♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Khamis, 16 Januari 2014

Tip Dan Trip Untuk Si GEMPAL



Assalamualaikum

Tip dan Trik untuk SI GEMPAL

1)    Pakai pakaian yang muat-muat dengan badan. Jangan terlalu ketat dan 
jangan terlalu longgar. Hal ini kerana baju yang ketat akan menampakan 
kelemahan korang, manakala baju yang besar pula menampakkan korang 
lebih besar berbanding saiz yang sebenar.

2)    Jangan dan elakan memakai pakaian yang mempunyai kualiti kain yang 
merengang. Ia akan dilihat seolah-olah melekat di badan korang dan bakal 
mempamerkan segala isi yang tidak mahu dilihat. Carilah fabrik yang lembut 
seperti kapas, sifon mahupun linen.

3)    Bagi yang berkeyakinan, pakailah kasut tumit tinggi. Ia membantu korang 
untuk kelihatan lebih tinggi sekaligus nampak lebih langsing.

4)    Jika korang sukakan warna-warna yang terang, gunakan ia pada aksesori 
seperti tali pinggang, kasut, beg topi, warna lipstick, warna cat kuku ataupun 
aksesori perhiasan. Warna terang ini boleh memberikan tumpuan pada mata
 yang memandang korang.

5)    Jaga postur badan korang agar tidak bongkok. Cuba berdiri tegak di hadapan 
cermin dalam posisi mendada, korang akan lihat diri korang lebih tinggi 
berbanding biasa. Jika berjalan, postur badan perlulah tegak dan jalanlah 
dengan penuh yakin.

6)    Pakai baju berbelang vertical untuk menampakan tubuh lebih langsing 
dan ilusi lebih panjang. Jika bercorak pula, pilih daripada motif flora 
kecil yang comel.

7)    Jangan pakai pakaian yang mempunyai dua tona warna yang amat
 berbeza kerana ia akan menampakan tubuh kamu seperti terbelah hingga
 memberikan ilusi pendek dan gemuk yang berganda.

8)     Elakan daripada memakai seluar ataupun skirt yang berwarna cerah
 kerana ia akan membuatkan bahagian bawah korang kelihatan besar. 
Nanti, badan korang akan kelihatan tidak seimbang.

9)    Jangan pakai pakaian yang berlapis-lapis. Cukuplah sekadar blaus yang 
cantik dan seluar denim. Yang sesuai dengan bentuk badan korang. 
Jika korang mahu mengenakan cardigan apa kata pakai material kain yang
 ringan dan tidak terlalu ketat.


10)  Pakailah sesuatu mengikut usia korang. Jangan pakai pakaian yang 
bercorak agak ‘berusia’  ataupun terlalu ‘muda’. Cita rasa amat penting 
dalam pemilihan dan jika korang tidak yakin, apa kata ajaklah teman
 kamu teman sekali..

WASSALAM

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥