Assalamualaikum
Baca ini.. Tak nak merepek banyak - banyak.. -__-
Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugasan pejabat dan tugasan tetap di rumah, wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian.
Dalam kesibukan seharian, wanita perlulah mencuri sedikit masa untuk 'merawat,
menjaga dan memanjakan' diri sendiri. Semoga sedikit tips di bawah dapat
membantu korang para wanita terutamannya yang berusia 30 tahun ke atas mengekalkan
kesihatan dan keterampilan diri.
1. Diet dan makanan tambahan
Pengambilan makanan seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obiseti dengan mengambil makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.
2. Pengambilan makanan tambahan
Pengambilan Vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Lain-lain makanan tambahan adalah termasuk Selenium, Vitamin C, Beta-Kerotin, L-Cystein. Asid Folik, dan Zink.
3. Penggunaan DHEA
DHEA (DEHYDROEPIANDROSREONE) dikatakan hormon untuk awek muda. Ia dapat merangsang sistem imunisasi. DHEA iaitu hormon androgen dihasilkan oleh pundi adrenal. Korang perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil hormon.
4. Senaman
Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan imuniti.
5. Waktu tidur
Tetapkan waktu tidur. Ia dapat mendisiplinkan diri korang untuk mendapat rehat secukupnya. Tandanya, korang akan berasa segar apabila bangun pagi.
6. Pengambilan air yang cukup
Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Banyakkan meminum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 85 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang cukup dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.
7. Penampilan diri menarik
Korang haruslah bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Korang boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang bersesuaian dengan korang.
8. Penggunaan pelembab dan pelindung matahari
8. Penggunaan pelembab dan pelindung matahari
Korang perlu mengenakan pelembab pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan korang.
9. Elakkan bermekap tebal
Wanita terutamanya yang berusia 30 tahun ke atas seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan bedak asas yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita dalam usia sebegini nampak lebih tua dan garang.
10. Penggunaan produk herba
10. Penggunaan produk herba
Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih yang dikatakan dapat mencegah dari demam selsema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Selain daripada jenis-jenis herba yang telah disenaraikan sebelum ini, terdapat herba-herba yang lain khusus untuk penggunaan kaum wanita.
Antaranya ialah; Pueraria Mirifica, Pueraria Lobata, Labisia Pumila (Kacip Fatimah), Trifolium Pratense (Red Clover Flower), Cimicifuga Racemosa (Black Cohosh Roof), Taraxacum Monglicum Compositae (Dandelion) dan Angelica Sinensis.
WASSALAM