♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Khamis, 24 April 2014

Terapi Pernafasan Untuk Sakit kepala Dan Keletihan



Assalamualaikum


Biela mahu kongsi sikit. 
Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja. Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress. Terapi ini amat mudah dilakukan.



1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

3.  Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh .

4.  Jika korang merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, korang akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah .

6.  Apakah korang pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, korang akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, korang akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

7.  Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh korang akan sangat tenang

WASSALAM



Sabtu, 19 April 2014

Syukur



Assalamualaikum

Pertama sekali Biela mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Biela masih bernyawa dimuka bumi ini. Lama sudah Biela tidak mengupdate blog, bukan apa 
Biela sibuk sikit di awal semester nie. Ada beberapa perkara terjadi sepanjang Biela tidak mengupdate blog nie. Biela tidak dapat update blog sebab Biela  *lupa* password 
nak sign in blogger.. hewhew.. Sekarang Biela dah dapat sign in, bolehlah update blog. 
Pada 8 February, umur Biela telah cukup 21 tahun. Orang pertama yang wish dekat
 Biela sudah semestinya Kay.. Korang mesti tahu bagaimana kekasih korang wish 
HAPPY BIRTHDAY kan.. macam tu jugaklah Kay wish. 
*Imbas kembali*.. 
 
Sepanjang hubungan Biela dengan Kay sudah beberapa kali ada seseorang yang 
ingin porak peranda kan hubungan kitaorang. Tetapi malangnya, orang itu
 tidak dapat pisahkan kitaorang dan tidak dapat porak peranda kan 
hubungan kitaorang. Orang itu telah melaga-laga kan Biela dengan Kay.. Kitaorang 
hampir-hampir nak menamatkan hubungan yang telah dibina.. 
Orang itu sangat tidak berhati perut, sedangkan orang itu kawan baik kitaorang sendiri. Nasiblah Biela dengan Kay berbincang secara baik..
 Kay tidak suka or tidak mudah percaya dengan citer yang bukan-bukan. Kay sanggup berbincang sebelum bertindak. Sikap itu menunjukkan 
Kay seorang yang matang.. Ooppss !!! *puji kekasih hati sendiri pula*.. Biela berharap 
kawan Biela tu akan berubah. Berharap sangat.. 
Semoga jodoh Biela dengan Kay berpanjangan hingga ke akhirnya. Amiinn !!! 
Pelbagai dugaan yang telah kitaorang hadapi dengan tabahnya. 
Dalam perhubungan kepercayaan diantara satu sama lain amat penting. 
Oleh itu, pupuklah dari awal perhubungan agar hubungan kekal 
walaupun ditimpa pelbagai masalah.

WASSALAM

Khamis, 16 Januari 2014

Tip Dan Trip Untuk Si GEMPAL



Assalamualaikum

Tip dan Trik untuk SI GEMPAL

1)    Pakai pakaian yang muat-muat dengan badan. Jangan terlalu ketat dan 
jangan terlalu longgar. Hal ini kerana baju yang ketat akan menampakan 
kelemahan korang, manakala baju yang besar pula menampakkan korang 
lebih besar berbanding saiz yang sebenar.

2)    Jangan dan elakan memakai pakaian yang mempunyai kualiti kain yang 
merengang. Ia akan dilihat seolah-olah melekat di badan korang dan bakal 
mempamerkan segala isi yang tidak mahu dilihat. Carilah fabrik yang lembut 
seperti kapas, sifon mahupun linen.

3)    Bagi yang berkeyakinan, pakailah kasut tumit tinggi. Ia membantu korang 
untuk kelihatan lebih tinggi sekaligus nampak lebih langsing.

4)    Jika korang sukakan warna-warna yang terang, gunakan ia pada aksesori 
seperti tali pinggang, kasut, beg topi, warna lipstick, warna cat kuku ataupun 
aksesori perhiasan. Warna terang ini boleh memberikan tumpuan pada mata
 yang memandang korang.

5)    Jaga postur badan korang agar tidak bongkok. Cuba berdiri tegak di hadapan 
cermin dalam posisi mendada, korang akan lihat diri korang lebih tinggi 
berbanding biasa. Jika berjalan, postur badan perlulah tegak dan jalanlah 
dengan penuh yakin.

6)    Pakai baju berbelang vertical untuk menampakan tubuh lebih langsing 
dan ilusi lebih panjang. Jika bercorak pula, pilih daripada motif flora 
kecil yang comel.

7)    Jangan pakai pakaian yang mempunyai dua tona warna yang amat
 berbeza kerana ia akan menampakan tubuh kamu seperti terbelah hingga
 memberikan ilusi pendek dan gemuk yang berganda.

8)     Elakan daripada memakai seluar ataupun skirt yang berwarna cerah
 kerana ia akan membuatkan bahagian bawah korang kelihatan besar. 
Nanti, badan korang akan kelihatan tidak seimbang.

9)    Jangan pakai pakaian yang berlapis-lapis. Cukuplah sekadar blaus yang 
cantik dan seluar denim. Yang sesuai dengan bentuk badan korang. 
Jika korang mahu mengenakan cardigan apa kata pakai material kain yang
 ringan dan tidak terlalu ketat.


10)  Pakailah sesuatu mengikut usia korang. Jangan pakai pakaian yang 
bercorak agak ‘berusia’  ataupun terlalu ‘muda’. Cita rasa amat penting 
dalam pemilihan dan jika korang tidak yakin, apa kata ajaklah teman
 kamu teman sekali..

WASSALAM

Selasa, 14 Januari 2014

Bina Semangat Semester Baru



Assalamualaikum


      KATA-KATA SEMANGAT
Minta ibu dan ayah sentiasa mendoakan korang agar dapat memulakan langkah pembelajaran baru agar lebih bersemangat. Doa dan kata-kata daripada ibu bapa merupakan ubat paling mujarab bagi korang untuk berjaya. Minta mereka agar berikan korang galakan agar korang dapat memberikan keputusan yang terbaik setelah habis belajar kelak.

      NOTA RINGKAS

Awal sesi pembelajaran, jangan saratkan otak dengan nota-nota yang berat. Buat nota ringkas agar otak korang dapat menerima input pelajaran secara pelahan-pelahan. Kemas dan susun segala nota yang tidak di perlukan lagi. Atur strategi pembelajaran bersesuaian dengan jadual korang agar tidak bertindan dengan aktiviti lain.

      HIAS MEJA BELAJAR
Berbulan lamanya korang bercuti pasti meja belajar penuh dengan habuk dan kekotoran. Apa kata seiring dengan semester baru ini, korang kemaskan meja belajar secantik yang mungkin menggunakan kreativiti korang. Nak lebih menarik, jangan lupa letakan sekali gambar korang bersama keluarga atau teman-teman rapat di meja sekali ya

      CARI KAWAN
Tentu pensyarah sudah memberikan tugasan secara berkumpulan kan ? jadi, apa kata korang senaraikan nama kawan-kawan sekelas yang boleh di jadikan pasangan korang dalam kumpulan tersebut agar kerja-kerja yang melibatkan kumpulan ini berjalan dengan lancar. Ini kerana markah korang semua akan bergantung kepada kerjasama yang di lakukan sepanjang sesi semester itu.

      PASANG AZAM & MOTIVASI
Tanamkan dalam minda korang sikap optimis dan buang sikap malas sekirannya korang ingin berjaya dalam pelajaran. Sekirannya korang sentiasa memotivasikan diri dan berazam tinggi, segala kerja yang korang lakukan pasti berjaya tidak kira di mana sahaja korang berada.

WASSALAM


Isnin, 13 Januari 2014

Mitos vs Fakta




Assalamualaikum


Tahukah korang tak semua amalan yang korang ikut tu sebenarnya betul. Kadangkala, ada mitos dan kepercayaan yang belum sahih kebenarannya. Jadi jom kita selongkar apakah mitos yang sering kita ikut dan apakah sebenarnya fakta yang terselindung.


-  MITOS : Ubat gigi dapat menghilangkan jerawat.
-  FAKTA : Ubat gigi sebenarnya mengandungi menthol yang bersifat mengurangi radang pada jerawat, tapi bukan menghilangkan jerawat. Maksudnya tak adalah rasa sakit sangat jika jerawat tu semakin membesar. Jadi, jerawat tetap perlu dihilangkan dengan menggunakan ubat jerawat.


-  MITOS : Air sejuk atau ais baik untuk mengecilkan pori muka.
-  FAKTA : Ketika kita membasuh muka dengan air sejuk, pori akan mengecil secara automatik. Begitu juga ketika kita basuh dengan air suam akan terbuka. Namun, keadaan tersebut sebenarnya hanya terjadi dalam beberapa saat sahaja. Jadi, lakukanlah rawatan muka secara teratur dan gunakan masker atau scrub untuk membantu mengangkat sel kulit mati supaya wajah lembut dan cerah.


-  MITOS : Menyikat rambut sekerap mungkin akan membuatkan rambut kita sihat.
-  FAKTA : Hati-hati menyikat rambut secara kerap. Ia akan menyebabkan rambut korang mudah putus dan kulit kepala berpotensi untuk lebih berminyak. Rambut akan jadi tidak kuat dan boleh menyebabkan rambut mudah gugur.


-  MITOS : Menjilat bibir untuk mengekalkan kelembapan
-  FAKTA : Air liur mengandungi kelenjar atau enzim yang bukan berfungsi untuk melembapkan bibir, malah menjadikan ia semakin dan semakin kering. Lapisan bibir kering akan mudah terkoyak dan berpotensi melukakan bibir korang.


-  MITOS : Menambahkan salitan lipstick secara berulangan sangat praktikal
-  FAKTA : Biasakan membersihkan bibir terdahulu sebelum mencalit lipstick yang baru, terutamanya kalau dalam keadaan di pakai terlalu lama. Calitan yang pertama berupaya tercemar dengan habuk, debu dan sisa-sisa makanan. Jika tidak di cuci dengan sempurna, bakteria akan berkumpul dan bibir berisiko untuk terkena penyakit.

WASSALAM

Ahad, 12 Januari 2014

Gembira Sangat Sebab Si Dia : KAY




Assalamualaikum

Hye..Fullamakk !!! 
Biela makin tersangat jatuh cinta dengan Kay nie.. Walaupun Si Dia nie selalu sibuk dengan kerjanya, Biela bangga dengannya. Korang nak tahu kenapa ..?? Haaa.. sebab walaupun sibuk, Kay nie selalu send mesej dekat Biela. Itu menandakan Kay nie ingat Biela. Biela pun selalu ingat Kay. hehehe..

Korang mesti tahukan macam mana perasaan rindu + sayang kan.. kan.. kan..Orang yang ada perasaan rindu ini adalah orang yang bertuah kerana cinta korang terhadap pasangan korang sangat tinggi. Perasaan rindu tidak boleh dipaksa kan.. Kadang-kadang dengan perasaan rindu ini korang ada rasa gelisah, ada rasa sedih, ada rasa marah, ada rasa macam - macam rasa ... Betul tak ?? Tipu la kalau perasaan tu tak ada.

Kenapa korang rasa gelisah dan macam - macam tu, sebab korang takut kehilangan pasangan korang kan. Takut sangat kan.. Yessss !!! Perempuan selalu macam nie ..Rindu adalah sebuah perasaan halus dalam benak dan hati terdalam setiap manusia, yang akan muncul ketika seseorang dihadapkan pada suasana kehilangan akan sesuatu yang ‘penting’.

Kay nie selalu memahami Biela, Kay juga boleh detect bila Biela meragam ( merajuk + marah ) tu pun melalui SMS. Melalui SMS Kay boleh detect Biela merajuk + marah .. Kebanyakkan lelaki macam tu ke ek ??.. hahaha.. perempuan nie makin dipujuk makin merajuk + makin mengada - ngada kan.. hahaha..sebenarnya perempuan bukan merajuk sangat tetapi perempuan nie nak tengok bagaimana, selama mana, dengan apa pasangan korang memujuk.. Tetapi perempuan nie kena ingat, jangan merajuk kuat sangat sebab nanti pasangan korang pula naik angin + naik menyampah.. Sebab sakit hati dengan perangai korang. Merajuk, merajuk juga tetapi berpada - pada okay !!!

Korang rasa tak apa yang Biela rasa.. Topik dekat atas tu dengan isinya macam tak kena kan.. Tapi ada la juga kan isi - isi nya ..yang penting nama KAY tu.. hahaha..Love you Kay. Perangai Kay yang Biela tersangat suka ialah romantik + pelawak + sporting ..
Lawak Kay tu kadang - kadang boleh menyebabkan Biela sakit perut. Tak kira masa nak melawak, dan lawak Si Dia pula bukan dibuat - buat. Lelaki yang buat perempuan menangis tak hebat mana pun. Lelaki yang mampu buat perempuan ketawa ketika dia tengah menangis, ini baru hebat. Haaa.. betul ke tidak ??? hahaha..

Psstt : Biela tak tahu la apa yang Biela merepek + merapu tu.. 

WASSALAM

Sabtu, 11 Januari 2014

Tahun 2014 Bermakna Bagiku



Assalamualaikum


Selamat tahun baru korang.. maybe Biela orang paling last kot wish ' Selamat Tahun Baru '..hehehe.Tak sempat kot nak wishnya.Berbalik kepada topik Biela kat atas tu,tahun nie merupakan tahun bermakna bagi Biela.Antara sebab kenapa tahun nie paling bermakna ..jom scroll ke bawah.

1. Tahun nie rezeki keluarga Biela bertambah.Tahun sebelumnya pun rezeki bertambah tetapi tahun nie rezeki lagi bertambah.Biela dan keluarga mengucapkan syukur kepada-NYA.Tahun nie adik Biela yang no.2 akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (degree,Accounting).Semoga impianmu tercapai adik.

2. Biela sudah boleh mendaftarkan diri untuk semester 2 dalam bidang International business (degree).Insyaallah pada semester nie dan semester akan datang Biela akan capai hasrat Biela iaitu dengan dapatkan pointer yang lebih baik, tidak tangguhkan kerja @ assignment, selalu datang kelas atau dengan nama lain tidak ponteng kelas.hehehe

3. Semoga hubungan Biela dengan orang sekeliling bertambah baik.Biela mengharapkan tiada masalah yang berlaku antara Biela dengan roomate, classmate, housemate, dengan lecturer dan orang sekeliling.Tahun nie juga amat bermakna kerana dengan kehadiran insan yang bermakna dalam hidup Biela ( EN AK a.k.a Kay ).Biela mengharapkan hubungan ini akan terus berkekalan.Amiinn.. 1/1/2014 amat bermakna bagiku.

4. Umur Biela bertambah !!!. Omg .. hehe..Umur Biela sekarang 21 tahun.(macam tua je).Tapi sebenarnya perangai Biela nie still budak umur 15 tahun.huhuhu..Gila2 macam tu,makin manja !!!..Umur korang pun bertambah juga kan.Mudahan dengan umur bertambah ini kita perbanyakkan lah amalan kita untuk menghadapi mati. Perbanyakkan amalan kebaikan dan kurangkan lah amalan buruk yang boleh menghancurkan masa depan modal insan.

5. Blog.Sejak sambung study nie Biela kurangkan meng- update blog.hahaha.. Hal ini disebabkan Biela tiada masa yang terluang,maklumlah tahun lepas Biela semester 1 so banyak perkara yang perlu diselesaikan dan diperkukuhkan. Tahun ini insyallah Biela akan selalu update blog untuk tatapan korang. Masa yang ada akan Biela luangkan untuk update blog dan perkara-perkara yang berfaedah.Insyaallah..

Nampaknya setakat ini sajalah yang dapat dikongsikan.Tahun 2014 bermakna bagi Biela. :) 

Psstt : nampak macam azam 2014 pun ada kan .. kan ???

WASSALAM




♥ Sila Klik Kat Sini ♥