♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Rabu, 13 Mei 2015

Happy Birthday To You Mr.Kay 2



Assalamualaikum
 
 
Alhamdulilah.. Plan surprises kan Mr.Kay menjadi. Thanks kepada kawan2
 yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Suka je tengok
Mr.Kay happy bila aku dan kawan2 dia kenakan dia. Dia pun terkejut sebab
 dapat kejutan macam tu. Semua kawan2 dia cakap aku ni terlebih
 romantik dan sweet. *Malulaaa*.. Hehehehe.. Nanti entry seterusnya
 aku update gambar dan aku berceritalaa sikit.. Okay aku ada kelas. Daaaa..

 
WASSALAM

Selasa, 12 Mei 2015

Happy Birthday To You Mr.Kay



Assalamualaikum
 
 
Happy Birthday To You Mr.Kay.. Aku Plan Lain, Lain Yang Jadi..
So nasib baik aku ada plan B. Aku ingat aku laa orang first yang wish dekat Mr.Kay. Aku menunggu detik 12.00 malam sehingga tertidur. Tapi nasib baik aku terjaga pukul 12.30. So time tu cepat2 aku wish birthday dia.
Nasib dia tak marah tapi aku laa yang rasa bersalah dekat dia. So hari ni aku dan member Mr.Kay ada surprise untuk dia.
Petang ni biar member Mr.Kay kerja kan dia dan malam nanti aku ada surprises lagi untuk dia. So kita tunggu dan lihat. Nanti aku kongsikan gambar2 Mr.Kay dalam
entry yang seterusnya ye. Okay Takecare all of you.
 
 
WASSALAM

Ahad, 10 Mei 2015

Happy Mother's Day



Assalamualaikum
 
 
Selamat Malam kepada awak2 semua. Dikesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan yang mana bakal ibu. Especially to my lovely mummy.
 'Selamat Hari Ibu Miy. Terima kasih kerana Miy tak pernah bosan melayan karenah anak2 Miy. Terutama anak tunggal perempuan Miy ni. Maaf sangat jikalau Miy ada terasa hati dengan kelakuan anak tunggal perempuan Miy ni.
Bie doakan semoga Miy sentiasa diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur untuk melihat anak tunggal perempuan Miy ni kahwin, dan untuk lihat cucu Miy nanti dan juga diberi kekuatan untuk banyak melakukan ibadat dan juga di murahkan rezeki. Amiiinn !!!'..
Macam tak cukup je aku nak luah semua kat sini. Sebab banyak sangat pengorbanan seorang yang bernama Ibu. Bagi aku hari2 adalah hari ibu. Tapi kita abaikan ibu juga. Alasannya kita selalu sibuk bekerja,sibuk dengan kawan2,sibuk dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah bagi kita serta kita malas untuk melayan karenah seorang Ibu dan Bapa. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak boleh menjaga seorang ibu. Allahuakbar !!! Aku doakan semoga kelakuan seperti itu dijauhkan dari keluargaku. Mudah mudahan aku 8 beradik boleh menjaga seorang ibu dan seorang ayah. Insyaallah.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ma iaitu bakal mertua aku. Terima kasih Ma sebab mula2 perkenalan bie agak malu dengan Ma. Tapi lama kelamaan bie dah boleh membiasakan diri dengan Ma. Ma pun faham situasi bie.
Kalau Miy tak ada disisi bie, Ma ada disisi bie. Terima kasih Ma.
Ma juga seperti Miy sebab selalu tanya khabar bie dan jaga makan minum bie. Ma tak ubah seperti ibu kandung bie.
Ma dan Miy melayan aku dengan manja sekali. Terima kasih Ma Terima kasih Miy.. Love both of you.. Muaahhh ciked.. Setakat ni je yang boleh aku luahkan.. Dalam kepala hotak aku bermacam macam aku nak tulis. Tapi bila dah hadap benda ni tak ada la panjang sangat. Tak apa laa itu pun dah memandai bagi aku. Okay bye..
 
 
WASSALAM
 

Ahad, 3 Mei 2015

Manfaat Daun Salad

 
 
Assalamualaikum
 
 
Hai.. Selamat pagi. Hari ni nak kongsi rahsia pasal salad.
Bagi korang yang tak tahu tu sila baca entry kali ni.
 
1.Salad dipercayai mampu dijadikan 'ubat' bagi
merawat masalah insomnia atau gangguan tidur.

2.Kaya dengan kandungan zat besi,kalsium,fosforus,sodium,potasium,
vitamin A dan C,magnesium serta zink.

3.Di dalamnya terdapat sejenis bahan yang dikenali sebagai
lactucarium di mana ia bertindak sebagai sedatif.

4.Daun salad juga mempunyai karotin,seraf dan air yang mana ketig
a-tiga
 bahan tadi dikatakan mampu menghilangkan rasa dahaga
selain membantu untuk melancarkan sistem pernafasan.

5.Kajian turut menunjukkan bahawa daun salad berupaya mengurangkan
paras gula di dalam badan,mencegah kanser,mengubati diabetis,gout,penyakit
jantung serta membaiki sistem penghadaman.
 
Itu antara manfaat daun salad. So korang cuba la untuk menikmati daun
salad ye. Daun salad keluarkan angin dari badan. So apa tunggu lagi,
 pakat terjah pasaraya beli salad.. Hehehe..
 
 
WASSALAM

Jumaat, 1 Mei 2015

Selamat Datang May



Assalamualaikum
 
 
Selamat datang May..

Bulan yang dinanti nantikan oleh aku..
Kebanyakkan my kesayangan tarikh penting diorang bulan May.. Tak sabar aku nak menyambut tarikh2 penting tuh.. Especially Mr.Kay my Babu & my lovely mummy.. Sebelum tarikh penting diorang aku dah plan dan fikir macam mana nak celebrated hari diorang.. Hadiah aku dah servey awal2 hehehehe.. Biarlah rahsia.. Nanti tiba masanya aku gitaw ape hadiah tuh yang penting hadiah tuh taklah mahal sangat tapi mungkin dia bermakna bagi my mummy n Mr.Kay♥..
Lama sangat aku tak mengupdate blogger nih sebab tiap kali nak update aku pakai lappy so aku busy sangat so tak boleh nak hadap lappy sangat. So nasib laa ada orang bagi suggestion dekat aku bahawa update pakai je android..
So hari nih 1 May aku dah start update dengan android.. Sangat kuno sebab dulu dah terfikir tapi tak pandai nak buat macam mana nak update guna alah nih.. So jangan gelak ekk.. Kang tak pasal2 kena pelempang sepak terajang aku..
Hehehe gurau je.. Dah memang biasa kalau asyik sibuk kita tak dapat fikir benda yang simple2 nih.. Hehehe.. Okaylaa setakat tuh jah laa aku boleh merapu..
 
 
WASSALAM

Jumaat, 13 Mac 2015

Thanks MR.KAY

 
 
 
Assalamualaikum..
 
Thanks Mr.Kay a.k.a My Babu. Love You So Much.
 
 
 
 
WASSALAM
 
 
 

My Birthday

 
 
Assalamualaikum
 
Banjir besar di negeri KELANTAN baru - baru ini rupanya petanda besar
kesedihan... awan terlebih dahulu menangis kerana mengetahui
akan hilangnya seorang ulama hebat...
bumi pula menerima air bagi membersihkan dirinya bagi menerima jasad seorang
ulama hebat... moga tenang roh beliau disana...
ketepikan isu politik... kita saudara seislam...
Al-fatihah buat Tok Guru Nik Aziz (Bekas Menteri Besar Kelantan)
 
 
******************************************************************************
 
 
Okay berbalik kepada topic aku dekat atas tuh.
Aku mengucapkan terima kasih kepada my family, kawan - kawan,
saudara - mara dan tak lupa jugak My Babu.
Ucapan dan doa kalian amat bermakna bagi aku. Mudahan doa kalian dimakbulkan
oleh Allah S.W.T. Sempena birthday aku yang ke 22 tahun My Babu telah beri kejutan
buat aku. Sangat sweet tapi kadang - kadang tuh adalaa jugak perasaan
marah kat Babu sebab ketika hari istimewa aku, dia tiada disisi aku kerana urusan
kerjayanya. Tapi tak ape asalkan dia ingat birthday aku. Pada 12/2/2015 My Babu
bawak aku jejalan or window shopping + shopping laa jugak dekat KBMall.. Katanya hadiah birthday aku.
 
 
 
Next week saudara mara aku pulang sempena Hari Raya Cina.
So time tuh laa family aku meraikan birthday aku.
Tak sabar rasanya nak tunggu next week.
 
***************************************************************************************
Tangan aku dijadikan ujikaji oleh Babu.
 
 
 
 
***********************************************************************************
Sekolah tahfiz di Negeri Kelantan. Dalam proses pembinaan.
Aku juga melawat ke sekolah tahfiz itu.
 
 
 
 
 
 
 
 WASSALAM
 

 


♥ Sila Klik Kat Sini ♥