♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Isnin, 22 April 2013

Peraturan Dalam Perhubungan



Assalamualaikum



Sebelum cakap apa-apa,jawab salam dulu baru adil.Rasa semangat tetiba.Mesti malam tadi tidur lena tapi diganggu oleh dua orang makhluk yang Biela sayang.Hah !!! Betul ke Tajuk entry macam tu..Betul la..
Berbagai cara korang lakukan untuk menawan hatinya namun dalam asyik menawan hatinya ada beberapa peraturan yang perlu korang tahu.

PUTUS DAN JANGAN MENIPU
Jika korang sudah boring dengan pasangan,beritahulah secara terus-terang.Jangan sesekali menipunya dengan beribu alasan.Pergi dan jangan menoleh lagi.Sekiranya korang menoleh,korang seolah-olah telah memberinya harapan untuk bersamanya lagi.

HANYA KORANG BOLEH MENGAWALNYA
Cinta membuatkan semua perkara sukar menjadi mudah.Betul tak?? Justeru itu,hanya korang sahaja yang boleh mengubah semua mengenai pasangan dari buruk menjadi baik hati dan sebagainya.

JANGAN TERLALU SELESA
Sesetengah orang amat suka berada di zon selesa.Mereka juga telah menyakini pasangan akan terus setia dan tak akan berpaling kepada orang lain.Ada kalanya korang tersilap percaturan kalau korang tidak mengirarkan kata-kata cinta kepadanya setiap masa.Cinta berkaitan dengan hati,oleh itu ia perlukan kata-kata untuk menyakinkan bahawa cinta korang masih kuat.

PERLU BERKORBAN
Apabila korang bersedia untuk menjalin perhubungan ,bermakna korang perlu berkorban segala-galanya.Ooppss !! Bukan maruah diri.Sebagai contoh,jika saat dia memerlukan pertolongan dan korang gagal untuk menolongnya,mungkin muncul orang lain yang akan mengambil peluang tersebut.Korang mungkin terlepas gadis idaman korang.Gadis idaman korang cakap 'Bye !!!!..Padan muka'

JANGAN MEMAKSA
Korang sering beranggapan kekasih adalah hak mutlak.Justeru itu,mereka akan mengarah sesuka hati.Sebaiknya,jangan suka memaksa pasangan korang tetapi hormatila dirinya.Girls korang suka tak kekasih hati korang paksa-memaksa nie???

JANGAN MEMBANDINGKAN
Adat orang bercinta,mereka tentunya akan membuat perbandingan antara insan yang terdahulu dan sekarang.Sebaiknya,korang pandang ke depan,lalui hidup sekarang bukan yang terdahulu.Jangan sesekali menoleh ke belakang.

JANGAN MUDAH MENYEBUT 'I LOVE U'
Menyebut memang mudah namun sukar melaksanakannya.Oleh itu,korang jangan mudah menyebut jika korang tidak bersedia untuk memikul semua tanggungjawab terhadap pasangan.

JANGAN ROSAKKAN KEBAHAGIAAN DI AWAL HUBUNGAN
Pada tahap awal menjalinkan hubungan,korang perlu bersedia.Persediaan ini termasuklah mental dan fizikal korang agar hubungan yang korang lewati lebih serius dan bermakna.

HANYA BERDUA,BUKAN BERTIGA
Hanya korang berdua dengannya dan tidak ada orang ketiga,(menyemak je)..Orang ketiga biasanya akan merosakkan sebuah perhubungan dan ia berkait dengan soal kejujuran,Kalau korang jujur dengannya,dia juga akan jujur dengan korang.Tetapi siapakah orang ketiga itu..Kalau tahu lebih awal kan senang..Boleh bagi warning awal-awal.Adakah syaitan???

JANGAN CERITA KISAH PERIBADI KORANG
Ingat jangan sesekali korang bercerita kisah peribadi dalam pertemuan pertama.Lagi korang  menceritakan masalah korang seperti bekas kekasih dan sebagainya,maka hubungan korang tidak dapat diteruskan kerana dia boring dengan cara korang.

JANGAN ROSAKKAN SEBUAH PERSAHABATAN
Pasangan korang sukar menerima sebuah persahabatan yang telah lama korang jalinkan bersama sahabat wanita.Mereka akan berasa curiga ,cemburu dan sebagainya.Akhirnya,silap langkah,korang akan berpisah dengannya.Ingat,kawan sukar dicari yang lebih memahami kita.

USAHA
Ramai yang mudah putus asa dalam meneruskan perhubungan tambahan jika mengetahui pasangan curang.Sebelum korang meninggalkanya,berusahala memperbaiki perhubungan dan jika tidak dapat diselamatkan barula diputuskan.

So korang macam mana???..Sesuatu perhubungan itu amat penting tahu.

WASSALAM

Khamis, 18 April 2013

Bibir Merah .. AAaauummmm





Assalamualaikum


Tetiba je boring malam nie.Ermm..Korang nak tak Biela kongsi petua untuk merah kan bibir.Kalau yang sudah merah semulajadi tu kira okayy la.( Macam Biela,mungkin..tak nak mengaku la).Sepatutnya kan korang kena bersyukur sebab korang ada bibir.( Macam la Biela tak ada bibir,apabila cakap macam tu..haha).Walaupun bibir korang tak la merah sangat, korang kena bersyukur tahu sebab Allah bagi bibir.

Okayy la tak mahu cakap banyak-banyak.Jom !!! Japp,tapi  tak tahula Biela sama ada korang berpuas hati ke belum dengan petua nie.Walau apa pun korang kena cuba dulu,kalau pertama kali amalkan petua tu tidak menjadi korang abaikan ya.Tapi kalau korang amalkan tu menjadi,teruskanla.


HALIA
Potong sikit halia.Lepas tu korang sapu dekat bibir korang tu.Tapi ada rasa pedas-pedas sikit.Hilang rasa pedas tu,korang sapu balik.Ingat,bersih dulu halia.Nanti terkena jangkitan kuman di bibir.


UBAT GIGI
Dengan menggunakan ubat gigi,sapu dekat bibir tu elok-elok.Sebaiknya selepas gosok gigi waktu pagi.Jangan lama sangat,nanti merah sangat bibir dan tak nampak normalnya.Ubat gigi jenama apa pun tak kisah.

Korang pakai la dulu petua di atas tu,sebab halia boleh dapat di pasar-pasar yang berdekatan manakala ubat gigi pun selalu kita guna ketika gosok gigi.So,mudah kan barang-barang tersebut didapati.Ingat,jika petua di atas tidak menjadi korang jangan la lakukan lagi nanti buruk padahnya.Mungkin sesetengah orang berjaya melakukannya.

Tapi kan,kalau mempunyai bibir yang merah (tak la merah macam pakai gincu macam tu) sekadar merah semulajadi okayy la.Ketika Biela form 4,ada seorang kawan lelaki nie (satu kelas) dia tanya soalan dekat Biela “Eh,merah bibir.Apa rahsia nya”.Lagi soalan maut dari dia “Ke mana hilangnya seri bibir tu” ketika dia bertanya soalan tu,seingat Biela waktu tu Biela sakit so bibir Biela kelihatn pucat.Korang nak tahu Biela jawab apa dengan soalan macam tu “Eeii..gatal kau nie.Hak aku suka hati aku la”.Kasar sungguh jawapan tu kan???..

Okayy la.Mengantuk !!!

WASSALAM

Selasa, 16 April 2013

Makin Mantap Sebenarnya Saya Isteri Dia




Assalamualaikum

Selamat Malam..jangan tidur lagi !!! Tengok jam awal lagi la..Biela nak share something nie..
Tak ada la menarik sangat just untuk suka-suki je.Hahaha..Macam tajuk dekat atas tu bukan Biela la isteri dia tapi kau.Eh tak la..Sebenarnya macam nie,korang tengok tak drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' 
slot zehra Tv3 ??..Kalau tengok bagus la lagi senang Biela nak share nie.Walaupun korang sudah tahu buat
-buat la tak tahu okayy..Sebenarnya drama nie diadaptasi dari sebuah novel.


Tapi kan 'Ost Sebenarnya Saya Isteri Dia' lagi best.Salah satunya lagu dalam drama nie 'Kita-Forteen'.Yaaa !!! Forteen sekarang makin mantap la.Biela suka *__*.


Kita - Forteen

Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

*Chorus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita





*____*

Selebihnya lirik lagu nie Biela tak ingat.Lagu Forteen yang satu lagi tu pun best juga ( Wanita ).Wah betul la kawan Biela cakap Forteen makin mantap.Betul la kan sesebuah lagu tu jika dimainkan bersama drama,filem  lagu itu akan meletop.Contoh,sesebuah lagu dijadikan lagu tema macam drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'.
Kita yang tengok nie pun tak ada la boring sangat apabila lagu dimainkan bersama.




Tambahan lagi,pelakon pun cantik-cantik,hensem-hensem tak ada la kita yang tengok nie boring kan ??
Kalau minat sangat drama nie kita sama-sama tengok ya 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'.
Okayy la sekarang,korang bolehla tidur ya..Hhaha..Makin lama Biela dekat sini nanti makin mengarut.
Selamat Malam..Gud Nite !!! 

WASSALAM





Isnin, 15 April 2013

Lelaki Romantik Vs Perempuan Romantik



Assalamualaikum


Romantik !!!..Tak nak cakap panjang-panjang la.Entry kali nie tentang lelaki romantik
VS perempuan romantik.

Tanda-tanda lelaki romantik.

1.Lelaki romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya.Memegang konsep lady's first.
2.Lelaki romantik tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga.
3.Lelaki romantik selalu meminta maaf dengan ikhlas jika berbuat kesilapan.
4.Lelaki romantik akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berbicara.
Iaitu menjadi pendengar yang baik.(boleh jadi malu dan tak tentu arah *__* )
5.Lelaki romantik akan menganggap cinta adalah suci.
6.Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita.Tetapi sebaliknya
menjaga kehormatan wanita.
7.Lelaki romantik selalunya memeluk isterinya melebihi 7 kali sehari.
8.Lelaki romantik kerap kali memberi kejutan kepada pasangannya dengan kreatif dan bijak.
9.Lelaki romantik akan pandai memujuk ketika si dia merajuk.
10.Lelaki romantik akan menolong membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian dan sebagainya.
11.Lelaki romantik sering membeli hadiah apabila pulang dari outstation.Contoh memberi jambangan bunga.
12.Lelaki romantik akan bersikap matang dan tenang dalam menghadapi sesuatu masalah.
13.Lelaki romantik sentiasa peka dengan tarikh penting.Contoh tarikh ulang tahun perkahwinan.
14.Lelaki romantik lebih memahami perasaan seorang perempuan dan memberi lebih perhatian kepada si dia serta sentiasa ambil berat akan si dia.
15.Lelaki romantik memanggil pasangan dengan panggilan manja.Contoh sayang.
16.Lelaki romantik akan selalu mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.
17.Lelaki romantik akan bangun pada waktu malam dan menangis kepada si Pencipta.
18.Lelaki romantik menepati janji-janjinya.Bukan memungkiri janji.
19.Lelaki romantik berjalan dengan segak dan selalu memasukkan tangan dalam poket seluar ketika berjalan.(betul ke???..)
20.Lelaki romantik akan menjadi lebih romantik apabila menjadi diri sendiri.()



Tanda-tanda perempuan romantik.


1.Perempuan romantik akan memasak untuk pasangannya.
2.Perempuan romantik akan fokus pada si dia semasa berada di tempat awam.
(mata jangan meliar melihat lelaki yang lebih hensem).
3.Perempuan romantik akan berkorban untuk satu sama lain.
4.Perempuan romantik akan memberi senyuman yang ikhlas.
5.Perempuan romantik suka akan cerita korea,dan jepun.(betul ke tak?? )
6.Perempuan romantik akan membuat semua kerja rumah demi pasangannya.
7.Perempuan romantik ingin kelihatan cantik untuk pasangannya.
8.Perempuan romantik menjaga maruah keluarga,suami dan agama.
9.Perempuan romantik ingin selalu dibelai dan dimanja.
10.Perempuan romantik akan menjadi lebih romantik apabila menjadi diri sendiri.()


Lebih romantik jika kedua-dua pasangan menjadi diri sendiri dan kedua-duanya juga romantik.
Romantik tidak berlebihan dan mengada-ngada itu lebih baik.Lagi bagus sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk.

WASSALAM

Isnin, 8 April 2013

Makanan Terbaik Untuk Mata




Assalamualaikum



Hye..ermm..mata,mata,mata,dan mata serta mata.Okay faham !!! Mata merupakan organ yang
perlu dijaga.Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.


So dekat sini,hari ini,dan pagi ini serta sekarang ini Biela mahu kongsi mengenai tajuk di atas.
Makanan ini mudah didapati di Malaysia.Tetapi tidak diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Sesetengahnya tidak tahu fungsi makanan ini (makanan apa ya??..nanti ,tunggu !!)
Diorang nie just makan je tapi tidak tahu fungsinya.

Sekarang jom makanan apa yang Biela cakap tu..



Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards
Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat 
kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan.




Tiram (Oysters)
Tiram merupakan makanan yang kaya dengan sumber zinc. Kekurangan zinc dikaitkan dengan gangguan penglihatan, penglihatan yang teruk pada waktu malam dan masalah katarak.
Pengambilan nutrien ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi makular berkaitan umur (age-related macular degeneration) di mana sering terjadi pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas.
 Bagi mereka yang tidak menggemari atau alah kepada tiram,korang juga boleh mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan salmon, daging merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.


Aprikot
Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta carotene dan lutein adalah 
dari kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.
Secara fisiologinya, tubuh manusia menukarkan beta carotene kepada bahan yang lebih ringkas iaitu Vitamin A. Vitamin inilah yang berfungsi mengelakkan kerosakan sel dan tisu mata serta melindungi kanta dalam mata.


Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes)
Ubi keledek atau dikenali juga sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat Kelantan adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A.Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda lebih daripada keperluan Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren juga boleh dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi keledek.


Telur
Telur adalah satu lagi makanan yang kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan lutein.Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adalah tidak sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan caretonoids dari sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.


Gandum
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum berupaya memperlahankan degenerasi makular pada mata dan juga mengurangkan risiko katarak.Selain daripada gandum,korang juga boleh mengambil almonds, biji bunga matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter) serta ubi keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.

WASSALAM

Sabtu, 6 April 2013

Menghadapi Putus Cinta





Assalamualaikum





Sakittt nyerr !!!


Morning !!!!..Semua orang pernah merasai bagaimana putus cinta.Apabila korang putus cinta,bagaimana
perasaan korang??? Biela tahu mesti sedihkan.Tipula kalau korang tidak sedih.Jauh disudut hati korang masih menyayangi si dia.Untuk kembali pulih semula,kita memerlukan masa yang agak lama.

Putus cinta merupakan perkara normal yang terjadi kepada seseorang.Sebagai panduan,disini ada tips ringkas yang dapat memberikan penyelesaian.





Berdamai Dengan Rasa Kecewa 

Pada peringkat awal kekecewaan memang sukar dilakukan kerana bagi sesiapa pun masa putus cinta adalah
masa yang teramat sukar untuk dilalui dengan cepat.Daripada korang menangis dalam kesedihan,berdamai
dengan rasa kecewa itu dan mencari apa yang positif dari apa yang terjadi merupakan jalan yang terbaik.Setelah korang kecewa pasti ada bahagia yang menanti

Luangkan satu atau setengah jam bagi diri sendiri bertenang.Memang mula-mula sukar tetapi lama-kelamaan
ia akan terbiasa dan menemui semangat baru untuk terus menghadapi kekecewaan.

Gunakan Sebagai Pelajaran Berharga

Walaupun seteruk mana pun kekecewaan yang korang alami,mesti ada pelajaran berharga disebaliknya.
Korang menjadikannya pendoman untuk melangkah lebih baik lagi dimasa akan datang.Daripada
korang seksa diri sendiri,cara terbaik adalah tetap meneruskan kehidupan harian,menerima keadaan tersebut dengan ikhlas (boleh ke?? ) serta memaafkan bekas kekasih korang.

Berbicara Dengan Orang Yang Dipercayai

Daripada mereka,korang akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati yang sedang lara.So berbual la dengan orang yang korang percaya.Itu lebih baik daripada korang menangisi.putus cinta.
Seeloknya dengan orang yang lebih dewasa daripada korang.





Bermesralah Dengan Haiwan

Haiwan ??? Mesra dengan haiwan peliharaan korang.Haiwan kesayangan seperti kucing,arnab,
hamster dan sebagainya.Dengan itu,sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan dan kepedihan.
Mungkin haiwan kesayangan korang akan faham ..(Mungkin ??)

Menulis Surat

Jika korang benci sangat dengan bekas kekasih korang,tulisla semua kebencian korang di sehelai kertas.Jikalau tidak mencukupi tambah beberapa helai kertas untuk korang menulis kebencian korang.
(Benci sangat kan?? mesti banyak helaian kertas yang digunakan)
Selepas itu,bakar kertas yang korang tulis itu.Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi korang.

Bersukan

Latihan fizikal selain menjadikan tubuh sihat serta meningkatkan stamina.Tetapi ia juga terbukti atau berkesan 
dapat memperbaiki mood.Jom la bersukan !!!!

Melarikan Diri

 Jangan melarikan diri dengan orang lain.Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya 
kekasih baru untuk menepis kesunyian yang melanda diri.Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut 
bukanla akan menyembuhkan.Tetapi akan menimbulkan masalah baru.Jadi cuba elakkan.

Berdoa

Berdoa itu lebih baik.Ambil waktu dan tempat peribadi dimana korang tidak akan diganggu 
dan memohon kepadanya.Mudahan doa korang diterima oleh Allah.



Bila cinta putus ditengah jalan usahla bermuram dengan menyakiti diri sendiri.Bangkitlah dan mulakan cinta baru.Korang bukannya hodoh tapi comel dan hensem !!! (Tak percaya ?? Cuba tengok cermin..so cermin la diri korang ) Setiap cinta yang hilang mesti ada pengganti.Serta ada bahagia dengan pengganti itu.

WASSALAM

Selasa, 2 April 2013

Masalah Jerawat 2



Assalamualaikum

Hari nie Biela akan buat entry seperti tajuk di atas.Yess jerawat..!!!..Remaja sekarang sering
mengalami masalah jerawat yang serius.Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon seseorang.
Maka,tumbuhla jerawat di muka korang.Biela doakan kepada yang ada jerawat dekat muka tu cepat-cepat la muka korang sembuh.Ini ada petua yang Biela amalkan 
(walaupun jerawat tak ada..amalan ini untuk berjaga-jaga)..
Okayy..jom !!! Sebelum tu korang baca entry nie dulu mAsALaH jErAwAT  ..*_____*

Petua 1:Timun




Timun nie selain boleh dimakan,ia juga boleh merawat masalah jerawat.
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat.Bersihkan wajah dahulu.Selepas itu,pupurkan
kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah korang.
Biarkan ia kering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih.Elok jika
diamalkan setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

Selain itu,Biela menggunakan hirisan timun.Bersihkan muka sebelum letak hirisan timun dekat muka.
Letak hirisan timun dengan rapi.Pastikan hirisan jangan tebal sangat.Elok diamalkan
pada waktu malam dan setiap hari.

Petua 2:Lidah Buaya



Jangan lupa lidah buaya pun ada kegunaannya.Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya,
buangkan kulitnya untuk mendapatkan lendirnya.Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada muka.
Selain ia dapat menghilangkan jerawat,daun lidah buaya juga dapat menghilangkan parut jerawat.
Insyaallah parut akan cepat sembuh terutama parut yang masih baru.

Petua 3:Bedak sejuk






Kenal tak???..Alaa..orang-orang dulu selalu guna sapu dekat muka sampai putih satu muka.
Bedak sejuk nie boleh mengurangkan masalah jerawat.Ambil bedak sejuk itu,bancuh dengan air.
Kacau sehingga sebati.Selepas itu,sapu dekat muka.Ia bukan sahaja digunakan untuk kulit yang berjerawat
tetapi untuk semua kulit.Amalkan pakai waktu malam dan siang.
Biela selalu amalkan pada waktu malam atau siang.

Bedak sejuk nie banyak kelebihannya.

Antaranya:

1.Dapat menyejukkan kulit muka
2.Dapat kurangkan minyak pada muka
3.Melicinkan kulit muka
4.Muka akan menjadi segar dan tegang
5.Boleh tanggalkan sel kulit mati

So,apa tunggu lagi.Pergila cari bahan-bahan nie,bagi mengurangkan masalah jerawat korang.
Okayy..setakat nie je entry yang dapat Biela kongsikan.
*____*
Mmuaahh..(Flying kiss)

WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥