Assalamualaikum
Lelaki adalah makhluk yang sangat simple tapi penuh dengan
ego. Ramai wanita beranggapan lelaki hanya menitik beratkan paras rupa wanita.
Sebenarnya ia adalah salah! Kecantikan bukanlah faktor yang membuatkan
lelaki
itu jatuh cinta pada seseorang wanita.
Untuk pengetahuan anda, jika seseorang lelaki meminati
wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan
kesopanan yang tinggi.
Kecantikan hanyalah satu bonus bagi lelaki. Malah lelaki
boleh menyukai wanita
yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada
daripada
segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan atau
dikongsi bersama.
Bagaimana untuk mendapatkan cinta lelaki yang anda sukai?
Cara untuk wanita mendapatkan perhatian lelaki atau dengan
kata yang lebih mudah
mengorat lelaki ini adalah berbeza berbanding cara
lelaki
mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini
kadang-kadang lambat
perasan akan hint yang wanita berikan.Al-maklumlah lelaki kan :D
So, anda boleh jadikan 20 tips dibawah ini sebagai salah
satu cara anda
untuk mengorat si dia :)
#1 Jangan Tunjukkan Keterdesakan Anda Untuk Mendapatkan Si
Dia
Macam yang dinyatakan seperti di atas, lelaki ini memiliki
ego yang sangat-sangat tinggi.
Dan mereka akan bertambah ego jika ada wanita
yang cuba untuk menguratnya.
Mereka akan berbangga dan merendah-rendahkan
martabat anda dihadapan rakan-rakan beliau.Lelaki jarang menghargai sesuatu benda yang mudah didapati.
Bagi mereka, semakin sukar dan susah untuk mendapatkan sesuatu
yang mereka
inginkan, semakin kuat perasaan untuk mereka mendapatkan
menjadikan hak milik
mereka. Cubalah jadi seorang yang bersederhana :)
#2 Jaga Penampilan Anda
Semua orang tahu penampilan sangat penting bagi seorang
wanita.
Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang
perangai dan tingkah laku anda.Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu
sedikit dan jangan terlalu tebal. Cukup hanya mengenakan foundation, maskara
dan sedikit lipstik.
Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab.
Tak
cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong
depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan. Nak nampak gojes kenalah nampak
cool.
#3 Tunjukkan Sikap Penyayang Terhadap Budak-Budak
Lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai
sifat suka dan
sayang kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang penyayang
kepada budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal menjadi ibu yang baik untuk
anak-anak mereka kelak.
#4 Berikan Si Dia Merasai Masakan Anda
makanan
Apa kata anda ambil sedikit masa memasak dan berikan kepada
si dia merasai
air tangan anda. Untuk pengetahuan anda, lelaki lebih suka
memakan masakan si isteri apabila kahwin nanti berbanding makan di luar.Anda boleh selidik dengan rakannya tentang makanan
kegemarannya. So, dari situ, anda boleh belajar
sesuatu yang baru tentang makanan kegemarannya dan juga belajar memasak resepi baru. Ataupun anda boleh
memberinya merasa makanan kegemaran anda
kepada si dia. Mana tahu taste anda
berdua sama kan? So dari situ, anda sudah mendapat 1 point dalam hati si
lelaki.
#5 Jangan Terlalu Mengongkong
Anda bukanlah isteri si dia. Anda masih berkawan dengan si
dia. Anda mungkin akan berasa cemburu apabila melihat si dia keluar dengan
perempuan lain, tapi janganlah anda melarang si dia keluar dengan perempuan
lain. Mungkin mereka keluar atas urusan
kerja dan bukan urusan peribadi.Even anda dah berkahwin kelak, anda tidak boleh mengongkong
si dia. Lelaki ini cepat rimas sekiranya ada wanita yang cuba mengongkong dan
menghalang setiap perkara yang dia minat dan suka lakukan.
#6 Berikan Lirikan Mata Menawan
Wanita sememangnya dikurniakan dengan mata yang cantik. Cuma
kadang-kadang si lelaki ini kurang perasan. Cuba tonjolkannya dengan memakai
maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik.
Dan cuba pandang kematanya setiap kali bercakap. Kata orang,
dari mata terus turun ke hati kan.
#7 Jaga Pertuturan Anda Di Hadapan Si Dia
Walaupun si lelaki ini nampak ganas dan tough di hadapan
rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada taman. Lelaki sebenarnya tidak suka
wanita yang bercakap
kasar dan mencarut. Bersikaplah lemah-lembut dan
bersopan-santun. Barulah boleh jadi gadis melayu terakhir! :D
#8 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Lelaki lebih senang untuk berkongsi setiap masalah dan
rahsianya kepada wanita.
Sekiranya si dia menceritakan segala rahsia dan
masalah yang dihadapi, itu bermakna si dia percayakan anda. Dan sebenarnya,
amat susah lelaki ini berkongsi
masalah dengan orang lain disebabkan ego tadi.
So, jangan sia-siakan kepercayaan yang si dia berikan kepada anda.Jadilah
seorang pendengar si dia untuk si dia!
Lelaki akan berasa gembira jika segala
rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda.
#9 Berikan Sokongan Terhadap Minatnya
Kadang-kadang lelaki mempunyai minat yang pelik. Minat
keretalah, komputerlah. Apa yang best sangat pun tak tahu kan. Tapi, janganlah
anda cuba menghalang atau
sesekali cuba menentang minatnya. Cubalah sesekali
memberikan sokongan terhadap minat mereka.
#10 Hormati Orang Tua
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar
dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk
salam dan cium tangan orang tua,
tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu,
pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah
‘natural’ dan bukan dibuat-buat ye :)
#11 Berikan Senyuman Menawan
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki
bergetar. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis,
senyuman mereka sememangnya
sangat menawan. Lelaki mudah jatuh hati selepas
melihat senyuman wanita.
Ketika bertentangan mata, cuba anda lemparkan senyuman yang
paling menawan.
Mereka akan terpaku dan terkedu seketika. Hati mereka akan
terasa bagaikan dipanah! Tak percaya? Cubalah!
#12 Tunjukkan Kebijaksanaan/Kelebihan Anda
Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Kadang-kadang
tidak perlu untuk anda memakai baju yang ketat-ketat sehingga mendedahkan
sana-sini atau belajar tinggi-tinggi
sehingga peringkat master. Bagi lelaki,
wanita yang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa,
bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai
fikiran yang matang adalah
sangat-sangat menggoda.
#13 Goda Si Dia
matawanita
Gunakan kelebihan yang ada pada anda. Lelaki sebenarnya amat
mudah cair pada
wanita. Gunakan gaya bahasa badan anda dan aset anda- lirikan
dan senyuman
menawan anda itu untuk menarik perhatian si dia!
#14 Ajak Si Dia Melakukan Aktiviti Bersama
Pada masa-masa terluang, cuba ajak si dia minum bersama atau
mungkin ke tempat
bekerja bersama. Anda berdua dapat berkenalan dengan lebih
rapat lagi. Mungkin
anda dapat tahu sedikit rahsianya secara tak tersengaja. :D
#15 Hantar Signal Perasaan Anda Pada Lelaki Tersebut
Kadang-kadang si lelaki ini lambat perasan ataupun malu
untuk mendekati wanita.
Mereka pun sama sahaja macam kita; tidak mahu cinta
bertepuk sebelah tangan.
Tidak salah sekiranya kita sebagai wanita memberikan
sedikit hint ataupun signal bahawa kita juga meminatinya.Sebenarnya istilah perigi cari timba sudah tidak boleh
dipakai pada zaman sekarang. Nisbah menunjukkan seorang lelaki bersamaan 4
orang wanita. So, kalau anda terlambat, anda akan terlepas.
#16 Tunjukkan Sikap ‘Slumber’ dan Rileks
Bersikaplah seperti biasa anda bersama kawan-kawan. Jangan
tunjukkan perasaan
terlalu syok mahupun control cun dihadapan si dia.
#17 Manja Bukannya Gedik
Lelaki suka perempuan yang menunjukkan perangai manja dan
bersifat keanak-anakan tapi bukan yang berlebihan. Itu namanya gedik! Euwww
sana. Euww sini.
Nak nampak manja tak perlulah sampai nak menangis hentak-hentak
kaki ye. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan ‘oloooo’
ataupun ‘alaaa’.
Lepas tu buat muka berkerut korang tu. Tak pun buat pipi
kembung.
Ala macam yang selalu anda buat tu. Mesti hancur leburlah hati si
lelaki perkasa itu. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Alalala tomeinya
:P
#18 Bersifat Lemah-lembut Dan Keperempuanan
Wanita dijadikan berbeza dengan lelaki dimana lelaki lebih
kuat dan kasar. Dan wanita itu pula diciptakan untuk melengkapkan si lelaki
dengan lemah-lembutnya,
keayuannya dan keperempuanannya. Ianya seperti konsep
ying-yang atau api-air
yang mana kedua-duanya bersifat berlawanan tapi
memerlukan antara satu sama lain.
#19 Berpegang Pada Agama
Walaupun menjadi tugas lelaki dalam menjadi pemimpin dan pembimbing
dalam
keluarga nanti, wanita juga hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan
ilmu agama.
Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas
dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin nanti, si lelaki akan berasa yakin
untuk meninggalkan wanitanya
dirumah (atas tuntutan kerja atau lain-lain)
kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.
#20 Jadilah Diri Anda Sendiri
Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Tidak perlu untuk meniru
mana-mana artis mahupun
kawan anda disekeliling. Kalau semua orang berperangai sama, mana nak
nampak keistimewaan diri tu kan? Yakinlah dengan diri sendiri.
Contohnya ramai wanita sebenarnya tidak perasan yang dalam
diri mereka tu ada
sifat blur-blur. Apabila berlelaki cakap mesti anda akan
blur. Blur tu lah yang
menampakkan anda sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih
blur. Jadi, just be yourself ok :)
* * * * * * * * * * * *
Jikalau anda benar-benar sudah sukakan si dia, pergilah
berjumpa dan luahkan isi hati anda. Lambat-laun anda sendiri akan tersiksa
apabila memendam perasaan itu di
dalam hati. Jikalau si dia menolak, terimalah
dengan hati terbuka. Sesungguhnya
dia bukanlah jodoh anda :)
p/s: Lelaki nampak saja gagah perkasa tapi biasanya
merekalah yang
paling lemah dalam bercinta dan mereka sebenarnya mudah tergoda
bila melihat wanita :P
WASSALAM