Assalamualaikum
✔ KATA-KATA SEMANGAT
Minta ibu dan ayah sentiasa mendoakan korang agar dapat
memulakan langkah pembelajaran baru agar lebih bersemangat. Doa dan kata-kata
daripada ibu bapa merupakan ubat paling mujarab bagi korang untuk berjaya. Minta
mereka agar berikan korang galakan agar korang dapat memberikan keputusan yang
terbaik setelah habis belajar kelak.
Awal sesi pembelajaran, jangan saratkan otak dengan nota-nota yang berat. Buat nota ringkas agar otak korang dapat menerima input pelajaran secara pelahan-pelahan. Kemas dan susun segala nota yang tidak di perlukan lagi. Atur strategi pembelajaran bersesuaian dengan jadual korang agar tidak bertindan dengan aktiviti lain.
✔ HIAS MEJA BELAJAR
Berbulan lamanya korang bercuti pasti meja belajar penuh dengan habuk dan kekotoran. Apa kata seiring dengan semester baru ini, korang kemaskan meja belajar secantik yang mungkin menggunakan kreativiti korang. Nak lebih menarik, jangan lupa letakan sekali gambar korang bersama keluarga atau teman-teman rapat di meja sekali ya
✔ CARI KAWAN
Tentu pensyarah sudah memberikan tugasan secara berkumpulan
kan ? jadi, apa kata korang senaraikan nama kawan-kawan sekelas yang boleh di
jadikan pasangan korang dalam kumpulan tersebut agar kerja-kerja yang melibatkan
kumpulan ini berjalan dengan lancar. Ini kerana markah korang semua akan
bergantung kepada kerjasama yang di lakukan sepanjang sesi semester itu.
✔ PASANG AZAM
& MOTIVASI
Tanamkan dalam minda korang sikap optimis dan buang sikap
malas sekirannya korang ingin berjaya dalam pelajaran. Sekirannya korang sentiasa
memotivasikan diri dan berazam tinggi, segala kerja yang korang lakukan pasti
berjaya tidak kira di mana sahaja korang berada.
WASSALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan