Assalamualaikum
Hye
!! Rasanya lama juga Biela tak buat entry nie.Tapi sebelum tu Biela rindu
sangat dekat Blog nie dan awak-awak semua.Okayy la,tanpa berfikir panjang jom
Biela nak bagi idea untuk tampil IDEAL.
- ‘Clutch’ anggun digayakan
oleh wanita popular seperti korang.
- Kekalkan postur tubuh
yang menarik dan bersedia dengan korset untuk korang
menyembunyikan lebihan lemak yang jelas.Terutama sekali dekat bahagian perut.
menyembunyikan lebihan lemak yang jelas.Terutama sekali dekat bahagian perut.
- Ketepikan barang kemas
yang terlalu sarat.Satu atau dua perhiasan dari berlian yang kecil sudah mencukupi.Jangan
pula korang tenggelam dalam perhiasan yang keterlaluan.Mungkin orang yang
melihat akan mengatakan korang nie seorang yang obses terhadap barang perhiasan
dan ada kalanya amat merimaskan.
- Rantai labuh yang
berlapis adalah pilihan yang terbaik.Ia membuatkan top polos korang lebih ‘bernyawa’.Kelihatan
feminin !!
- Sematkan brooch di dada
baju,sama ada berbentuk pin,bunga tiruan,dan sebagainya.Ia memberikan kelainan
walaupun korang hanya mengulang pakai pakaian lama.Sekarang nie pun terdapat
pelbagai brooch di pasaran.
- Solekan mesti kuat di
mata (smoky eyes) dan ringan di bibir (glossy).
- Pakai kanta lekap
berwarna.Bersedia lebih awal terutama bagi korang yang tidak biasa
dengannya.Korang mungkin tidak selesa atau mata menjadi merah.Beri ruang
keserasian menggunakannya.
- Kenakan jeans dengan tali
pinggang.Pilih top singkat dan lebih cantik jika pilihan warnanya senada dengan
tali pinggang yang sedang dikenakan.
- Pilih kasut tumit tinggi
fabrik kulit.Lebih baik jika ia bertatah kilauan batu permata.
Kenakan ‘pencil skirt’ untuk menyerlahkan keindahan sepatu.
Kenakan ‘pencil skirt’ untuk menyerlahkan keindahan sepatu.
- ‘Lace up boots’juga
pilihan terbaik untuk tampil popular,tetapi pastikan ia kena
dengan busana yang dipilih.
dengan busana yang dipilih.
- Untuk majlis makan
malam,pilihlah aksesori bulu untuk menggantikan rantai
emas.Ia memperlihatkan korang sebagai seorang yang memahami apa itu fesyen.
emas.Ia memperlihatkan korang sebagai seorang yang memahami apa itu fesyen.
Inilah yang dapat Biela kongsikan.
WASSALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan