♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Ahad, 10 Mei 2015

Happy Mother's Day



Assalamualaikum
 
 
Selamat Malam kepada awak2 semua. Dikesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan yang mana bakal ibu. Especially to my lovely mummy.
 'Selamat Hari Ibu Miy. Terima kasih kerana Miy tak pernah bosan melayan karenah anak2 Miy. Terutama anak tunggal perempuan Miy ni. Maaf sangat jikalau Miy ada terasa hati dengan kelakuan anak tunggal perempuan Miy ni.
Bie doakan semoga Miy sentiasa diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur untuk melihat anak tunggal perempuan Miy ni kahwin, dan untuk lihat cucu Miy nanti dan juga diberi kekuatan untuk banyak melakukan ibadat dan juga di murahkan rezeki. Amiiinn !!!'..
Macam tak cukup je aku nak luah semua kat sini. Sebab banyak sangat pengorbanan seorang yang bernama Ibu. Bagi aku hari2 adalah hari ibu. Tapi kita abaikan ibu juga. Alasannya kita selalu sibuk bekerja,sibuk dengan kawan2,sibuk dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah bagi kita serta kita malas untuk melayan karenah seorang Ibu dan Bapa. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak boleh menjaga seorang ibu. Allahuakbar !!! Aku doakan semoga kelakuan seperti itu dijauhkan dari keluargaku. Mudah mudahan aku 8 beradik boleh menjaga seorang ibu dan seorang ayah. Insyaallah.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ma iaitu bakal mertua aku. Terima kasih Ma sebab mula2 perkenalan bie agak malu dengan Ma. Tapi lama kelamaan bie dah boleh membiasakan diri dengan Ma. Ma pun faham situasi bie.
Kalau Miy tak ada disisi bie, Ma ada disisi bie. Terima kasih Ma.
Ma juga seperti Miy sebab selalu tanya khabar bie dan jaga makan minum bie. Ma tak ubah seperti ibu kandung bie.
Ma dan Miy melayan aku dengan manja sekali. Terima kasih Ma Terima kasih Miy.. Love both of you.. Muaahhh ciked.. Setakat ni je yang boleh aku luahkan.. Dalam kepala hotak aku bermacam macam aku nak tulis. Tapi bila dah hadap benda ni tak ada la panjang sangat. Tak apa laa itu pun dah memandai bagi aku. Okay bye..
 
 
WASSALAM
 

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥