♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Selasa, 30 April 2013

Warna Air Kencing




Assalamualaikum

Hye !!! Morning uolls.


" Perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor,dan yang paling terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita.Warna kencing bening memang warna normal.Jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh kita sudah mulai kurang cairan.Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari.Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari "


~Kuning cerah atau terang : warna air kencing ideal yang menandakan tubuh korang cukup air yang diperlukannya.

~Kuning coklat : warna ini menandakan tubuh korang kurang air.Ini kerana korang kurang minum sementara banyak air yang keluar melalui perpeluhan yang berlebihan.Korang mengalami hidrasi tahap ringan.Cara yang paling bagus atau baik ialah minum banyak air kosong.

~Kuning gelap : warna ini berkemungkinan menunjukkan bahawa korang ada masalah pada bahagian organ liver atau hati.Mungkin terjadi kerana hepatitis atau masalah hati yang lain.

~Putih susu : ini menunjukkan korang mengalami jangkitan di saluran kencing atau terdapat batu karang.

~Merah atau pink : yang menyebabkan air kencing berwarna seperti ini adalah kerana korang mengambil makanan dengan pewarna merah.Tapi,boleh jadi  adanya campuran dengan darah. Sebaiknya air kencing yang warna merah perlu pemeriksaan lanjut di hospital. Penyebabnya mungkin buah pinggang, sukan, atau aerobik yang semua itu boleh membuat kerosakan sel darah merah.

~Oren : kemerahan warna oren pada air kencing lebih disebabkan oleh pengambilan ubat atau makan lobak merah.

~Biru atau hijau : banyak kes air kencing berwarna biru atau hijau kerana pengambilan ubat yang berkaitan dengan saluran air kencing. Atau air kencing warna ini terjadi dari pengambilan makanan dengan pewarna tersebut atau makan asparagus.

Wah,sudah macam warna pelangi pula..Ermm..Sumber nie Biela ada terbaca dekat mana entah (dalam majalah) Harap-harap korang normal ya.

WASSALAM


3 ulasan:

Unknown berkata...

info yg bagus! nice sharing! ^^

Tanpa Nama berkata...

mcm2 warna ada...hihi.

BieLa NaBiLaH berkata...

~Haruno Hana :thankz..

~Siti(zoey) :akak comey..betul mcm2 warna ada..haha

♥ Sila Klik Kat Sini ♥