♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Ahad, 9 Oktober 2016

8 + 2 Cara Mudah Untuk Kurus

Assalamualaikum

Harini nak kongsi mengenai diet dan cara untuk kurus. Dekat sini aku kongsi 10 cara semuanya. *Semangat tetiba nak update blog. Jom !!!!

1. Air Masak Nombor Satu. Tidak menjadi kesalahan untuk kita minum jus atau kopi ketika bersarapan. Tetapi selepas tamat sahaja tempoh itu, jadikan air masak minuman utama kita. Elakkan minum minuman yang manis.

2. Makan 5 - 6 Kali Sehari. Jangan salah faham. 5 - 6 kali makan tu bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Satu hidangan yang dibahagikan kepada dua boleh membuatkan kita kurang 30% pengambilan makanan. Membahagikan sarapan kita kepada dua bahagian boleh mendorong kita untuk makan sedikit ketika makan tengahari. Badan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan 45 Minit Sehari. Dengan hanya berjalan lebih kurang 45 minit sehari (tanpa melakukan senaman sekalipun), kita mampu menurunkan berat badan. Bukan sedikit, tetapi hampir 13kg dalam tempoh setahun tanpa kita sedari. Hebatkan !!!

4. Banyakkan Warna Biru. Maksudnya disini ialah warna biru menghalang selera untuk makan. Tidak hairanlah mengapa restoran tidak memilih warna ini untuk menghiasi ruang mereka. Untuk mengurangkan selera makan, apa kata kalau kita gunakan alas meja rona biru ? Kemudian, elakkan penggunaan warna merah, oren atau kuning kerana rona - rona ini mencetus rasa lapar.

5. Jangan Simpan Si Besar. Kalau kita sudah kurus tahniah !! Segeralah buang semua pakaian lama kita yang sudah gelebeh itu. Menurut pakar psikologi, apabila kita sudah kurus, kita harus membeli pakaian baharu. Rasa ini akan menjadi pendorong untuk kita terus mengekalkan berat badan sekarang.

6. Makan Dengan Pinggan Kecil. Kita akan makan lebih banyak jika pinggan yang kita gunakan besar. Sebenarnya pinggan besar akan membuatkan kita makan secara lebih tanpa mengira tahap kelaparan kita. Kita cenderung untuk makan apa sahaja yang ada di hadapan mata. Oleh itu, penggunaan pinggan kecil amat disarankan supaya kita tidak makan lebih banyak.

7. Banyakkan Pengambilan Bijirin. Pengambilan bijirin sebanyak 5x seminggu boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetes. Ambillah bijirin ketika bersarapan kerana ia membekalkan tenaga secara pantas. Bijirin mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan Bila Lapar. Kedengaran remeh tetapi kebanyakan orang cenderung untuk makan setiap masa ! Mungkinkah kita asyik mengunyah sepanjang hari ini ? Jika ya, nampaknya kita tidak mengamalkan gaya makan yang sihat. Untuk tahu sama ada kita makan kerana lapar atau nafsu, elakkan mengambil makanan yang kita idamkan.

9. Bertenang Ketika Makan. Otak manusia lewat hampir 20minit untuk mendapat isyarat kenyang. Seeloknya, makanlah perlahan - lahan kerana otak kita berpeluang untuk memproses isyarat kenyang dan membuatkan kita lebih bersedia untuk berhenti makan.

10. Seronok Makan Buah. Daripada menikmati jus buah, lebih baik kita makannya secara segar. Buah - buahan yang dimakan terus memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding menikmatinya sebagai jus. Minum akan menyebabkan kita kurang makan dan lebih mudah untuk mengambil nakanan lain, yang mungkin tidak sihat dan menggemukkan.

Nah, sekarang macam mana ? Jomlah ikuti 10 cara mudah untuk kurus ni. Janji kita perlu konsisten. Selamat mencuba !!

Wassalam

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥