♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Ahad, 9 Oktober 2016

8 + 2 Cara Mudah Untuk Kurus

Assalamualaikum

Harini nak kongsi mengenai diet dan cara untuk kurus. Dekat sini aku kongsi 10 cara semuanya. *Semangat tetiba nak update blog. Jom !!!!

1. Air Masak Nombor Satu. Tidak menjadi kesalahan untuk kita minum jus atau kopi ketika bersarapan. Tetapi selepas tamat sahaja tempoh itu, jadikan air masak minuman utama kita. Elakkan minum minuman yang manis.

2. Makan 5 - 6 Kali Sehari. Jangan salah faham. 5 - 6 kali makan tu bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Satu hidangan yang dibahagikan kepada dua boleh membuatkan kita kurang 30% pengambilan makanan. Membahagikan sarapan kita kepada dua bahagian boleh mendorong kita untuk makan sedikit ketika makan tengahari. Badan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan 45 Minit Sehari. Dengan hanya berjalan lebih kurang 45 minit sehari (tanpa melakukan senaman sekalipun), kita mampu menurunkan berat badan. Bukan sedikit, tetapi hampir 13kg dalam tempoh setahun tanpa kita sedari. Hebatkan !!!

4. Banyakkan Warna Biru. Maksudnya disini ialah warna biru menghalang selera untuk makan. Tidak hairanlah mengapa restoran tidak memilih warna ini untuk menghiasi ruang mereka. Untuk mengurangkan selera makan, apa kata kalau kita gunakan alas meja rona biru ? Kemudian, elakkan penggunaan warna merah, oren atau kuning kerana rona - rona ini mencetus rasa lapar.

5. Jangan Simpan Si Besar. Kalau kita sudah kurus tahniah !! Segeralah buang semua pakaian lama kita yang sudah gelebeh itu. Menurut pakar psikologi, apabila kita sudah kurus, kita harus membeli pakaian baharu. Rasa ini akan menjadi pendorong untuk kita terus mengekalkan berat badan sekarang.

6. Makan Dengan Pinggan Kecil. Kita akan makan lebih banyak jika pinggan yang kita gunakan besar. Sebenarnya pinggan besar akan membuatkan kita makan secara lebih tanpa mengira tahap kelaparan kita. Kita cenderung untuk makan apa sahaja yang ada di hadapan mata. Oleh itu, penggunaan pinggan kecil amat disarankan supaya kita tidak makan lebih banyak.

7. Banyakkan Pengambilan Bijirin. Pengambilan bijirin sebanyak 5x seminggu boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetes. Ambillah bijirin ketika bersarapan kerana ia membekalkan tenaga secara pantas. Bijirin mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

8. Makan Bila Lapar. Kedengaran remeh tetapi kebanyakan orang cenderung untuk makan setiap masa ! Mungkinkah kita asyik mengunyah sepanjang hari ini ? Jika ya, nampaknya kita tidak mengamalkan gaya makan yang sihat. Untuk tahu sama ada kita makan kerana lapar atau nafsu, elakkan mengambil makanan yang kita idamkan.

9. Bertenang Ketika Makan. Otak manusia lewat hampir 20minit untuk mendapat isyarat kenyang. Seeloknya, makanlah perlahan - lahan kerana otak kita berpeluang untuk memproses isyarat kenyang dan membuatkan kita lebih bersedia untuk berhenti makan.

10. Seronok Makan Buah. Daripada menikmati jus buah, lebih baik kita makannya secara segar. Buah - buahan yang dimakan terus memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding menikmatinya sebagai jus. Minum akan menyebabkan kita kurang makan dan lebih mudah untuk mengambil nakanan lain, yang mungkin tidak sihat dan menggemukkan.

Nah, sekarang macam mana ? Jomlah ikuti 10 cara mudah untuk kurus ni. Janji kita perlu konsisten. Selamat mencuba !!

Wassalam

Jumaat, 7 Oktober 2016

Mulakan Perniagaan Online

Assalamualaikum

Lama sangat aku tak update blog. Boleh tak bagi tips dekat aku, macam mana nak update seminggu sekali ke apa ke. Macam ni laa bila malas menguasai diri. Bila baca je blog orang lain okay je, tetapi datang pulak perasaan jeles sebab aku malas nak update blog. Korang rajin je update. Hhmm.. berbalik kepada entry aku dekat atas tuh. Sekarang aku dah start menjalankan bisness online. Baru je nak mula, so korang doakan aku ek. Mudahan budak baru macam aku nih kuat macam hakak2 abang2 kat luar sana. Kalau korang tak keberatan share laa sikit ilmu perniagaan ke ilmu rajin ke ilmu apa sahaja untuk budak macam aku nih. Hihihi. Tu je nak beritahu.

Wassalam

Rabu, 11 Mei 2016

Hanya Mampu Ucapkan

Assalamualaikum
Sebelum aku meneruskan mengupdate blog, terdahulunya aku ingin menghulurkan kemaafan kepada pembaca sekalian kerana aku kurang aktif dalam penulisan blog. Masa itu emas, kalau aku update pun benda yang penting sahaja. Kalau benda yang merapu rapu ni aku tak sempat kot nak update hihihi.. Okay tajuk entry pun dah ada so aku nak fokus kepada tajuk asal aku itu laa.
Tahun ni kurang happy sangat apabila tibanya tarikh 12/5 kerana tarikh ini merupakan tarikh birthday kesayangan aku iaitu Mr. Kay. Sekarang dia bekerja di Selanggor. Kalau tahun lepas aku prank dia dengan tepung, tahun ni susah sikit nak prank bagai ni sebab berjauhan. Sebenarnya aku dah plan awal2 nak 'surprise delivery' tapi aku dah dibagi warning oleh Mr. Kay. Alasan dia jangan membazir simpan duit. Aku pun batalkan niat nak surprise delivery tu.
Banyak sangat pengorbanan dia untuk aku selama ni. Terima kasih Mr. Kay atas semua jasa - jasa awak. Saya ucapkan Happy Birthday To You dan saya doakan semoga segala impian awak tercapai, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat serta segala amalan awak diterima olehNYA. Haha, dan yang paling penting kita sama - sama doakan agar impian kita untuk membentuk kehidupan bersama tercapai. Amiiiin. InsyaAllah !!!. Sekian itu sahaja untuk entry kali ni. Aku hanya update entry sekali setahun kot. Kan aku dah gitaw tadi, kalau entry yang tak penting aku tak update memboringkan je. Okayla. Thanks.
Wassalam

Rabu, 24 Februari 2016

Ditinggalkan Oleh Kesayangan

Assalamualaikum
Maksud ditinggalkan disini ialah bukan bermakna putus atau sewaktu dengannya, tapi ditinggalkan atas urusan kerja. Mr.Kay tinggalkan aku atas urusan kerja. Dia dapat kerja di Selanggor, itu bermakna cinta jarak jauh laa jawabnya. Awal bulan 3, dia akan berangkat ke sana, pasti aku merindui Mr.Kay. Rasa berat hati nak bagi Mr.Kay pergi tapi takpelah ini untuk masa depan aku dan Mr.Kay nanti. Sekarang ni aku dan Mr.Kay kena kuat harungi dugaan dan cabaran. Aku dapat berita yang dia dapat pergi Selanggor semalam. Semalam jugakla aku macam tak ada mood nak berbual dengan dia melalui telefon, nak chat pun tak nak sebab aku taknak buat Mr.Kay berat hati untuk tinggalkan aku dan aku jugak taknak tunjuk kesedihan aku kepadanya. Aku mesti kuat. Selama kenal dengan dia, kami tak pernah tinggal jauh. Kalau jauh pun dia dirumah mama dia dan aku dirumah mummy aku. 2 minggu sekali kitorang 'ngedate'. Almaklumlah dia kerja dan aku pun kerja jugak. Sekali jumpa mesti sekejap je, just keluar untuk makan. Aku menghitung hari Mr.Kay nak tinggalkan aku. Entry ni ditulis dari tarikh 23/2/2016 (Selasa).. Lepas tu dok simpan dalam draft. Krik krik krik..
Wassalam

Khamis, 18 Februari 2016

Peluang

Assalamualaikum

Maaf sebab lama sangat tak update blog. Kadang2 kena ikut mood jugak. Sory!
Aku dah tahun akhir dalam bidang BBA (HONS) INTERNATIONAL BUSINESS. Aku ambil bidang ni sebab aku minat dalam business. Kebanyakkan big family aku ada business sendiri walaupun kecil dan ada juga yang kerja kerajaan tapi buat business. Kira part time la. Sekarang ni kita dah tak kisah kerja apa pun janji duit yang masuk tu halal. Aku sendiri pun kalau diberi kesempatan untuk bekerja, aku akan bekerja tapi di samping tu aku nak buat business aku sendiri. Aku berkira2 nak buka butik. Itu sebahagian daripada impian aku. Minat tu datang tanpa diduga. Alkisahnya macam ni, aku suka sangat beli shawl or pakaian dalam online dan ada juga pergi ke gedung2 pakaian or Mall. Dalam aku sibuk nak beli online, aku tolong member jual shawl or tudung lama2 ada juga terniat dihati nak jual shawl dekat member kuliah, housemate, roomates aku. Aku pun try jual alhamdulilah hasil aku jual shawl dan pelbagai lagi tudung tu membuahkan hasil. Member yang borong dari aku pun ada, sungguh tak sangka. Aku jual tudung or shawl dapat sambutan dan sokongan dari family aku terutama my mummy dan Mr.Kay. Mr.Kay banyak bagi tips untuk aku mrmulakan business secara kecilan. Sehinggalah sampai satu tahap tu aku tetiba giveup sebab banyak complaint dari customer. Mr.Kay naikkan semangat aku dengan bagi nasihat or ceramah actually. Hahahaha.. So aku bangkit semula. So selagi peluang ada untuk berbisnes. Teruskan perjuangan mu wahai sahabat sekalian. Walaupun kita kaya teruskan berniaga. 

Wassalam

Jumaat, 15 Mei 2015

Happy Birthday To You Mr.Kay 3

 
 
Assalamualaikum
 
 
Pada petang ini seperti yang telah aku janji kan, aku ingin kongsi beberapa gambar
sambutan birthday Mr.Kay. Sambungan yang hari tu.
Pada 12 Mei 2015 aku telah bersepakat untuk kenakan Mr.Kay. Nasib kawan Mr.Kay
semuanya sporting untuk kenakan dia. Kawan dia cakap masa diorang baling tepung,
Mr.Kay agak terkejut dan cuba untuk melarikan diri namun tak berjaya. Kasihan
jugak bila tengok gambar Mr.Kay dikenakan. Ini idea aku laa ni. Hehehe..
 
 
Gambar ni diambil oleh Irwan iaitu kawan baik Mr.Kay. Gambar ni agak simple sebab
candid. Mr.Kay tak tahu pun gambar ini diambil. Ketika diorang kenakan Mr.Kay,
waktu ini senja lebih kurang pukul 6.30 petang.
Pada malam pula, aku gitaw Mr.Kay yang aku nak keluar makan dengan dia. So, dia datang
jemput aku. Aku pakai agak simple, sebab aku memang suka gaya yang
simple tapi feminin.
Masa kat dalam kereta kitorang berbincang nak makan kat mana.
Last2 makan dekat 'Selera Cik Siti'.
Menu kat sana best2 jugak harga juga berpatutan, so kitorang masuk dan order makanan.
 
 
 
Sementara menunggu makanan siap, kitorang selfie and welfie. Ni beberapa je laa
gambar yang aku letak kat sini. Kalau ikutkan aku nak je letak semua. Tapi takpe laa nanti korang boring pulak kan.
 
 
 
Sedang borak2 tetiba abang waiter datang membawa air. Aku minum air Jumbo
manakala Mr.Kay minum air Sirap Laici. Kering jugakla tekak. Mana tak kering kalau dah Mr.Kay buat lawak dan aku asyik gelak dan gelak.
 
 
Sirap Laici vs Jumbo
 

 
Selfie dengan air pun jalan. Tetiba pulak perut aku ni terasa lapar sangat. Nak je jerit
kat owner kat sini supaya kerahkan anak buah diorang buat kerja cepat sikit.
Padahal diorang buat kerja cepat dan pantas tapi aku ni lapar sangat rasa
nak makan je Mr.Kay kat depan ni.
 
 
Aku punya dah siapla Mr.Kay. Mana kau punya ni. Aiisshh nampak gayanya kena tunggu lagi laa ni. Mr.Kay pun dah lapar jugak. Haaaaa ni bukti. Dia makan yang kita punya.
 
 
 
Eiiii jangan makan laa yang kita punya ni. Kita lapar sangat ni. Bab sini yang kita punya.
 
 
Aku dah tak tahan sangat dah ni. Dari petang tak makan sebab nak kosongkan perut sebab
nak isi makanan western ni. Muka masam sebab lapar la ni. Mr.Kay candid ni. Tetiba
datang pulak mamat entah dari mana, aku tak nak amik tahu sebab mata asyik tengok kat
Chicken Chop Special Selera Cik Siti. Tetiba dia letak Lamb Chop Pulak. Haa ni mesti yang Mr.Kay punya.
 
 
Macam sedap je Kay yang awak punya. Nampak comel tapi saying saya tak makan yang ni.
 
 
Chicken Chop Special vs Lamb Chop
Kitorang makan dulu. Saat2 yang aku tunggu. Hhahaha..
 
 
Dah kenyang baru boleh selfie. Kenapa malam ni camera fon aku buat hal pulak.
So gambar tak cantik laa sangat.
 
 
Tak kisahlaa camera fon aku buat hal. Janji aku dapat merakam kenangan
birthday Mr.Kay.
 
 
 
Dah habis. So lepas tu kitorang balik.
Inilah detik2 aku menyambut birthday Mr.Kay. Mr.Kay cakap kek tak ada tak
apa janji boleh makan Lamb Chop.
Katanya mengidam sangat nak makan sebab orang belanja. Simple tak apa
janji boleh buat kesayangan kita tu macam dihargai. Eh betul ke aku cakap ni.
Maksud aku, kita hargai dia dengan sambut jugak hari istimewa dia,
simple tak apa okay !!!
Tak semestinya kita kena beli kek bawa kek bagi dekat dia.
Tu tak penting janji kita ada masa
untuk dia. Okay laa setakat tu je laa aku merepek.
Eehh bukan merepek tapi betul laa aku gitaw ni.
Sekian saja dari aku.
 
 
WASSALAM

Petua Miang



Assalamualaikum
 
 
Pada tengahari ini, ingin aku kongsi serba sedikit yang rumah aku dalam pemprosesan. Sudah beberapa minggu bila aku pulang je kat umah badan aku sering rasa miang. Rasa miang terjadi mungkin debu2 dari simen atau dari habuk kayu. Rasa miang tu tahan aku dibuatnya, so aku google la cari penawar untuk hilangkan rasa miang di kulit ni.
So petuanya ialah sebelum tu jom tengok gambar ni dulu.
 
 

 








 
Maka petuanya ialah korang pakai losyen yang macam berangin yang cool gitew. Ataupun
korang mandi dengan air sejuk dan ketika mandi sapu je scrub badan. Dengan itu juga,
daki dan kulit yang gelap juga boleh hilang. Sekian saja petua dari aku yang aku google.
 
 
WASSALAM
 

♥ Sila Klik Kat Sini ♥