Assalamualaikum
Sakittt nyerr !!!
Morning !!!!..Semua orang pernah
merasai bagaimana putus cinta.Apabila korang putus cinta,bagaimana
perasaan korang??? Biela tahu
mesti sedihkan.Tipula kalau korang tidak sedih.Jauh disudut hati korang masih
menyayangi si dia.Untuk kembali pulih semula,kita memerlukan masa yang agak
lama.
Putus cinta merupakan perkara
normal yang terjadi kepada seseorang.Sebagai panduan,disini ada tips ringkas
yang dapat memberikan penyelesaian.
❣Berdamai Dengan Rasa Kecewa ❣
Pada peringkat awal kekecewaan
memang sukar dilakukan kerana bagi sesiapa pun masa putus cinta adalah
masa yang teramat sukar untuk
dilalui dengan cepat.Daripada korang menangis dalam kesedihan,berdamai
dengan rasa kecewa itu dan
mencari apa yang positif dari apa yang terjadi merupakan jalan yang
terbaik.Setelah korang kecewa pasti ada bahagia yang menanti
Luangkan satu atau setengah jam
bagi diri sendiri bertenang.Memang mula-mula sukar tetapi lama-kelamaan
ia akan terbiasa dan menemui
semangat baru untuk terus menghadapi kekecewaan.
❣Gunakan Sebagai Pelajaran
Berharga ❣
Walaupun seteruk mana pun
kekecewaan yang korang alami,mesti ada pelajaran berharga disebaliknya.
Korang menjadikannya pendoman
untuk melangkah lebih baik lagi dimasa akan datang.Daripada
korang seksa diri sendiri,cara
terbaik adalah tetap meneruskan kehidupan harian,menerima keadaan tersebut
dengan ikhlas (boleh ke?? ) serta memaafkan bekas kekasih korang.
❣Berbicara Dengan Orang Yang Dipercayai ❣
Daripada mereka,korang akan
mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati yang sedang lara.So
berbual la dengan orang yang korang percaya.Itu lebih baik daripada korang
menangisi.putus cinta.
Seeloknya dengan orang yang
lebih dewasa daripada korang.
❣Bermesralah Dengan Haiwan ❣
Haiwan ??? Mesra dengan haiwan
peliharaan korang.Haiwan kesayangan seperti kucing,arnab,
hamster dan sebagainya.Dengan
itu,sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan dan kepedihan.
Mungkin haiwan kesayangan korang
akan faham ..(Mungkin ??)
❣Menulis Surat ❣
Jika korang benci sangat dengan
bekas kekasih korang,tulisla semua kebencian korang di sehelai kertas.Jikalau
tidak mencukupi tambah beberapa helai kertas untuk korang menulis kebencian
korang.
(Benci sangat kan?? mesti banyak helaian kertas yang digunakan)
Selepas itu,bakar kertas yang
korang tulis itu.Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi korang.
❣Bersukan❣
Latihan fizikal selain menjadikan tubuh sihat serta meningkatkan stamina.Tetapi ia juga terbukti atau berkesan
dapat memperbaiki mood.Jom la bersukan !!!!
❣Melarikan Diri❣
Jangan melarikan diri dengan orang lain.Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya
kekasih baru untuk menepis kesunyian yang melanda diri.Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut
bukanla akan menyembuhkan.Tetapi akan menimbulkan masalah baru.Jadi cuba elakkan.
❣Berdoa❣
Berdoa itu lebih baik.Ambil waktu dan tempat peribadi dimana korang tidak akan diganggu
dan memohon kepadanya.Mudahan doa korang diterima oleh Allah.
Bila cinta putus ditengah jalan
usahla bermuram dengan menyakiti diri sendiri.Bangkitlah dan mulakan cinta
baru.Korang bukannya hodoh tapi comel dan hensem !!! (Tak percaya ?? Cuba
tengok cermin..so cermin la diri korang ) Setiap cinta yang hilang mesti ada
pengganti.Serta ada bahagia dengan pengganti itu.
WASSALAM
6 ulasan:
Putus cinta memang perkara normal kak Biela..
kak biela..bagus tips !!!
berdoa banyak2 @____@
~mohd naem :betul..setuju
~islah cool :thankz..berdoa itu segala-galanya kita sebagai umat islam..
Berdamailah dengan diri sendiri - saya suka yang ini.
hmm, putus cinta, doa adalah segalanya..)
~Alyn : ermm..betul !!! Biela setuju !!
Catat Ulasan