Assalamualaikum....
Biela ni minat sangat dengan pakar motivasi nie..dengar suara jew dah tau mesti dia empunyer diri
~ DR FADZILAH KAMSAH~
Walaupun sudah berumur sedikit namun dia tetap macho di hati Biela..(jangan fikir bukan-bukan ea..pakar motivasi yang Biela minat je)..Nie dia buat kajian mengenal peribadi melalui tulisan..Bace ea..
Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu)
1.Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian
belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
2.Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di
sebelah kiri (otak logical)
3.Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka
campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur
orang
iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya
kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan
datang bulan (maaf)
4.Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
<o:p></o:p>
5.Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian
pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih
sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
6.Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusannya tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk
mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang
dalam hidup
WASSALAM |
♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥
Khamis, 31 Januari 2013
Kenal Peribadi Melalui Tulisan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan