Assalamualaikum
Selamat
pagi jumaat kepada para Bloggers.Biela nak story sikit pasal my Mummy nie.Kalau
korang nak tahu,baca la story Biela yang tak berapa sangat nie.Sekadar ingin
berkongsi je.Sebelum itu,Biela nak ucap 'Selamat Hari Ibu' kepada ibu di seluruh dunia.Sorry,Biela kelewatan ucap selamat hari ibu.
Tapi,dekat my mummy tak kelewatan sebab Biela wish lebih awal daripada itu.
Siap bagi kiss lagi dekat mummy..mmmmuuaaahhh !!!! Untuk semua ibu.
Ceritanya
bermula macam nie.Mummy nie suka menerapkan budaya membaca kepada anak-anaknya.Ibu lain pun mesti macam nie juga kan??.
Ketika
Biela berusia 5,6,7,8 tahun mummy nie sudah belikan Biela buku.Kalau seingat
Biela buku tu berkisahkan cerita dongeng seperti Batu Belah Batu Bertangkup,Si
Tanggang,Bawang putih Bawang merah dan macam-macam lagi la.Ketika itu,Biela tak
tahu apa-apa pasal cerita itu (sebab masa itu,Biela gemar tengok gambar
je).Walaupun tak tahu apa-apa,mummy tolong bacakan dan ketika itu Biela hanya
menjadi pendengar yang setia serta mummy suruh Biela mengeja.Ada juga persoalan
yang keluar dari mulut Biela seperti ‘jahat ya orang nie’,’kenapa dia buat
macam nie’,dan sebagainya.Ketika masih menjadi seorang kanak-kanak terdapat
banyak persoalan yang timbul ketika itu.Korang nak tahu,selepas baca buku itu
serta apabila boring asyik tengok buku yang sama dan disebabkan marah kepada
watak dalam buku tu..Biela koyak buku tu..(kejam sungguh aku nie).Jangan gelak ya..(haha)
Sehingga
sekarang pun mummy belikan buku untuk Biela dan adik-beradik.Tapi,bukan buku
yang macam dulu la.Buku yang lebih mengajar ke arah untuk mengenal diri,buku
motivasi dan novel (untuk Biela je).Buku-buku seperti nie banyak
manfaatnya.Terima kasih mummy sebab belikan buku yang berbentuk ilmiah nie.Ini hanya beberapa je..ada lagi..
Oppss..buku nie pun Biela baca walaupun umur sudah mencecah 20 tahun.(sweet gitu)..haha..Pada mulanya,tengok gambar je..Tapi,tetiba rasa nak baca pula.Apa lagi,terus baca la..
Setiap
bulan mesti beli satu buku.Jika tak ada masa untuk beli buku bulan nie,bulan akan
datang double la.Bila ada masa yang terluang,Biela memang suka
membaca.Adik-beradik yang lain pun memang suka membaca.Membaca nie lebih ke arah
memantangkan diri sendiri.Kalau Biela lebih gemar membaca buku yang berbentuk
motivasi,hal-hal wanita seperti fesyen,kesihatan,dan novel.Kalau yang lain,ada
yang gemar buku yang berbentuk sains dan teknologi,hal-hal islam,komik dan
sebagainya.
Korang mesti ada story yang lebih menarik lagi,jom kongsi dengan Biela.
Terima kasih untuk semua pengorbanan mummy.
Setakat nie je,Biela nak story.Nanti ada yang boring pula.
WASSALAM
3 ulasan:
sama-sama anakku..hahahaha :P
bagus2...hihi.
wah... selamat membaceaaa..hehe..
btw, jmput follow tmpt sy..
Catat Ulasan