♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Sabtu, 13 Julai 2013

J♥tuh Cint♥



Assalamualaikum



Wahhh..rindunya dekat korang ..Biela rasa sudah dekat sebulan Biela tak meluangkan masa dekat sini.Hahaha..sebelum tu Biela mahu ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK !!!  Semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya ..Moga doa kita diperkenankan oleh Allah S.W.T .

Terima kasih kepada para pembaca yang tidak boring untuk membaca blog Biela.
Blog Biela tidak macam blog orang lain.^_^  Blog orang cantik,cantik dengan tuan sekali.Hmm..Hahaha..Biela tidak cemburu sebab Allah cipta makhluknya ada fungsi masing-masing.Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.Kelebihan yang ada akan digunakan sebaik mungkin manakala kelemahan yang ada akan sedaya upaya diperbaiki.
Betul ke tidak Biela merepek nie...???


Okayy..Berbalik ke tajuk asal ya...JATUHHHH  CINTAAA !!!!
Kalau jatuh tangga sudah pasti sakit rasanya.Jatuh katil (tak nak tidur atas katil dah malam nie..haha). Kalau jatuh cinta ??? Apa yang korang rasa ?? Hahaha..Sudah cakap macam tu sudah senyum.^_^  Apa la korang nie.Hahaha..:p  Kalau jatuh cinta,oh bahagia rasanya !!! . Macam nak terbang tinggi-tinggi je kan..kan..Mengaku je la.
Nak-nak lagi SI DIA panggil kita ' sayang,baby,honey,hubby,darling dll '.Bila dengar je telefon korang berbunyi,korang mesti senyum sebab korang sudah tahu SI DIA telefon atau korang dapat mesej dari SI DIA.

Tapi satu hari tidak dapat panggilan atau tidak dapat mesej dari SI DIA ,korang gelisah kan.Itula ego korang dengan SI DIA sama tinggi.Kalau korang gelisah sebab tidak dapat mesej atau panggilan ,apakata korang je la buat panggilan atau send mesej dekat SI DIA.Atau mungkin SI DIA sedang menguji korang.

Bila korang sedang berSMS dengan SI DIA,senyuman tak lari daripada mulut korang.Asyik senyum memanjang je.Iyela SI DIA sedang mengungkap kan kata-kata romantis yang boleh buat korang cair.Haha.. Selalunya boleh je orang lain tengok handphone korang,tapi bila jatuh cinta ada je alasan korang bagi.SMS dari SI DIA korang tak ' delete ' lagi (sayang nak delete)..Iyela kalau rindu boleh baca balik ..Sehinggalah korang boleh ingat kata-kata SI DIA.

Bila je jatuh cinta,korang asyik ingat SI DIA je kan.Makan sikit pun boleh jadi kenyang.Hah !! Korang angau la tu.Bila mak tegur '' Kenapa la anak mak nie selalu makan banyak.Tapi sejak akhir-akhir nie mak tengok kau makan sikit je.Anak mak sakit ya ?? ".Korang senyum,lidah kelu untuk berkata-kata dan korang cakap " Sebenarnya anak mak nie jatuh cinta " tu pun dalam hati.Sebab tak nak mak tahukan.
Sebenarnya ada banyak lagi gelagat orang-orang bercinta nie.Setakat nie je la yang Biela boleh kongsi tak nak lebih-lebih.Tapi korang kena ingat bila sudah jatuh cinta jangan la ' over ' sangat perangai mengada-ngada tu ya.Nanti SI DIA boring.Satu lagi jangan pula angau tu memakan diri sendiri contoh diri tidak terurus,semua kerja terbengkalai dan sewaktu dengannya.

Note : Biela cakap berdasarkan pengalaman korang. ( iyela tu ). Sesetengah ada yang sama dan ada yang tak sama.( pengalaman biela..?? ) Hahaha.. Benda-benda macam nie Biela selalu perhatikan sama ada bila kawan,sepupu,Biela,abang,adik,kakak jatuh cinta.Adakalanya kita boleh bertanyakan kepada orang yang lebih arif dalam bab cintan-cintun nie.Tetiba je rasa nak merepek dalam bab nie..^_^

psstt : rindu akak siti(zoey) http://zoeyzauyah.blogspot.com/

WASSALAM


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha..lucu pula bila ingat balik..
waktu dulu-dulu..(waktu jatuh cinta masa muda)

Tanpa Nama berkata...

memang sweet sangat..

Tanpa Nama berkata...

setiap orang ada kelebihan masing-masing..sama la dengan biela..

salam ramadhan..

♥ Sila Klik Kat Sini ♥