Assalamualaikum
Hari nie Biela nak kongsi sikit sebanyak tentang pemilihan warna pakaian yang kita pakai berdasarkan warna kulit.Kadang-kadang tak ikut langsung sebab kitorang perempuan nie pakai pakaian mengikut kesesuaian tubuh badan,mengikut trend sekarang & whatever la.
Ermmm,bukan mengikut warna kulit.Tapi bagi orang yang berkulit agak gelap atau yang menitik beratkan soal kecantikkan mesti mengambil berat soal nie..Sesetengah orang tak pasti apa warna kulit diorang sebab tak nak mengaku bahawa diorang berkulit gelap atau tak nak mengaku berkulit cerah.
So,jom kita baca sama-sama *____*
1.Kulit Putih/Cerah
Sangat bertuah kepada mereka
yang mempunyai ton warna ini, kerana pemilihan warna baju yg sesuai sangat
senang dan banyak. Jika korang berkulit putih (cerah) serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang,
merah, hitam & biru terang.
Dan jauhi memakai pakaian berwarna
pastel seperti coklat dan biru muda kerana ia akan membuatkan korang nampak
pucat.
2.Kulit Sawo Matang
Orang Malaysia kebanyakkan
berkulit sawo matang. Kira warna kulit standard orang Malaysia atau lebih tepat
kulit orang melayu . Untuk korang yang berkulit sawo matang sangat sesuai
untuk warna kuning atau hijau. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan korang kelihatan menyerlah.
Harus diingati korang yang
berkulit sawo matang ini tidak sesuai untuk penggunaan warna kelabu atau gelap, ia akan
membuatkan korang kelihatan kusam.
3.Kulit Gelap/Hitam Manis
Untuk yang berkulit gelap
serlahkan penampilan korang dengan menggayakan warna-warna cerah dan ceria
seperti merah jambu, biru laut, putih, coklat, peach, hijau muda, dan kelabu.
Elakkan memakai warna gelap
seperti hitam, coklat, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan
membuatkan korang kelihatan lebih gelap.
Sesetengah kita suka pakai pakaian mengikut warna kegemaran (betul tak).Ada sesetengah warna kegemaran kita sesuai dan ada sesetengah tak sesuai.Oleh itu,untuk kelihatan sesuai kita harusla pandai mix and match warna kegemaran kita walaupun warna itu tak sesuai langsung dengan kulit kita.Okayyy...
Biela harap entry nie dapat membantu korang untuk terus kelihatan cantik..
WASSALAM
2 ulasan:
hmm..gud2..nice sharing dear..:)
thanks..sharing is caring
^__^
Catat Ulasan