♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Jumaat, 13 Mac 2015

Thanks MR.KAY

 
 
 
Assalamualaikum..
 
Thanks Mr.Kay a.k.a My Babu. Love You So Much.
 
 
 
 
WASSALAM
 
 
 

My Birthday

 
 
Assalamualaikum
 
Banjir besar di negeri KELANTAN baru - baru ini rupanya petanda besar
kesedihan... awan terlebih dahulu menangis kerana mengetahui
akan hilangnya seorang ulama hebat...
bumi pula menerima air bagi membersihkan dirinya bagi menerima jasad seorang
ulama hebat... moga tenang roh beliau disana...
ketepikan isu politik... kita saudara seislam...
Al-fatihah buat Tok Guru Nik Aziz (Bekas Menteri Besar Kelantan)
 
 
******************************************************************************
 
 
Okay berbalik kepada topic aku dekat atas tuh.
Aku mengucapkan terima kasih kepada my family, kawan - kawan,
saudara - mara dan tak lupa jugak My Babu.
Ucapan dan doa kalian amat bermakna bagi aku. Mudahan doa kalian dimakbulkan
oleh Allah S.W.T. Sempena birthday aku yang ke 22 tahun My Babu telah beri kejutan
buat aku. Sangat sweet tapi kadang - kadang tuh adalaa jugak perasaan
marah kat Babu sebab ketika hari istimewa aku, dia tiada disisi aku kerana urusan
kerjayanya. Tapi tak ape asalkan dia ingat birthday aku. Pada 12/2/2015 My Babu
bawak aku jejalan or window shopping + shopping laa jugak dekat KBMall.. Katanya hadiah birthday aku.
 
 
 
Next week saudara mara aku pulang sempena Hari Raya Cina.
So time tuh laa family aku meraikan birthday aku.
Tak sabar rasanya nak tunggu next week.
 
***************************************************************************************
Tangan aku dijadikan ujikaji oleh Babu.
 
 
 
 
***********************************************************************************
Sekolah tahfiz di Negeri Kelantan. Dalam proses pembinaan.
Aku juga melawat ke sekolah tahfiz itu.
 
 
 
 
 
 
 
 WASSALAM
 

 


Jumaat, 30 Januari 2015

Barang Sudah Ada


 
Assalamualaikum
Aku happy sangat sebab barang yang aku order dah sampai
So sampai kat umah semalam terus bukak and belek2 jugaklah
so aku berpuas hati hehehehe
 
Disebabkan aku teruja sangat dengan barang yang aku order tuh sempat jugaklah aku
snap gambar nak buat kenangan dalam blog ku ini..
Paling aku tak sabra, aku nak bagi dekat My Babu.. Aku harap Babu sukakanya.
 

 


 
 


 
Itu sahaja untuk pagi jumaat yang mendung ini. Huhuhu..
Sekarang mahu buat assignment. Minggu lepas aku hadapi presentation individu
dengan jayanya. Assignment pun aku hadapi dengan tabah. Test pun dengan baik sekali.
 
WASSALAM
 

Jumaat, 23 Januari 2015

Akibat Cuti DEMAM

 
 
 
Assalamualaikum
 
Hari Selasa, Rabu, Khamis aku MC ini bermakna aku tidak masuk kelas pun untuk tiga hari. Tetapi semalam tetiba je aku tanya budak classmate aku 'Ana, ada kerja ka ??? ', 'Zeity ada banyak tak yang kena present ke apa ke ???'. Diorang semua reply mesej aku dan gitaw yang assignment banyak, present banyak, test pun banyak jugak.. Tetiba rasa nak cuti untuk satu bulan untuk buat semua tuh..
Semua kerja tuh aku kena siapkan hari ini, sebab esok aku ada date nga my Babu. Sebab dah janji kot dengan dia minggu lepas. Minggu lepas aku lupa, so aku janji minggu nih. Tak tahu la pulak kerja berlambak nih.
 
 
Semalam ada jugak mengadu dekat my Babu yang aku ada banyak kerja, yang dia mampu cakap 'buatlaa slow2, nanti hari sabtu kita keluar saya tolong awak buat.' . Lepas tuh dia ada cakap makan ubat banyak2 supaya cepat sembuh. Kalau telan ubat banyak2 kalau boleh sembuh sekelip mata kan best dan rasa ubat pulak macam rasa vanilla ka, strawberry ka apa ka kan best. *Berangan*
 
 
Okaylah tak dapat aku nak panjangkan entry nih, sebab aku nak buat assignment, kena hantar hari Ahad. Selalunya lecture bagi je masa untuk orang yang ada MC nih buat kerja dan hantar lewat. Takdelaa lewat sangat. Kalau student lain kena hantar hari Ahad, aku kot2 hari Selasa. Jadual aku untuk minggu depan padat giler kot.
 
 
So tips untuk orang yang ada MC nak hantar kerja ke apa ke lewat, orang itu kena laa pandai memujuk, dan orang itu kena lahh pandai bermain kata, serta mesra atau rapat gitew. Bila dia bagi masa untuk hantar lewat cakap 'terima kasih puan/tuan sebab bagi masa untuk saya siapkan kerja'. Mudahkan.. Okaylaahhh mintak diri duluh.
 
 
WASSALAM

Khamis, 22 Januari 2015

Kejutan Untuk Kesayangan

 
Assalamualaikum
 
Sejak kejadian banjir yang melanda Kelantan dengan teruk aku tidak dapat nak mengupdate blog. Tapi alhamdullilah semuanya selamat walaupun harta benda banyak yang termusnah. Selepas kejadian banjir itu Mr.Kay bagi something dekat aku.
Bila dapat benda tuh dari dia happy sangat sangat.
Thanks Ya Mr.Kay or my Babu..
 
 
 
Love you damn much !!!
Huhuhu ... Gedikkkkk
Okay berbalik kepada topik atas tuh aku nak gitaw yang aku nak buat surprise to my Babu..
Aku buntu tak tahu nak bagi hadiah apa.. Fikir punya fikir.. Adalaa
dua kali my Babu cakap yang dia suruh aku belanja beli perfume dekat dia. Satu lagi
dia juga suruh aku temankan dia beli wallet. Tapi aku taknak temankan dia.
Dia cakap kalau aku taknak temankan dia, dia taknak beli wallet.
Masa kat dalam kereta aku
ternampak dalam dashboard yang belt dia tak berapa comel (rosak kemungkinan).
So aku ada order 1 Set lengkap (belt,wallet and perfume) harga berpatutan.
Ada yang menarik tentang set yang aku order nih iaitu Dunhill Perfume Desire Red.
Perfume mungkin favourite my Babu kot (tak amik tahu pun) tapi
aku yakin perfume favourite
dia sebab kat dalam kereta mesti ada perfume tuh.
 
 
 
My Babu juga ada nak pakai baju Hackett.. So aku beli satu untuk my Babu.
Tak sabar nak tengok my Babu pakai baju tuh..
Masa dia suruh aku belanja dia beli perfume, temankan dia pergi beli wallet dan
dia ada cakap nak pakai baju Hackett tuh aku buat muka selamba buat bodoh
macam tak tahu pun
benda yang dia cakap tuh penting. Dalam hati aku 'Ya, nanti sayang beli untuk Babu ek'..
So aku terpaksa korbankan duit ku untukmu sayang. Sebenarnya birthday
my Babu lambat lagi tapi
hadiah yang aku nak bagi nih hanya untuk menggembirakannya atau dengan kata lain
gantikan barang yang lama dengan yang baru.
Tunggu ya Babu nanti hadiah ini akan sampai dekat Babu.
Aku baru je order. Nak letak gambar takde. Aku dah delete.
Aku ada juga bercadang nak beli Cap untuk my Babu. Dia suka sangat pakai Cap.
Tapi tak tahu nak beli kat mana Cap. Nak Cap yang macam army gitew.
Aku nak research laa kot2
ada jumpa yang berkenan di hati. Kalau ada sape2 taw kat mane jual Cap
please inform okay.
Bubyee !!!
 
WASSALAM
 

Ahad, 9 November 2014

Barang Murah @ Mahal



Assalamualaikum
Hye semua.. Malam2 nih rasa nak ngepost entri plak.. Bukan apa tangan nih rajin nak menaip.. Lau ikutkan badan nak je tidur.. *Awalnya tidur..huhu sebab esok pagi nak gi service kereta, taw tak*..
 
Siang tadi aku kemas bilik sebab banyak benda berselerak takde laa selerak mana pun. Masa tengah kemas tuh ternampak laa barang yang aku beli tempoh hari. Barang yang aku beli tuh takde la mahal pun tapi bagi aku mahal atau murah lain cerita janji cantik, sesuai untuk aku, dan kualiti okay. Cuba korang fikir kalau barang tuh mahal korang pakai sekali dua je kan tak sampai pun setahun kan. Lepas korang pakai korang buang. Bukan ke namanya membazir. Tapi kalau barang yang murah pulak, bila korang pakai selama lebih kurang sebulan laa tetiba rosak korang boleh beli yang lain. Tak membazir namanya tuh. Ini tak beli yang mahal, tengok kawan pakai barang baru terus buang yang sedia ada dan beli yang baru. Hiishh !! Membazir itu amalan syaitan okay.
 
Jom tengok barang apa yang aku beli untuk digunakan ke kelas nanti. *Sekarang nih aku cuti, minggu depan maybe aku dah boleh ke kelas*

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Shawl merah nih kalau pakai macam gambar kat bawah tuh
 
 
Hahahaha.. Nih laa barang yang aku beli. Barang nih semua aku beli masuk bulan November 2014.
Huh.. Thanks to my mummy sebab sedikit sebanyak menyumbang kepada pembelian aku nih. Sayang my mum sangat2. Laa nak berkasih saying dengan mummy plak dah.. Okaylah makin lama aku kat sini makin mengarut tangan aku menaip dan makin menyampah korang dengan aku nanti. Okay Geniteee..
 
WASSALAM
 

Sabtu, 8 November 2014

Jatuh Cinta Dengan Dnars

 
Assalamualaikum..
Pada pagi ini hujan turun renyai - renyai wahh bestnya tidur..
Aku ada nak kongsi dengan korang nih.. Pasal Dnars..
Pada petang semalam aku terbaca tentang Dnars nih teruiihh jatuh cinta..
Semalam juga aku telah order Dnars dengan Kak Ain.. Tak sangka pula Kak Ain nih merupakan senior aku kat sekolah dulu.. Kak Ain pun pakai Dnars wahhh nampak comey dan ayu giteww Kak Ain..
 
Kawan kuliah aku pun pakai Dnars juga.. Mukanya Nampak berseri gitew.. Sape tak jeles oii bila muka kawan kita yang berseri lepas tu ada yang puji takkan kita kat sebelah taknak dipuji kan. Aku bukan nak cakap aku suka dipuji dan mahu dipuji tapi at least ada yang cakap 'wah kulit kau cantik la'. Hahahah.. tu bukan macam *mengharapkan pujian ek ???? .. Okayy2.. Aku taknak riak, ego and sombong okay.
 
Orang perempuan nih semua nak cantik kalau boleh dia lah paling cantik, paling hot, and semua paling lah.. Kulit aku kuning langsat.. Kekadang susah juga nak pakai make up sebab bagi aku laa kekadang benda yang simple jadi susah. Sebagai contohnya, pakai foundation bila dah tepek kat muka bila tengok muka kat cermin aku selalu cakap macam nih 'macam tak sesuai je'. Padahal sebelum beli foundation aku dah tanya dekat jurujual or mak andam or kawan2 aku yang suka make up nih tapi hasilnya tetap macam tuh.. Taknak laa dekat muka lawa je tapi bila tangan aku nak betulkan tudung ke Nampak perbezaan kat situ. Tangan warna kuning langsat tapi muka fuhhh kiut miut.. Taknak laa kan macam tuh. Malah kawan aku yang tolong make up aku pun, aku tengok tak sesuai pun. Padahal pada pandangan orang lain muka aku dengan tangan okay je. Tak de perbezaan. Mungkin aku kot yang rasa gitew.
 
Okay lahh tak sabar aku nak tunggu Dnars sampai depan pagar rumah aku. Kak Ain cakap barang tu akan sampai minggu nih. So. mudah mudahan Dnars sampai dengan selamat.. Hikhikhik.. terover pulak.. Okaylahh entri aku taknak lah panjang2 sangat.. Okayy bhaiiii
 
WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥