Assalamualaikum
Orang perempuan ni
macam ni lah, tengok aje muka orang tu lawa terus nak pakai produk tu jugak.
Padahal muka dan kulit setiap orang tak sama, ada yang bila pakai produk tu
kulit dia okay dan ada yang pakai produk tu kulit dia sensitif. Nak menyesal
pun dah tak guna dah. Mr.Kay selalu cakap : ‘Kulit awak ni, muka awak ni dah
okay dah cantik takyah la nak cuba produk tu produk ni. Nanti muka naik
jerawat, jeragat bising pulak’. Bila dah ada jeragat bising tak sudah laa
jugak. Sekarang aku dah tak guna mana – mana produk dah, just guna pelembap
yang aku selalu pakai tu je. Produk yang aku selalu pakai ni memang terbaik,
sejak form 1 lagi pengguna setia. Setakat ni, bila aku stop pakai pelembap
favourite aku tu tak ada lagi naik jerawat ke jeragat ke. Selain tu jugak, aku
flawlesskan muka aku dengan cara aku sendiri tanpa menggunakan mana – mana
skincare pun. Jom !!!
FLAWLESSKAN KULIT TANPA
MENGGUNAKAN SKINCARE
Bahan – bahan:
- 1 setengah sudu kunyit serbuk @ kunyit hidup
- 1 sudu yogurt (perisa natural @ original)
- 1 sudu madu
Cara – caranya:
- Sediakan bekas plastik, bekas yang korang dah taknak gunakan lagi ke.
- Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan sudu palstik. Takpun guna je sudu yogurt. Sudu besi kalau boleh elakkan kerana sudu besi boleh menghilangkan khasiat madu.
- Gaulkan sehingga sebati bahan tadi. Pastikan bahan tadi pekat dan tak terlalu cair.
- Ratakan bahan tadi di muka menggunakan berus atau belakang sudu yogurt tadi.
- Biarkan dalam 30 minit sehingga kering.
- Basuh muka dengan air suam dan pencuci muka atau scrub muka amat digalakkan.
- Sediakan tuala yang warna agak gelap sikit atau tuala yang tak digunakan lagi untuk lap muka.
- Amalkan 2x seminggu.
Selamat mencuba okay
!!! Nak tahu tak petua apa aku guna untuk HILANGKAN JERAGAT. Nantikan entry aku
yang akan datang. Nanti bagi feedback dekat aku selepas korang mencuba petua
diatas ye. Petua diatas sesuai bagi aku, tapi kalau untuk korang aku tak pasti.
Kalau muka sensitif dan ada jerawat aku tak pasti boleh cuba ke tak, petua ni
untuk kulit licin (bebas jerawat) yang nak flawless. Tapi kalau korang nak cuba
dan berani ambil risiko okay je. Pastikan korang sapu dekat area yang tak ada
jerawat untuk percubaan.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan