♥ kELopAk BunGa BerGuGurAn ♥

Isnin, 15 April 2013

Lelaki Romantik Vs Perempuan Romantik



Assalamualaikum


Romantik !!!..Tak nak cakap panjang-panjang la.Entry kali nie tentang lelaki romantik
VS perempuan romantik.

Tanda-tanda lelaki romantik.

1.Lelaki romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya.Memegang konsep lady's first.
2.Lelaki romantik tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga.
3.Lelaki romantik selalu meminta maaf dengan ikhlas jika berbuat kesilapan.
4.Lelaki romantik akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berbicara.
Iaitu menjadi pendengar yang baik.(boleh jadi malu dan tak tentu arah *__* )
5.Lelaki romantik akan menganggap cinta adalah suci.
6.Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita.Tetapi sebaliknya
menjaga kehormatan wanita.
7.Lelaki romantik selalunya memeluk isterinya melebihi 7 kali sehari.
8.Lelaki romantik kerap kali memberi kejutan kepada pasangannya dengan kreatif dan bijak.
9.Lelaki romantik akan pandai memujuk ketika si dia merajuk.
10.Lelaki romantik akan menolong membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian dan sebagainya.
11.Lelaki romantik sering membeli hadiah apabila pulang dari outstation.Contoh memberi jambangan bunga.
12.Lelaki romantik akan bersikap matang dan tenang dalam menghadapi sesuatu masalah.
13.Lelaki romantik sentiasa peka dengan tarikh penting.Contoh tarikh ulang tahun perkahwinan.
14.Lelaki romantik lebih memahami perasaan seorang perempuan dan memberi lebih perhatian kepada si dia serta sentiasa ambil berat akan si dia.
15.Lelaki romantik memanggil pasangan dengan panggilan manja.Contoh sayang.
16.Lelaki romantik akan selalu mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.
17.Lelaki romantik akan bangun pada waktu malam dan menangis kepada si Pencipta.
18.Lelaki romantik menepati janji-janjinya.Bukan memungkiri janji.
19.Lelaki romantik berjalan dengan segak dan selalu memasukkan tangan dalam poket seluar ketika berjalan.(betul ke???..)
20.Lelaki romantik akan menjadi lebih romantik apabila menjadi diri sendiri.()



Tanda-tanda perempuan romantik.


1.Perempuan romantik akan memasak untuk pasangannya.
2.Perempuan romantik akan fokus pada si dia semasa berada di tempat awam.
(mata jangan meliar melihat lelaki yang lebih hensem).
3.Perempuan romantik akan berkorban untuk satu sama lain.
4.Perempuan romantik akan memberi senyuman yang ikhlas.
5.Perempuan romantik suka akan cerita korea,dan jepun.(betul ke tak?? )
6.Perempuan romantik akan membuat semua kerja rumah demi pasangannya.
7.Perempuan romantik ingin kelihatan cantik untuk pasangannya.
8.Perempuan romantik menjaga maruah keluarga,suami dan agama.
9.Perempuan romantik ingin selalu dibelai dan dimanja.
10.Perempuan romantik akan menjadi lebih romantik apabila menjadi diri sendiri.()


Lebih romantik jika kedua-dua pasangan menjadi diri sendiri dan kedua-duanya juga romantik.
Romantik tidak berlebihan dan mengada-ngada itu lebih baik.Lagi bagus sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk.

WASSALAM

Isnin, 8 April 2013

Makanan Terbaik Untuk Mata




Assalamualaikum



Hye..ermm..mata,mata,mata,dan mata serta mata.Okay faham !!! Mata merupakan organ yang
perlu dijaga.Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.


So dekat sini,hari ini,dan pagi ini serta sekarang ini Biela mahu kongsi mengenai tajuk di atas.
Makanan ini mudah didapati di Malaysia.Tetapi tidak diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Sesetengahnya tidak tahu fungsi makanan ini (makanan apa ya??..nanti ,tunggu !!)
Diorang nie just makan je tapi tidak tahu fungsinya.

Sekarang jom makanan apa yang Biela cakap tu..



Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards
Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat 
kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan.




Tiram (Oysters)
Tiram merupakan makanan yang kaya dengan sumber zinc. Kekurangan zinc dikaitkan dengan gangguan penglihatan, penglihatan yang teruk pada waktu malam dan masalah katarak.
Pengambilan nutrien ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi makular berkaitan umur (age-related macular degeneration) di mana sering terjadi pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas.
 Bagi mereka yang tidak menggemari atau alah kepada tiram,korang juga boleh mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan salmon, daging merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.


Aprikot
Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta carotene dan lutein adalah 
dari kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.
Secara fisiologinya, tubuh manusia menukarkan beta carotene kepada bahan yang lebih ringkas iaitu Vitamin A. Vitamin inilah yang berfungsi mengelakkan kerosakan sel dan tisu mata serta melindungi kanta dalam mata.


Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes)
Ubi keledek atau dikenali juga sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat Kelantan adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A.Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda lebih daripada keperluan Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren juga boleh dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi keledek.


Telur
Telur adalah satu lagi makanan yang kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan lutein.Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adalah tidak sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan caretonoids dari sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.


Gandum
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum berupaya memperlahankan degenerasi makular pada mata dan juga mengurangkan risiko katarak.Selain daripada gandum,korang juga boleh mengambil almonds, biji bunga matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter) serta ubi keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.

WASSALAM

Sabtu, 6 April 2013

Menghadapi Putus Cinta





Assalamualaikum





Sakittt nyerr !!!


Morning !!!!..Semua orang pernah merasai bagaimana putus cinta.Apabila korang putus cinta,bagaimana
perasaan korang??? Biela tahu mesti sedihkan.Tipula kalau korang tidak sedih.Jauh disudut hati korang masih menyayangi si dia.Untuk kembali pulih semula,kita memerlukan masa yang agak lama.

Putus cinta merupakan perkara normal yang terjadi kepada seseorang.Sebagai panduan,disini ada tips ringkas yang dapat memberikan penyelesaian.





Berdamai Dengan Rasa Kecewa 

Pada peringkat awal kekecewaan memang sukar dilakukan kerana bagi sesiapa pun masa putus cinta adalah
masa yang teramat sukar untuk dilalui dengan cepat.Daripada korang menangis dalam kesedihan,berdamai
dengan rasa kecewa itu dan mencari apa yang positif dari apa yang terjadi merupakan jalan yang terbaik.Setelah korang kecewa pasti ada bahagia yang menanti

Luangkan satu atau setengah jam bagi diri sendiri bertenang.Memang mula-mula sukar tetapi lama-kelamaan
ia akan terbiasa dan menemui semangat baru untuk terus menghadapi kekecewaan.

Gunakan Sebagai Pelajaran Berharga

Walaupun seteruk mana pun kekecewaan yang korang alami,mesti ada pelajaran berharga disebaliknya.
Korang menjadikannya pendoman untuk melangkah lebih baik lagi dimasa akan datang.Daripada
korang seksa diri sendiri,cara terbaik adalah tetap meneruskan kehidupan harian,menerima keadaan tersebut dengan ikhlas (boleh ke?? ) serta memaafkan bekas kekasih korang.

Berbicara Dengan Orang Yang Dipercayai

Daripada mereka,korang akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati yang sedang lara.So berbual la dengan orang yang korang percaya.Itu lebih baik daripada korang menangisi.putus cinta.
Seeloknya dengan orang yang lebih dewasa daripada korang.





Bermesralah Dengan Haiwan

Haiwan ??? Mesra dengan haiwan peliharaan korang.Haiwan kesayangan seperti kucing,arnab,
hamster dan sebagainya.Dengan itu,sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan dan kepedihan.
Mungkin haiwan kesayangan korang akan faham ..(Mungkin ??)

Menulis Surat

Jika korang benci sangat dengan bekas kekasih korang,tulisla semua kebencian korang di sehelai kertas.Jikalau tidak mencukupi tambah beberapa helai kertas untuk korang menulis kebencian korang.
(Benci sangat kan?? mesti banyak helaian kertas yang digunakan)
Selepas itu,bakar kertas yang korang tulis itu.Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi korang.

Bersukan

Latihan fizikal selain menjadikan tubuh sihat serta meningkatkan stamina.Tetapi ia juga terbukti atau berkesan 
dapat memperbaiki mood.Jom la bersukan !!!!

Melarikan Diri

 Jangan melarikan diri dengan orang lain.Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya 
kekasih baru untuk menepis kesunyian yang melanda diri.Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut 
bukanla akan menyembuhkan.Tetapi akan menimbulkan masalah baru.Jadi cuba elakkan.

Berdoa

Berdoa itu lebih baik.Ambil waktu dan tempat peribadi dimana korang tidak akan diganggu 
dan memohon kepadanya.Mudahan doa korang diterima oleh Allah.



Bila cinta putus ditengah jalan usahla bermuram dengan menyakiti diri sendiri.Bangkitlah dan mulakan cinta baru.Korang bukannya hodoh tapi comel dan hensem !!! (Tak percaya ?? Cuba tengok cermin..so cermin la diri korang ) Setiap cinta yang hilang mesti ada pengganti.Serta ada bahagia dengan pengganti itu.

WASSALAM

Selasa, 2 April 2013

Masalah Jerawat 2



Assalamualaikum

Hari nie Biela akan buat entry seperti tajuk di atas.Yess jerawat..!!!..Remaja sekarang sering
mengalami masalah jerawat yang serius.Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon seseorang.
Maka,tumbuhla jerawat di muka korang.Biela doakan kepada yang ada jerawat dekat muka tu cepat-cepat la muka korang sembuh.Ini ada petua yang Biela amalkan 
(walaupun jerawat tak ada..amalan ini untuk berjaga-jaga)..
Okayy..jom !!! Sebelum tu korang baca entry nie dulu mAsALaH jErAwAT  ..*_____*

Petua 1:Timun




Timun nie selain boleh dimakan,ia juga boleh merawat masalah jerawat.
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat.Bersihkan wajah dahulu.Selepas itu,pupurkan
kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah korang.
Biarkan ia kering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih.Elok jika
diamalkan setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

Selain itu,Biela menggunakan hirisan timun.Bersihkan muka sebelum letak hirisan timun dekat muka.
Letak hirisan timun dengan rapi.Pastikan hirisan jangan tebal sangat.Elok diamalkan
pada waktu malam dan setiap hari.

Petua 2:Lidah Buaya



Jangan lupa lidah buaya pun ada kegunaannya.Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya,
buangkan kulitnya untuk mendapatkan lendirnya.Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada muka.
Selain ia dapat menghilangkan jerawat,daun lidah buaya juga dapat menghilangkan parut jerawat.
Insyaallah parut akan cepat sembuh terutama parut yang masih baru.

Petua 3:Bedak sejuk






Kenal tak???..Alaa..orang-orang dulu selalu guna sapu dekat muka sampai putih satu muka.
Bedak sejuk nie boleh mengurangkan masalah jerawat.Ambil bedak sejuk itu,bancuh dengan air.
Kacau sehingga sebati.Selepas itu,sapu dekat muka.Ia bukan sahaja digunakan untuk kulit yang berjerawat
tetapi untuk semua kulit.Amalkan pakai waktu malam dan siang.
Biela selalu amalkan pada waktu malam atau siang.

Bedak sejuk nie banyak kelebihannya.

Antaranya:

1.Dapat menyejukkan kulit muka
2.Dapat kurangkan minyak pada muka
3.Melicinkan kulit muka
4.Muka akan menjadi segar dan tegang
5.Boleh tanggalkan sel kulit mati

So,apa tunggu lagi.Pergila cari bahan-bahan nie,bagi mengurangkan masalah jerawat korang.
Okayy..setakat nie je entry yang dapat Biela kongsikan.
*____*
Mmuaahh..(Flying kiss)

WASSALAM

Ahad, 31 Mac 2013

Masalah Jerawat



Assalamualaikum

Cerita..cerita ..Bestnyer dengar nenek Biela bercerita pada tengah hari macam nie.
Cerita nenek nie boleh dijadikan iktibar.Cerita nie mengenai kecantikkan.
Ini semua disebabkan 
adik Biela yang mengadu kepada nenek.Kami semua panggil nenek dengan panggilan 'mak'.
Ini dialog adik dan nenek Biela..(Biela tumpang sekaki)

Adik: Mak,tengok nie ada jerawat tumbuh la dekat muka.
Nenek: Ala sebiji je tu.Tak kisah sangat.Itu muka cousin kau satu muka tumbuh jerawat.
Adik: Betul ke?? Habis macam mana dengan keadaan dia sekarang.
Nenek: Betul la takkan mak tipu pulak.Sekarang nie dia pergi berubat cara tradisional.
Biela: Berhasil tak??
Nenek: Berhasil sangat.Sudah nampak ada kesembuhan dekat muka.Jerawat pun semakin berkurang.Berubat secara tradisional dengan menggunakkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Adik & Biela: Ooowwhh 
Nenek: Dahulu dia pergi jumpa doktor pakar.Tapi doktor cuma bagi ubat.Ubat yang digunakan tak berhasil.
Jadi ada jiran yang mencadangkan untuk berubat secara tradisional.
Mula-mula amat ragu Tapi orang cakap belum cuba belum tahu.
Biela: Sudah berapa lama mak dia berubat??
Nenek: Masuk bulan 3 nie sudah 3 bulan la.Dia berubat sebulan sekali.
Biela: Mesti ada pantang larang mak??
Nenek: Ada,selepas berubat lebih kurang 4 hari dilarang makan makanan seafood atau makanan
yang menggatalkan kulit.Ermmm..ingat semua jenis kacang jangan makan.
Adik: Owh..


Itulah ringkasan dialog nenek dan adik Biela..Biela bersyukur sangat sebab muka Biela tidak pernah 
tumbuh jerawat.Kalau tumbuh pun setahun 2 ke 3 kali macam tu je.Itu pun bukan jerawat batu,
just kecil-kecil macam tu.
Rahsia Biela ialah tidak makan kacang,tidak makan seafood(memang Biela tak suka seafood..serious !!!! ),
tak suka makan makanan berminyak yang banyak (sebab ia akan mempengaruhi pertumbuhan jerawat),pakai produk yang tak tentu hala dan mengamalkan petua.
Walaupun Biela tak tumbuh jerawat yang banyak tetapi Biela harus berjaga-jaga dengan mengamalkan petua.
Dihari yang lain Biela akan kongsi kan petua-petua yang Biela amalkan.
Tapi untuk entry hari nie Nenek Biela ada cakap (kacang jangan makan)
Korang kena ingat dalam perubatan tradisional semua jenis kacang tidak boleh makan.
Sebagai contoh,kacang panjang,kacang goreng dan sebagainya..Setakat ini sahaja yang dapat Biela kongsi kan.****________****


WASSALAM


Jumaat, 29 Mac 2013

Sedaplah Umiy Masak



Assalamualaikum

Hye selamat tengah hari semua..Hari nie korang nak masak apa??..
Apa yang korang nak makan tengah hari nie??
Hah !! nak makan dekat luar.OMG !!!
Jangan-jangan nanti makanan dekat luar tu boleh menyebabkan korang terkena keracunan makanan ke??
Iye Biela faham korang busy sebab itula korang makan dekat luar kan..
Try korang masak mesti best + sedap (kot)..Hahaha..

Biela hari nie masak..Haha bukan Biela la masak tapi my Umiey yang masak.Air tangan ibu sudah semestinya sedap.Korang nak tahu kenapa,sebab ibu-ibu nie masak dengan kasih sayang taw..
Nie la makanan untuk tengah hari Biela sekeluarga.







Hahaha..yang lain tak sempat nak tangkap gambar.Perut Biela nie asyik menyanyi dari tadi lagi.
Ini kerana budak Biela nie tak sempat nak breakfast pagi tadi..So waktu  macam nie menyanyi la perut Biela nie..^__^ 
Hey !!! shut up la sayang..Perut ku..Okayy jap lagi kita makan sama-sama ya...
Okayy la (mood lapar) 
Selamat menjamu selera..
*___*

WASSALAM

Rabu, 27 Mac 2013

Seiras



Assalamualaikum

Hah,korang kenal tak Randy Pangalila dengan Ding Dong Dantes????...Diorang nie rapat sangat dengan Biela..Hahaha *joke*..Betul la diorang rapat sangat dengan Biela ....Janganlah gelabah nanti Biela story..Nizaruddin dan Naimuddin (my siblings) seiras sangat dengan Randy Pangalila dan Ding Dong Dantes.
Kawan-kawan Biela semua cakap yang  Naimuddin nie seiras sangat dengan Ding Dong Dantes..Lepas tu yang Nizaruddin pun sama,diorang cakap dekat Biela,Niza nie seiras dengan Randy Pangalila...Hahaa..Ermmm bila ditengok ada kesamaan muka my siblings dengan pelakon-pelakon tu..
Tapi kalau ditengok berulang kali,masih ada kesamaan jugak.Selama nie Biela je yang tak perasan.
Tapi kawan diorang dan kawan Biela semua perasan akan hal tu..Apala Biela nie..
Eh,takkan Nizaruddin dan Naimuddin tu Biela nak mengaku dekat orang yang diorang tu seiras dengan Randy Pangalila dan Ding Dong Dantes.Apala korang nie..





Hah nie la dia gambar dekat atas tu Randy Pangalila iaitu pelakon Indonesia.Dan yang dekat bawah nie gambar Ding Dong Dantes iaitu pelakon Filipina.Korang mesti kenal dengan diorang nie sebab sudah banyak filem dan drama yang dibintangi oleh mereka.
Korang search sendiri la dekat Mr.google pasal diorang nie.Itu pun peminat mereka la.Biela nie bukan peminat mereka tapi suka lakonan mereka.Kepada my siblings tu jangan kembang kan hidung anda ya !!!!..Biela lebih berminat dengan Shun Oguri iaitu pelakon Jepun.









Dan Kim Hyun Joong iaitu pelakon Korea.







 Kalau korang nak tahu Biela nie memang suka tengok drama atau movie korea dan jepun.
Bukan Shun dengan Kim Hyun je Biela minat tapi banyak lagi.Hahaah...
Biasa la peminat korea dan jepun.
Hah nak tahu lebih lanjut terus tanya dekat Mr.Google okayyy..!!!
Dan jangan lupa kongsi dengan Biela siapa yang korang suka..
*____________________*

WASSALAM

♥ Sila Klik Kat Sini ♥