan aku. Ni aku bagi link dan gambar untuk korang mudah pastikan itu FB / PAGE aku ke bukan. SEBENARNYA aku baru je buat facebook and create page ni so yang like, komen, follow, friendlist tak ramai sangat so mintak bantuan korang untuk support aku punya bisnes boleh tak  ??

PERSOALAN :

1. HARGA - Harga aku kasi murah2 je, taknak mahal2 nanti tak laku. Aku pastikan kepuasan customer aku ranking pertama. Yelaaa, sebab aku nak bina relationship dengan diorang. Harga direct kilang  !!

2. BARANG DIJUAL - Aku jual pakaian (pakaian wanita & Lelaki), handbag, baju baby, kasut, cadar, shawl, tudung dan banyak lagi. Sekarang aku tengah update set pakaian murah/ combo. Bila aku jual set combo cepat je pakaian licin habis dijual. Kadang2 tu aku RESTOCK hari ni tup tup esok dah licin. REZEKI. Set combo paling laku, set warda, blouse, dan skirt. Ni kira yang paling TOP  !!!

3. DELETE - Pakaian atau apa sahaja yang diupdate dan DI DELETE itu bermakna pakaian atau barang lain tersebut sudah licin/ habis/ sold out. Apabila RESTOCK, aku update balik. Ini untuk memudahkan customer dan aku. 

4. FEEDBACK - Apabila customer membeli dan berpuas hati dengan barang aku jual mereka akan bagi feedback positif tapi feedback tersebut aku tidak paparkan di dalam PAGE/ FB sebab sekarang ni aku tak ada masa lagi nak buat semua itu. InsyaAllah, akan diperbaiki dan tambahbaik apa yang kurang. STOCK masuk aku update pun bukannya selalu, bila stock masuk aku snap gambar, edit yang patut, letak harga paling murah sekali untuk customer aku dan macam2 lagi aku kena buat dan fikir.

Tu je kot aku rasa aku nak gitaw. Kalau ada persoalan nanti komen lepastu bila ada masa aku reply satu2 Ok. ? *Mengantuk

Wassalam

Buang Blackhead Secara Homemade



Assalamualaikum

Pagi ni jugak aku nak kongsi CARA BUANG BLACKHEAD SECARA HOMEMADE 3in1. Guna bahan – bahan yang ada kat rumah je, seperti Ubat gigi (colgate), Garam dan Lemon (lemon ni tambahan, kalau tak ada takyah guna). Rajin buat, InsyaAllah blackhead berkurangan even not 100% okay. Tips: Lebih elok sapu pelembap dekat kawasan yang di tonyoh selepas selesai supaya liang pori tertutup, kulit korang pun lembap dan tak kasar atau kering.

Cara – caranya:

Sediakan bahan ubat gigi, garam dan lemon.
Campur ubat gigi dengan garam, tonyoh secara lembut – lembut dekat kawasan hidung lama sikit. Then sapu dengan tisu, kemudian cuci sehingga bersih. * Kalau korang rasa pedih berangin tu benda biasa je, biasalah ubat gigi kan memang macam tu.
Lemon yang dipotong bersegi – segi kemuadiannya tonyoh pulak dekat hidung secara perlahan. Biarkan seminit and then cuci. * Terpulang nak guna ke tak, tapi lemon ni banyak khasiatnya. Dalam peti ais rumah aku selalu ada.
Lap muka dan sapu pelembap kalau ada. SETTLE  !!

Muka korang pun bebas dari blackhead, jerawat pun kecut takut nak naik kat muka. Hidung korang pun glowing taw. No blackhead, No jerawat and hidung pun glowing, 3in1. Selamat mencuba OKAY !!!

Wassalam

Menghilangkan Jeragat Secara Alami



Assalamualaikum

Ada di antara kita tidak tahu bahawa jeragat merupakan satu jenis jerawat (aku tak tahu laa pulak). Jeragat selalunya terbentuk apabila terdapat bahagian pada kulit yang tersumbat disebabkan oleh banyak faktor seperti minyak berlebihan, kotoran, bahan kimia (terkejut) dan bakteria. Sayangilah muka kita dari bahan kimia (tetiba). Hari ini aku nak kongsi petua ‘MENGHILANGKAN JERAGAT SECARA ALAMI’ taknak membebel panjang – panjang, terus direct to the point. OKAY !!!

  • UBAT GIGI. Aku cuba petua ni best sangat. FRESH sangat. Basuh muka dengan bersih, kemudian ambil ubat gigi dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan campuran tadi kat muka yang ada jeragat. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan bila rajin hahahha, ikut suka hati.
  • GULA. Gula juga dapat menghilangkan kotoran dan membuang sel kulit mati serta kotoran yang terperangkap. Gula juga jadikan kulit kita flawless lembut. Caranya, campurkan madu dan gula untuk membentuk satu pasta. Kemudian, sapukan pasta tersebut pada muka, urut muka secara perlahan selama 10 minit. Lapkan muka dengan kain bersih, saki baki kat muka tu bilas dengan air. Lakukan seminggu sekali.
  • KRIM DARI FARMASI. Nak mudah lagi pergi beli krim jeragat kat farmasi, jangan beli yang kat tepi jalan pulak. Nama krim kat farmasi krim benzoil peroksida. Berfungsi untuk membersihkan muka, membunuh bakteria pada permukaan kulit dan menghapuskan pembentukan minyak dan sel – sel kulit mati. Tetapi, kesannya krim benzoil peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, gatal, kering dan mengelupas. Kalau ragu -  ragu, jumpa doktor dapatkan nasihat doktor. Krim ni aku tak pernah guna, member aku semasa study dulu dah cuba pakai. Taknak laa citer nanti panjang pulak entry aku.
  • LEMON. Lemon ni kalau korang nak tahu dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, iaitu boleh mencantikkan kulit. Caranya, potong lemon kepada dua bahagian, perah lemon dan asingkan kulitnya. Kemudian, ambil kulit yang diasingkan tadi dan sapukan pada muka (gosok). Dalam peti ais rumah aku sentiasa ada lemon. Lakukan 2 kali seminggu.

Cukupla banyak tu. Nanti bebanyak kan tak terbuat pulak. Cuba dulu yang petua kat atas tu. Aku dah cuba, yang krim tu je belum. Bukan belum tapi tak nak sebab ada kesan buruknya. Selamat mencuba OKAY !!!

Wassalam

Rabu, 23 November 2016

Putih Gebu Dengan Tepung Beras



Assalamualaikum

Hari ini free sikit so aku ada petua nak dikongsikan. Macam tak best pulak aku sorang je pakai petua ni. Petua ‘PUTIH GEBU DENGAN TEPUNG BERAS’. Kali ini entry aku tak ada gambar (lupa nak selfie). Tepung beras ni bukan sahaja boleh dibuat makan malah buat mask muka. Mesti bunyi agak lucu kan kan. Kebanyakkan makanan yang kita makan mana ada kimia kan. So, bahan makanan ni la kita boleh buat mask, untuk kecantikan diri kita. Terdapat banyak kebaikan tepung beras iaitu menyerap minyak yang berlebihan di muka (yang mana ada minyak banyak kat muka tu boleh try petua ni), menaikkan seri wajah, menanggalkan sel – sel kulit mati (sebab tu muka kita kelihatan kusam, tak bermaya sebab sel – sel kulit mati), lingkaran gelap bawah mata pun hilang, dan memutihkan kulit muka jika digunakan secara elok dan konsistan.

Okay, mesti korang dah tak sabar kan nak tahu apa bahannya, caranya macam mana kan. Jom scroll kat bawah ni.

PUTIH GEBU DENGAN TEPUNG BERAS

 

 

Bahan – bahan:

  • Tepung beras (tak kisah brand apa)
  • Bekas plastik
  • Berus muka

Cara – caranya:

  • Ambil sesudu tepung beras (ikut suka hati ambil banyak mana, ikut kelebaran muka korang kot). Kemudian, letakkan dalam bekas plastik atau mangkuk. 
  • Masukkan sedikit air bancuh (pekat), jangan cair meleleh sangat nanti tak melekat kat muka. 
  • Lepas tu boleh sapu dekat muka guna berus. Pakai macam mask pun boleh, macam bedak sejuk pun boleh. Ikut suka hati janji korang selesa. Amalkan setiap hari. 

    Tips: 
  •  Pakai sampai pagi esok pun boleh tak ada masalah.
  • Dalam bancuhan tadi korang nak campur serbuk kunyit, yogurt, madu, putih telur pun boleh.
  • JIMAT, TAK ADA KIMIA, SIMPLE

Selamat mencuba okay !!! Nanti bagi feedback dekat aku selepas korang mencuba petua diatas ye. Petua diatas sesuai bagi aku, tapi kalau untuk korang aku tak pasti. Macam yang aku cakap di entry sebelum ni, kalau muka sensitif dan ada jerawat aku tak pasti boleh cuba ke tak, petua ni untuk kulit licin (bebas jerawat) yang nak flawless. Tapi kalau korang nak cuba dan berani ambil risiko okay je. Pastikan korang sapu dekat area yang tak ada jerawat untuk percubaan. 

Wassalam


♥ Sila Klik Kat Sini ♥