♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Jumaat, 4 Oktober 2013

Blogku Bersawang




Assalamualaikum

Blog Biela bersawang..Kenapa korang tak buang sawang nie..Haha..merepek je Biela nie kan..Sejak sambung study degree nie,Biela tak ada masa dengan blog.So bila ada je waktu free,kawan ajak keluar la,kemas rumah la,kemas bilik la,dan macam-macam lagi.Setakat nie belajar okay lagi,tak ada masalah.Tapi subjek yang Biela ambil untuk sem 1 nie banyak sangat.Mungkin salah satu faktor Biela tak update blog sebab nie la.Biela nak story sikit pasal kehidupan Biela yang sekarang nie.Kawan-kawan Biela nie jenis 'gila-gila sikit' maksud Biela diorang nie open.Kalau ada masalah terus selesaikan.Kitaorang bila bersama kerja pertama yang kitaorang buat ialah ketawa.Sehingga letih akibat ketawa.Waktu makan pun boleh ketawa.Hahaha..Pertama kali jumpa,kitaorang terus akrab.Macam sudah kenal 5 tahun.Apa yang kitaorang buat mesti ingat diantara satu sama lain.Kitaorang nie ibarat macam adik beradik kandung.Kebetulan juga Biela nie mana ada adik beradik perempuan.Kitaorang berlima.Mereka ialah Anis Shahirah dikenali sebagai Kak Yong,Faezah dikenali sebagai Kak Ja, dan dua orang budak diploma iaitu Nik Rohaizan dikenali sebagai adik Nik dan Nurul Asna dikenali sebagai adik Na.Biela dikenali sebagai Bie @ mama Bie.Rasa pelik pulak bila diorang panggil Biela 'mama Bie'..haha..Dapat gelaran tu sebab ada seorang kawan Biela nie yang sama course dengan Biela,nama dia Balqis.Kawan-kawan Balqis nie panggil dekat dia ' mummy '.So bila Biela kawan dengan Balqis nie tetiba dapat gelaran ' mama '.

Setakat nie je la yang Biela boleh story.Kalau Biela nak story hari nie mana sempat sampai ke pagi pun belum tentu habis.Hahaha..

WASSALAM

Khamis, 22 Ogos 2013

Waa ..Hadiah



Assalamualaikum

Hari nie Biela update lagi blog.Sebenarnya malas teramat sangat tetapi disebabkan seorang kawan Biela nie buat kejutan so Biela update la blog.Buat Biela semangat untuk meluangkan masa dengan blog..Hehehe..Macam nie ceritanya...

Semua ahli keluarga Biela tak ada kat rumah so yang tinggal Biela je.Kalau nak tahu boring sangat duduk kat rumah seorang diri.Dalam keboringan itu,Biela tengok tv,online fb,kemas rumah sikit dan ngadap lappy.Nak diringkaskan cerita,pada pukul 2.20 p.m. adik pulang dari sekolah.Biela tengok di tangan adik ada satu bungkusan.Biela senyum je tanda menyambut kepulangan adik dari sekolah.Tetiba adik menghulurkan bungkusan itu kepada Biela.Biela hairan lalu tanya adik ' apa nie ? '.Adik jawab ' kawan akak bagi dan dia kirim salam dekat akak '.Biela apa lagi senyum je memanjang dan cepat-cepat masuk bilik sebab nak tengok dalam bungkusan itu ada apa.( Ketika itu,Biela dekat dapur sedang sediakan air ).

Masuk je dalam bilik terus buka bungkusan tu ' Ya Allah..cantiknya ' itulah ayat yang keluar dari mulut Biela.Tapi tak tahu kawan yang mana bagi hadiah nie.Fikir punya fikir....haa tak lain dan tak bukan kawan Biela yang paling Biela sayang nie.Terus mesej kawan,nasib kawan mengaku dia yang bagi.Serius hadiah yang dia bagi cantik sangat..Haha..tak sabar rasanya nak menggunakan hadiah tu.Kawan terima kasih banyak-banyak ya diatas pemberian ini.Setakat ini sahaja la yang dapat Biela story-mory..Hehehe..

WASSALAM

Rabu, 21 Ogos 2013

Jiwang Kejap



Assalamualaikum

Selalu malas nak update nie,tapi entah kenapa rasa nak update blog malam nie.Mungkin mood petang tadi kot elok sikit.Atau pun malam nie rasa nak jiwang-jiwang sikit kot.Hahaha..apa la yang Biela bebel nie.Biela memang selalu macam nie,kalau hujan pada waktu malam mesti dengar lagu jiwang-jiwang sikit sebab best kot.Kenapa ek malam nie banyak betul ' kot 'nya..haha..

First time dengar lagu nie,rasa best je.Rasa macam nak kahwin pulak..Hehehe..Lagu nie lagu zaman dulu-dulu la tapi bila dengar fuhh rasa macam..entah orang yang mabuk cinta je akan faham...Hahaha.
Dengar berulang kali pun tak apa,tak boring langsung.Korang mesti nak tahu kan lagu apa yang Biela dengar nie..Lagu SPOON - SEPENUH HATI...


Lirik Lagu Sepenuh Hati - Spoon


Bagaimana harusku luahkan
Perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku

Sukarnya ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini

Bagaimana harus aku menghadapi
Semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku menanti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biarkan ku kecewa
Membalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintaimu


Okay la,Biela nak layan lagu nie kejap.Mana la tahu kan lagu nie boleh dodoikan Biela tidur..Huhuhu..Oh lupa pulak,nak ucap selamat malam dekat korang.Nite..jangan tidur lewat sangat tak elok untuk kesihatan tahu tak..Ok byee !!

WASSALAM




Tunjukkan Rasa Cinta



Assalamualaikum


Korang sihat ke tidak ? Biela sihat tapi semakin hari semakin tiada mood untuk mengupdate blog.Entah la,tak tahu kenapa.Bila ingat balik lama tak update blog rasa banyak sangat benda yang nak dikongsi bersama korang semua.Bila dah online blog ' tak tahu nak tulis benda '.Tapi hari nie dah tahu kot apa yang nak dikongsi.Tu pun setelah ada seorang member nie kongsi dengan Biela iaitu macam mana nak tunjukkan perasaan cinta.Jom !!

Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika kita tidak memupuk rasa cinta, hubungan kita dan pasangan kita akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, korang berdua akan berpisah. Untuk memupuk rasa cinta, kita perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan kita. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan kita.

Kita selalulah menulis nota-nota cinta untuk di beri pada pasangan kita. Korang boleh beri ketika korang berjumpa atau korang curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.Auuww !!!

Apabila korang jumpa dia, korang mestilah sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan korang senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing-masing.Oh,so sweet !!

 Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan korang sebagai tanda sayang 
Di samping itu, sentiasa jaga penampilan untuk kekasih korang. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang korang ada.

Sekali sekala korang berikan pasangan korang makanan yang korang masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan korang. Ermm..pastikan korang belajar masak memasak dulu.Bukan apa nanti pasangan korang cakap ' tak sedap ' korang terasa.

Apabila pasangan korang ingin utarakan sesuatu, korang mestilah jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya. Kalau masih bersama-sama belajar sentiasa la memberi kata-kata semangat.

Sentiasa cakap pada dia bahawa korang sangat sayangkan dia dan cintakan dia. Jika ada masa lapang, korang luangkan masa sehari suntuk bersama-sama.

Ini sahaja la yang dapat Biela kongsikan.

WASSALAM

Ahad, 28 Julai 2013

Lelaki Oh Lelaki



Assalamualaikum


Wah !! sweet je senyuman boyfriend Biela kat atas..Haha..Kenapa entry kali nie 
~ LELAKI OH LELAKI ~
Hah kenapa ?? Sebab kerana seorang lelaki,orang perempuan pening memikirkannya.Lelaki-lelaki yang kat luar sana Biela nak tanya something nie.Harap korang jawab ya.Dengan seikhlas mungkin..mungkin laa..Hmmm..Orang perempuan pun boleh jawab kalau tahu jawapannya.Soalan-soalan yang ditanya nie sebenarnya berkaitan dengan seorang kawan Biela nie.Dia selalu tanya Biela soalan yang bukan-bukan (padahal Biela bukanlah seorang LELAKI ).Hahaha..banyak soalan yang ditanya tapi ada yang boleh jawab dan ada yang tak boleh jawab.So korang bantula kawan Biela nie.

Okay..soalan-soalannya adalah :


1.'Adakah lelaki nie masih ingat atau rindu dekat bekas gf dia'

2.'Bila bekas gf dia hantar SMS dekat dia,adakah dia gembira'

3.'Adakah lelaki nie masih menyimpan gambar bekas gf dia'

4.'Bila perempuan cakap pasal kawan lelaki (bukan ex),adakah lelaki cemburu'

5.'Betul ke lelaki nie selalu buat perempuan cemburu'

6.'Bagaimana nak tahu lelaki marah bila kita sedang berSMS dengan dia'  

7.'Bila lelaki cakap " tak ada mood " apa maksudnya'

8.'Macam mana perempuan nak tahu lelaki nie boring ke tak semasa berSMS'

9.'Bila waktu yang sesuai untuk berSMS dengan lelaki (boyfriend)'

10.'Betul ke lelaki (boyfriend) suka dengar luahan hati seorang perempuan dikala perempuan ada masalah atau sebenarnya lelaki nie just tanya je " nape nie..ada masalah ek.Bagitau la.. "



Macam tu la soalan-soalannya (Biela ubah suai sikit,mudah sikit korang nak jawab nanti).Harap lelaki dapat membantu.Biela pun nak tahu juga.Hahaha..Korang jangan la marah dengan soalan nie ya.Jawab je !!!
Sharing is caring tau..Okayy la.Tak nak cakap banyak-banyak la.Harap korang sudi membaca,menjawab dengan jujur dan jadi follower Biela.Nanti kalau Biela nak tanya korang kan senang sikit.
Sayang korang !!!

WASSALAM

Jumaat, 26 Julai 2013

Segmen BlogWalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


Selasa, 16 Julai 2013

Cantik Di Hati



Assalamualaikum


Selamat berpuasa kawan-kawan.Hari nie Biela nak bebel pasal benda nie.Setiap orang nampak cantik di luar tapi dekat dalam siapa yang tahu melainkan Allah S.W.T kan.So kira oklah korang cantik dekat luar dan dekat dalam pun cantik.Untung korang !!!. Tapi ada juga yang jenis cantik dekat luar tapi dekat dalam boleh bagi markah 1 je.Sebab diorang hanya pentingkan dekat luaran sahaja.Walaupun korang taklah cantik sangat kalau dekat hati korang tu cantik mesti ramai yang masuk meminang.

Malaslah nak bebel panjang-panjang.Haa..dekat sini Biela ada sedikit tips untuk korang.Bolehlah amalkan nie:

@ Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju syurga.
@Ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan.
@Ambillah waktu untuk memberi,itu dapat membuat hidup terasa bererti
@Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati
@Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan
@Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan
@Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
@Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan
@Ambillah waktu untuk untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan
@Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah

Practise make perfect !!!
Sharing is caring !!!!

WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥