♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Rabu, 24 Februari 2016

Ditinggalkan Oleh Kesayangan

Assalamualaikum
Maksud ditinggalkan disini ialah bukan bermakna putus atau sewaktu dengannya, tapi ditinggalkan atas urusan kerja. Mr.Kay tinggalkan aku atas urusan kerja. Dia dapat kerja di Selanggor, itu bermakna cinta jarak jauh laa jawabnya. Awal bulan 3, dia akan berangkat ke sana, pasti aku merindui Mr.Kay. Rasa berat hati nak bagi Mr.Kay pergi tapi takpelah ini untuk masa depan aku dan Mr.Kay nanti. Sekarang ni aku dan Mr.Kay kena kuat harungi dugaan dan cabaran. Aku dapat berita yang dia dapat pergi Selanggor semalam. Semalam jugakla aku macam tak ada mood nak berbual dengan dia melalui telefon, nak chat pun tak nak sebab aku taknak buat Mr.Kay berat hati untuk tinggalkan aku dan aku jugak taknak tunjuk kesedihan aku kepadanya. Aku mesti kuat. Selama kenal dengan dia, kami tak pernah tinggal jauh. Kalau jauh pun dia dirumah mama dia dan aku dirumah mummy aku. 2 minggu sekali kitorang 'ngedate'. Almaklumlah dia kerja dan aku pun kerja jugak. Sekali jumpa mesti sekejap je, just keluar untuk makan. Aku menghitung hari Mr.Kay nak tinggalkan aku. Entry ni ditulis dari tarikh 23/2/2016 (Selasa).. Lepas tu dok simpan dalam draft. Krik krik krik..
Wassalam

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥