Assalamualaikum
Hye !!! Morning uolls.
" Perubahan air kencing
dipengaruhi oleh beberapa faktor,dan yang paling terpenting adalah kadar air dalam
tubuh kita.Warna kencing bening memang warna normal.Jika warna berubah
menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh
kita sudah mulai kurang cairan.Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning
disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari.Ukuran itu disesuaikan
dengan aktiviti kita sehari-hari "
~Kuning cerah atau terang : warna air kencing ideal yang menandakan tubuh korang cukup air yang
diperlukannya.
~Kuning coklat : warna ini
menandakan tubuh korang kurang air.Ini kerana korang kurang minum sementara
banyak air yang keluar melalui perpeluhan yang berlebihan.Korang mengalami hidrasi
tahap ringan.Cara yang paling bagus atau baik ialah minum banyak air kosong.
~Kuning gelap : warna ini
berkemungkinan menunjukkan bahawa korang ada masalah pada bahagian organ liver atau hati.Mungkin
terjadi kerana hepatitis atau masalah hati yang lain.
~Putih susu : ini menunjukkan korang mengalami jangkitan di saluran kencing atau terdapat batu karang.
~Merah atau pink : yang menyebabkan air kencing berwarna seperti ini adalah kerana korang mengambil makanan dengan pewarna merah.Tapi,boleh jadi adanya campuran dengan
darah. Sebaiknya air kencing yang warna merah perlu pemeriksaan lanjut di
hospital. Penyebabnya mungkin buah pinggang, sukan, atau aerobik yang semua itu
boleh membuat kerosakan sel darah merah.
~Oren : kemerahan warna oren pada
air kencing lebih disebabkan oleh pengambilan ubat atau makan lobak merah.
~Biru atau hijau : banyak kes air
kencing berwarna biru atau hijau kerana pengambilan ubat yang berkaitan dengan
saluran air kencing. Atau air kencing warna ini terjadi dari pengambilan
makanan dengan pewarna tersebut atau makan asparagus.
Wah,sudah macam warna pelangi pula..Ermm..Sumber nie Biela ada terbaca dekat mana entah (dalam majalah) Harap-harap korang normal ya.
WASSALAM
3 ulasan:
info yg bagus! nice sharing! ^^
mcm2 warna ada...hihi.
~Haruno Hana :thankz..
~Siti(zoey) :akak comey..betul mcm2 warna ada..haha
Catat Ulasan