♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Sabtu, 31 Mei 2014

Kerja - Kerja



Assalamualaikum








Cuti semestar Biela isi dengan bekerja di syarikat Fez Travel Sdn bhd. Dengan itu, cuti Biela tidak diisi dengan perkara yang bukan2.. 

WASSALAM

Jumaat, 25 April 2014

Khas Untuk Wanita



Assalamualaikum

Baca ini.. Tak nak merepek banyak - banyak..  -__-

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugasan pejabat dan tugasan tetap di rumah, wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian.

 Dalam kesibukan seharian, wanita perlulah mencuri sedikit masa untuk 'merawat,
menjaga dan memanjakan' diri sendiri. Semoga sedikit tips di bawah dapat
membantu korang para wanita terutamannya yang berusia 30 tahun ke atas mengekalkan
kesihatan dan keterampilan diri.



1. Diet dan makanan tambahan
Pengambilan makanan seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obiseti dengan mengambil makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.

2. Pengambilan makanan tambahan
Pengambilan Vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Lain-lain makanan tambahan adalah termasuk Selenium, Vitamin C, Beta-Kerotin, L-Cystein. Asid Folik, dan Zink.

3. Penggunaan DHEA
DHEA (DEHYDROEPIANDROSREONE) dikatakan hormon untuk awek muda. Ia dapat merangsang sistem imunisasi. DHEA iaitu hormon androgen dihasilkan oleh pundi adrenal. Korang perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil hormon.

4. Senaman
Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan imuniti.

5. Waktu tidur   
Tetapkan waktu tidur. Ia dapat mendisiplinkan diri korang untuk mendapat rehat secukupnya. Tandanya, korang akan berasa segar apabila bangun pagi.

6. Pengambilan air yang cukup
Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Banyakkan meminum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 85 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang cukup dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

                                             7. Penampilan diri menarik                                               
Korang haruslah bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Korang boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang bersesuaian dengan korang.
                                                          
8. Penggunaan pelembab dan pelindung matahari
Korang perlu mengenakan pelembab pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan korang.

                                          9. Elakkan bermekap tebal                                                   
Wanita terutamanya yang berusia 30 tahun ke atas seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan bedak asas yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita dalam usia sebegini nampak lebih tua dan garang.

10. Penggunaan produk herba
Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih yang dikatakan dapat mencegah dari demam selsema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Selain daripada jenis-jenis herba yang telah disenaraikan sebelum ini, terdapat herba-herba yang lain khusus untuk penggunaan kaum wanita.

Antaranya ialah; Pueraria Mirifica, Pueraria Lobata, Labisia Pumila (Kacip Fatimah), Trifolium Pratense (Red Clover Flower), Cimicifuga Racemosa (Black Cohosh Roof), Taraxacum Monglicum Compositae (Dandelion) dan Angelica Sinensis.


 WASSALAM



Khamis, 24 April 2014

Terapi Pernafasan Untuk Sakit kepala Dan Keletihan



Assalamualaikum


Biela mahu kongsi sikit. 
Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja. Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress. Terapi ini amat mudah dilakukan.



1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

3.  Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh .

4.  Jika korang merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, korang akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah .

6.  Apakah korang pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, korang akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, korang akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

7.  Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh korang akan sangat tenang

WASSALAM



Sabtu, 19 April 2014

Syukur



Assalamualaikum

Pertama sekali Biela mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Biela masih bernyawa dimuka bumi ini. Lama sudah Biela tidak mengupdate blog, bukan apa 
Biela sibuk sikit di awal semester nie. Ada beberapa perkara terjadi sepanjang Biela tidak mengupdate blog nie. Biela tidak dapat update blog sebab Biela  *lupa* password 
nak sign in blogger.. hewhew.. Sekarang Biela dah dapat sign in, bolehlah update blog. 
Pada 8 February, umur Biela telah cukup 21 tahun. Orang pertama yang wish dekat
 Biela sudah semestinya Kay.. Korang mesti tahu bagaimana kekasih korang wish 
HAPPY BIRTHDAY kan.. macam tu jugaklah Kay wish. 
*Imbas kembali*.. 
 
Sepanjang hubungan Biela dengan Kay sudah beberapa kali ada seseorang yang 
ingin porak peranda kan hubungan kitaorang. Tetapi malangnya, orang itu
 tidak dapat pisahkan kitaorang dan tidak dapat porak peranda kan 
hubungan kitaorang. Orang itu telah melaga-laga kan Biela dengan Kay.. Kitaorang 
hampir-hampir nak menamatkan hubungan yang telah dibina.. 
Orang itu sangat tidak berhati perut, sedangkan orang itu kawan baik kitaorang sendiri. Nasiblah Biela dengan Kay berbincang secara baik..
 Kay tidak suka or tidak mudah percaya dengan citer yang bukan-bukan. Kay sanggup berbincang sebelum bertindak. Sikap itu menunjukkan 
Kay seorang yang matang.. Ooppss !!! *puji kekasih hati sendiri pula*.. Biela berharap 
kawan Biela tu akan berubah. Berharap sangat.. 
Semoga jodoh Biela dengan Kay berpanjangan hingga ke akhirnya. Amiinn !!! 
Pelbagai dugaan yang telah kitaorang hadapi dengan tabahnya. 
Dalam perhubungan kepercayaan diantara satu sama lain amat penting. 
Oleh itu, pupuklah dari awal perhubungan agar hubungan kekal 
walaupun ditimpa pelbagai masalah.

WASSALAM

Khamis, 16 Januari 2014

Tip Dan Trip Untuk Si GEMPAL



Assalamualaikum

Tip dan Trik untuk SI GEMPAL

1)    Pakai pakaian yang muat-muat dengan badan. Jangan terlalu ketat dan 
jangan terlalu longgar. Hal ini kerana baju yang ketat akan menampakan 
kelemahan korang, manakala baju yang besar pula menampakkan korang 
lebih besar berbanding saiz yang sebenar.

2)    Jangan dan elakan memakai pakaian yang mempunyai kualiti kain yang 
merengang. Ia akan dilihat seolah-olah melekat di badan korang dan bakal 
mempamerkan segala isi yang tidak mahu dilihat. Carilah fabrik yang lembut 
seperti kapas, sifon mahupun linen.

3)    Bagi yang berkeyakinan, pakailah kasut tumit tinggi. Ia membantu korang 
untuk kelihatan lebih tinggi sekaligus nampak lebih langsing.

4)    Jika korang sukakan warna-warna yang terang, gunakan ia pada aksesori 
seperti tali pinggang, kasut, beg topi, warna lipstick, warna cat kuku ataupun 
aksesori perhiasan. Warna terang ini boleh memberikan tumpuan pada mata
 yang memandang korang.

5)    Jaga postur badan korang agar tidak bongkok. Cuba berdiri tegak di hadapan 
cermin dalam posisi mendada, korang akan lihat diri korang lebih tinggi 
berbanding biasa. Jika berjalan, postur badan perlulah tegak dan jalanlah 
dengan penuh yakin.

6)    Pakai baju berbelang vertical untuk menampakan tubuh lebih langsing 
dan ilusi lebih panjang. Jika bercorak pula, pilih daripada motif flora 
kecil yang comel.

7)    Jangan pakai pakaian yang mempunyai dua tona warna yang amat
 berbeza kerana ia akan menampakan tubuh kamu seperti terbelah hingga
 memberikan ilusi pendek dan gemuk yang berganda.

8)     Elakan daripada memakai seluar ataupun skirt yang berwarna cerah
 kerana ia akan membuatkan bahagian bawah korang kelihatan besar. 
Nanti, badan korang akan kelihatan tidak seimbang.

9)    Jangan pakai pakaian yang berlapis-lapis. Cukuplah sekadar blaus yang 
cantik dan seluar denim. Yang sesuai dengan bentuk badan korang. 
Jika korang mahu mengenakan cardigan apa kata pakai material kain yang
 ringan dan tidak terlalu ketat.


10)  Pakailah sesuatu mengikut usia korang. Jangan pakai pakaian yang 
bercorak agak ‘berusia’  ataupun terlalu ‘muda’. Cita rasa amat penting 
dalam pemilihan dan jika korang tidak yakin, apa kata ajaklah teman
 kamu teman sekali..

WASSALAM

Selasa, 14 Januari 2014

Bina Semangat Semester Baru



Assalamualaikum


      KATA-KATA SEMANGAT
Minta ibu dan ayah sentiasa mendoakan korang agar dapat memulakan langkah pembelajaran baru agar lebih bersemangat. Doa dan kata-kata daripada ibu bapa merupakan ubat paling mujarab bagi korang untuk berjaya. Minta mereka agar berikan korang galakan agar korang dapat memberikan keputusan yang terbaik setelah habis belajar kelak.

      NOTA RINGKAS

Awal sesi pembelajaran, jangan saratkan otak dengan nota-nota yang berat. Buat nota ringkas agar otak korang dapat menerima input pelajaran secara pelahan-pelahan. Kemas dan susun segala nota yang tidak di perlukan lagi. Atur strategi pembelajaran bersesuaian dengan jadual korang agar tidak bertindan dengan aktiviti lain.

      HIAS MEJA BELAJAR
Berbulan lamanya korang bercuti pasti meja belajar penuh dengan habuk dan kekotoran. Apa kata seiring dengan semester baru ini, korang kemaskan meja belajar secantik yang mungkin menggunakan kreativiti korang. Nak lebih menarik, jangan lupa letakan sekali gambar korang bersama keluarga atau teman-teman rapat di meja sekali ya

      CARI KAWAN
Tentu pensyarah sudah memberikan tugasan secara berkumpulan kan ? jadi, apa kata korang senaraikan nama kawan-kawan sekelas yang boleh di jadikan pasangan korang dalam kumpulan tersebut agar kerja-kerja yang melibatkan kumpulan ini berjalan dengan lancar. Ini kerana markah korang semua akan bergantung kepada kerjasama yang di lakukan sepanjang sesi semester itu.

      PASANG AZAM & MOTIVASI
Tanamkan dalam minda korang sikap optimis dan buang sikap malas sekirannya korang ingin berjaya dalam pelajaran. Sekirannya korang sentiasa memotivasikan diri dan berazam tinggi, segala kerja yang korang lakukan pasti berjaya tidak kira di mana sahaja korang berada.

WASSALAM


♥ Sila Klik Kat Sini ♥