Assalamualaikum
Hari nie Biela nak membebel pasal tajuk entry dekat atas.Kegemukkan berlaku apabila korang salah
pilih makanan.Hal ini akan membuat korang susah menurunkan berat badan walaupun sudah
mengurangi makan secara radikal.Hal ini akibat dari makanan yang mengandung
kalori yang tinggi.Hindari
makanan-makanan berikut ini dapat membantu mempermudahkan korang menurunkan berat badan.Jom !!!!
MAKANAN SAJI
Di
antaranya hamburger dan kentang goreng.Korang suka?? Kandungan lemaknya sangat tinggi,begitu pula kandungan kalorinya.Hal ini akan menggemukkan korang.Sudah pasti korang tahu kan???
GORENGAN
Makanan jenis bergoreng ini tidak baik bagi kesihatan.Habis takkan nak makan yang rebus dan bakar je kan?? Boring la..Secara umumnya makanan bergoreng digoreng dengan minyak yang tidak diganti setiap kali menggoreng,ini akan menyebabkan kandungan
lemaknya sangat tinggi dan tidak terjamin kebersihannya jika dijajakan di
pinggir jalan.So,korang mesti guna minyak yang baru sebelum menggoreng.
MINUMAN BERSODA
Ketika dahaga tidak kisah minum air apapun asalkan dapat menghilangkan dahaga.Betulkan ??? Minuman ini sama sekali
tidak memiliki nilai-nilai nutrisi.Ia hanya mengandungi gula,kalori dan sodium yang banyak.Cakap tak nak gemuk tapi minum juga.
SUSHI
Tengok sushi enak je.Sushi memang terdiri dari sayuran yang rendah kalori,tetapi korang mesti hati-hati dengan pelengkap makanan negeri jepun ini.Seperti mayonis dan makanan laut serta membuat satu roll sushi memiliki kadar sekitar 500-600 kalori.Ditambah
lagi sos kicap yang mengandungi sodium serta membuat kita ingin terus makan dan
minum.
NASI GORENG
Nasi goreng merupakan makanan
yang mudah dicari di setiap gerai,restoran dan tempat makan.Nasi goreng ini mengandung 740
kalori kerana nasi dan minyaknya ditambah dengan lauk pauk.Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori.Ini kerana nasi tersebut digoreng serta ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur,menjadikan nasi goreng kurang seimbang.Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat.Kalau korang nak makan,cuba jangan lebih segenggam tangan.Kalau tangan korang kecil??? Alamak makan sikit la jawabnya,biar padan dengan tubuh korang tu.
PIZZA
Setiap hujung minggu beli pizza makan beramai-ramai.Kebetulan pula ada perlawanan bola sepak or drama-drama yang korang minat.Sambil menonton boleh makan dan sama-sama buat lemak.Hahaa...Makanan
khas italia ini terdapat kalori yang sangat tinggi.Dalam satu pizza ukuran besar (8 potong)
menghasilkan kurang lebih 1920 kalori.Korang tetap juga makan kan??
COKLAT
Wah !!! Coklat sekarang makin cantik la.Mana tak nya dengan pelbagai rupa dan bentuk menarik semakin ramai penggemar coklat.Coklat bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak tetapi orang dewasa pun sama juga.Coklat yang dijual di pasaran sudah dimodifikasi sedemikian
rupa dengan campuran susu,kacang-kacang,minyak palem, gula dan sebagainya.
Dalam 100gr coklat bar dapat menghasilkan 500 kalori.
MAKANAN RINGAN
Makanan ringan (snack) yang tersedia di supermarket biasanya
terdapat mentega,sirup jagung tinggi fruktosa, gula, pati, dan coklat dalam
komposisinya. Hampir semua jenis snack yang tersedia di supermarket mengandungi kalori tinggi.Setiap kali pergi beli-belah mesti borong benda nie kan..Jangan tipula..Cakap nak bagi dekat adik or anak makan tapi kita yang first buka dan makan.
MAKANAN BEKU
Makanan nie pun sama juga.Ia mengandungi kalori, lemak dan sodium yang sangat mudah menaikkan berat
badan jika diambil berlebihan. Kalori, lemak dan sodium biasanya terkandung
dalam setiap makanan beku yang tersedia di supermarket.Tak kira la jenama apapun atau makanan beku apapun,tetap mengandungi lemak yang tinggi.
NASI LEMAK
Siapa gemar makan nasi lemak?? Angkat kaki...Hidangan nasi lemak yang mengandungi karbohidrat,protein,lemak iaitu lebih kurang 390 kalori tak termasuk
sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang
450-500 kalori. Kalau korang makan nasi lemak bertambah dan kadang-kadang ada
ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa-rasa menggemukkan tak? Lagi sedap ada la..Haha..
ROTI CANAI
Setiap malam keluar semata-mata nak cari benda nie. Siapa yang tak suka kan? Satu
keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau korang makan dua keping dah
600 kalori.
AIS KRIM
Ais krim memang sedap! Biela nak..Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca
di Malaysia yang sentiasa panas.Lagi la menggalakkan kita menikmati ais krim. Tetapi korang mesti ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop
ais krim pun dah 380 kalori.Kalau korang makan semangkuk ais krim macam mana??
MEE KARI
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Tetapi kalori mee kari lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru
380 kalori.
SUSU PEKAT MANIS
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk korang!
Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan
menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu
pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
MAYONIS
Siapa penggemar mayonis?? Ada ke?? Haha,korang tahu suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak).
Memang kurang sihat jika korang penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
So,macam mana?? Kalau lapar makanan apa pun yang terhidang dekat depan mata,terus je masuk dalam mulut.Apabila kenyang 'Eh,makanan nie ada kalori yang tinggi rupanya.Menyesal la pula makan.Ingat nak kurangkan makan makanan yang kalori tinggi nie'.Menyesal kemudian tiada guna.Tetapi kalau korang berdegil juga nak makan makanan tersebut,hendaklah diambil dalam kuantiti yang sedikit.Jangan ambil selalu nanti buruk padahnya.Okayy la..Akhir sekali sambut la senyuman dari Biela ya !!!! ◕‿◕
WASSALAM