♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Ahad, 12 Januari 2014

Gembira Sangat Sebab Si Dia : KAY




Assalamualaikum

Hye..Fullamakk !!! 
Biela makin tersangat jatuh cinta dengan Kay nie.. Walaupun Si Dia nie selalu sibuk dengan kerjanya, Biela bangga dengannya. Korang nak tahu kenapa ..?? Haaa.. sebab walaupun sibuk, Kay nie selalu send mesej dekat Biela. Itu menandakan Kay nie ingat Biela. Biela pun selalu ingat Kay. hehehe..

Korang mesti tahukan macam mana perasaan rindu + sayang kan.. kan.. kan..Orang yang ada perasaan rindu ini adalah orang yang bertuah kerana cinta korang terhadap pasangan korang sangat tinggi. Perasaan rindu tidak boleh dipaksa kan.. Kadang-kadang dengan perasaan rindu ini korang ada rasa gelisah, ada rasa sedih, ada rasa marah, ada rasa macam - macam rasa ... Betul tak ?? Tipu la kalau perasaan tu tak ada.

Kenapa korang rasa gelisah dan macam - macam tu, sebab korang takut kehilangan pasangan korang kan. Takut sangat kan.. Yessss !!! Perempuan selalu macam nie ..Rindu adalah sebuah perasaan halus dalam benak dan hati terdalam setiap manusia, yang akan muncul ketika seseorang dihadapkan pada suasana kehilangan akan sesuatu yang ‘penting’.

Kay nie selalu memahami Biela, Kay juga boleh detect bila Biela meragam ( merajuk + marah ) tu pun melalui SMS. Melalui SMS Kay boleh detect Biela merajuk + marah .. Kebanyakkan lelaki macam tu ke ek ??.. hahaha.. perempuan nie makin dipujuk makin merajuk + makin mengada - ngada kan.. hahaha..sebenarnya perempuan bukan merajuk sangat tetapi perempuan nie nak tengok bagaimana, selama mana, dengan apa pasangan korang memujuk.. Tetapi perempuan nie kena ingat, jangan merajuk kuat sangat sebab nanti pasangan korang pula naik angin + naik menyampah.. Sebab sakit hati dengan perangai korang. Merajuk, merajuk juga tetapi berpada - pada okay !!!

Korang rasa tak apa yang Biela rasa.. Topik dekat atas tu dengan isinya macam tak kena kan.. Tapi ada la juga kan isi - isi nya ..yang penting nama KAY tu.. hahaha..Love you Kay. Perangai Kay yang Biela tersangat suka ialah romantik + pelawak + sporting ..
Lawak Kay tu kadang - kadang boleh menyebabkan Biela sakit perut. Tak kira masa nak melawak, dan lawak Si Dia pula bukan dibuat - buat. Lelaki yang buat perempuan menangis tak hebat mana pun. Lelaki yang mampu buat perempuan ketawa ketika dia tengah menangis, ini baru hebat. Haaa.. betul ke tidak ??? hahaha..

Psstt : Biela tak tahu la apa yang Biela merepek + merapu tu.. 

WASSALAM

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥