♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Jumaat, 25 November 2016

Menghilangkan Jeragat Secara Alami



Assalamualaikum

Ada di antara kita tidak tahu bahawa jeragat merupakan satu jenis jerawat (aku tak tahu laa pulak). Jeragat selalunya terbentuk apabila terdapat bahagian pada kulit yang tersumbat disebabkan oleh banyak faktor seperti minyak berlebihan, kotoran, bahan kimia (terkejut) dan bakteria. Sayangilah muka kita dari bahan kimia (tetiba). Hari ini aku nak kongsi petua ‘MENGHILANGKAN JERAGAT SECARA ALAMI’ taknak membebel panjang – panjang, terus direct to the point. OKAY !!!

  • UBAT GIGI. Aku cuba petua ni best sangat. FRESH sangat. Basuh muka dengan bersih, kemudian ambil ubat gigi dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan campuran tadi kat muka yang ada jeragat. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan bila rajin hahahha, ikut suka hati.
  • GULA. Gula juga dapat menghilangkan kotoran dan membuang sel kulit mati serta kotoran yang terperangkap. Gula juga jadikan kulit kita flawless lembut. Caranya, campurkan madu dan gula untuk membentuk satu pasta. Kemudian, sapukan pasta tersebut pada muka, urut muka secara perlahan selama 10 minit. Lapkan muka dengan kain bersih, saki baki kat muka tu bilas dengan air. Lakukan seminggu sekali.
  • KRIM DARI FARMASI. Nak mudah lagi pergi beli krim jeragat kat farmasi, jangan beli yang kat tepi jalan pulak. Nama krim kat farmasi krim benzoil peroksida. Berfungsi untuk membersihkan muka, membunuh bakteria pada permukaan kulit dan menghapuskan pembentukan minyak dan sel – sel kulit mati. Tetapi, kesannya krim benzoil peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, gatal, kering dan mengelupas. Kalau ragu -  ragu, jumpa doktor dapatkan nasihat doktor. Krim ni aku tak pernah guna, member aku semasa study dulu dah cuba pakai. Taknak laa citer nanti panjang pulak entry aku.
  • LEMON. Lemon ni kalau korang nak tahu dikenali sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, iaitu boleh mencantikkan kulit. Caranya, potong lemon kepada dua bahagian, perah lemon dan asingkan kulitnya. Kemudian, ambil kulit yang diasingkan tadi dan sapukan pada muka (gosok). Dalam peti ais rumah aku sentiasa ada lemon. Lakukan 2 kali seminggu.

Cukupla banyak tu. Nanti bebanyak kan tak terbuat pulak. Cuba dulu yang petua kat atas tu. Aku dah cuba, yang krim tu je belum. Bukan belum tapi tak nak sebab ada kesan buruknya. Selamat mencuba OKAY !!!

Wassalam

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥