Assalamualaikum
Tip dan Trik untuk SI GEMPAL
1) Pakai pakaian
yang muat-muat dengan badan. Jangan terlalu ketat dan
jangan terlalu longgar. Hal ini kerana baju yang ketat akan menampakan
kelemahan korang, manakala baju yang besar
pula menampakkan korang
lebih besar berbanding saiz yang sebenar.
2) Jangan dan
elakan memakai pakaian yang mempunyai kualiti kain yang
merengang. Ia akan
dilihat seolah-olah melekat di badan korang dan bakal
mempamerkan segala isi yang
tidak mahu dilihat. Carilah fabrik yang lembut
seperti kapas, sifon mahupun
linen.
3) Bagi yang
berkeyakinan, pakailah kasut tumit tinggi. Ia membantu korang
untuk kelihatan
lebih tinggi sekaligus nampak lebih langsing.
4) Jika korang sukakan warna-warna yang terang, gunakan ia pada aksesori
seperti tali
pinggang, kasut, beg topi, warna lipstick, warna cat kuku ataupun
aksesori
perhiasan. Warna terang ini boleh memberikan tumpuan pada mata
yang memandang
korang.
5) Jaga postur
badan korang agar tidak bongkok. Cuba berdiri tegak di hadapan
cermin dalam
posisi mendada, korang akan lihat diri korang lebih tinggi
berbanding biasa. Jika
berjalan, postur badan perlulah tegak dan jalanlah
dengan penuh yakin.
6) Pakai baju
berbelang vertical untuk menampakan tubuh lebih langsing
dan ilusi lebih panjang. Jika bercorak pula,
pilih daripada motif flora
kecil yang comel.
7) Jangan pakai
pakaian yang mempunyai dua tona warna yang amat
berbeza kerana ia akan
menampakan tubuh kamu seperti terbelah hingga
memberikan ilusi pendek dan gemuk
yang berganda.
8) Elakan daripada
memakai seluar ataupun skirt yang berwarna cerah
kerana ia akan membuatkan
bahagian bawah korang kelihatan besar.
Nanti, badan korang akan kelihatan tidak
seimbang.
9) Jangan pakai
pakaian yang berlapis-lapis. Cukuplah sekadar blaus yang
cantik dan seluar
denim. Yang sesuai dengan bentuk badan korang.
Jika korang mahu mengenakan cardigan
apa kata pakai material kain yang
ringan dan tidak terlalu ketat.
10) Pakailah sesuatu
mengikut usia korang. Jangan pakai pakaian yang
bercorak agak ‘berusia’ ataupun terlalu ‘muda’. Cita rasa amat
penting
dalam pemilihan dan jika korang tidak yakin, apa kata ajaklah teman
kamu
teman sekali..
WASSALAM