♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Isnin, 3 November 2014

Curang


Assalamualaikum..
Ada topic yang ingin aku suarakan or bincangkan..
CURANG .. Haa curang nih sekarang banyak berlaku dalam institusi kekeluargaan..
Okeyh jom aku terangkan apa yang dimaksudkan dengan curang nih..
Curang dari segi istilah ialah selingkuh, main kayu tiga dan mempunyai kekasih gelap. Selain itu juga curang adalah perbuatan menduakan pasangan dan cinta beralih arah. Orang yang curang tidak jujur dengan pasangan mereka.. Mereka tidak tulus, menipu dan membohongi pasangan. Selain itu, mereka juga suka menggatal dan berfoya-foya.

Faktor yang mendorong pasangan berlaku curang ialah :
  • Pasangan berasa terabai.
  • Pasangan tinggal berjauhan.
  • Pasangan tidak boleh diharap sebagai pemimpin rumah tangga.
  • Menjadi alasan suami untuk berpoligami.
  • Tabiat gatal, suka mengurat dan ramai teman lelaki or teman wanita.
Curang nih kekadang terjadi disebabkan untuk membalas dendam. Ini bermaksud wanita terbabit curang kerana suaminya curang. Kadang2 seseorang tuh takde niat pun nak curang ke ape ke. So bila wanita tu dapat tahu yang suaminya curang, wanita tersebut turut mempunyai kawan lelaki untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Kawan lelakinya turut bersimpati serta selalu mengambil berat. Lama kelamaan wanita tersebut jatuh hati dengan kawan lelaki maka mereka saling menjalinkan hubungan. Inilah yang aku katakan tadi ianya hanya untuk membalas dendam. Akhirnya institusi kekeluargaan mereka musnah begitu saja.

Kita sering mendengar isu ini yang dipaparkan di televisyen, majalah, newspaper or etc. Sebagai contoh, suami curang dengan isteri orang, termakan godaan adik angkat, suami biadap punca sang isteri menduakannya or etc. Sebelum kita diijab kabul, kita akan mengikuti kursus kahwin. Dalam kursus kahwin tuh sudah diberitahu tentang tanggungjawab sebagai ibu dan bapa serta tanggungjawab seorang isteri dan seorang suami. Oleh itu, suami sebagai ketua keluarga haruslah memain peranan yang penting untuk mendidik dan mengajar isteri.
 
Maka disini aku ingin beritahu kesalahan suami terhadap isteri iaitu :
  • Suami tidak mengajar isteri mengenai agama dan hukum syariat.
  • Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.
  • Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri.
  • Culas dalam memberi nafkah kepada isteri.
  • Sikap keras dan kasar terhadap isteri.
  • Tidak membantu isteri dalam hal rumah tangga.
  • Menyebarkan rahsia dan aib isterinya.
  • Sikap terburu- buru dalam menceraikan isteri.
  • Lemahnya rasa cemburu.
 
Okaylahh.. So korang fikir fikirkanlah apa yang aku katakana tuh. Kalau korang rasa curiga dalam hubungan korang berwaspadalah dari awal dan korang juga perlu ingat jangan tuduh melulu atau membuat fitnah yang tergesa gesa terhadap pasangan. Sebelum membuat tuduhan kita perlukan bukti yang kukuh dan jangan sesekali mendengar cerita dari orang lain okeyhh..
Korang just cari bukti jika korang berasa pelik dengan tingkah laku pasangan.
Okeyhh bubyee !!!
 
WASSALAM

Tiada ulasan:

♥ Sila Klik Kat Sini ♥